Hikayat Hang Tuah (V)- Khairol Saiful
Hikayat Hang Tuah (5)
Hang Tuah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya serta pembesar-pembesar yang lain kerana mereka merasa iri hati dengan kepercayaan Raja Melaka terhadapnya. Dimana, Hang Tuah difitnah berlaku sumbang dengan dayang-dayang. Oleh itu Bendahara Paduka Raja diperintah untuk membunuh Hang Tuah, tetapi Bendahara melepaskan Hang Tuah, disebabkan oleh jasa-jasanya. Selepas itu, Hang Tuah membawa diri ke Inderapura dengan tujuan mendapatkan Tun Teja untuk Melaka, demi menebus kesalahan dirinya. Semasa di Inderapura, Hang Tuah tinggal di Kampung Bendahara Seri Buana. Hang Tuah juga menjadi anak angkat Dang Ratna, iaitu Inang Tun Teja. Dengan menjalin perhubungan mesra dengan dayang-dayang Tun Teja yang sering mengunjungi Dang Ratna, Hang Tuah mengetauhi bahawa Tun Teja sedang bersedih kerana tidak suka bertunangkan Megat Panji Alam dari negeri Terengganu. Di samping itu, Hang Tuah juga menjalin hubungan baik dengan ahli-ahli keluarga Bendahaa, iaitu Tun Jenal.
Setelah itu Hang Tuah telah dijemput untuk menghadap Raja Inderapura. Akhirnya, Hang Tuah mendapat kepercayaan raja dan dibenarkan menetap di Inderapura di bawah jagaan Bendahara. Tun Teja mengetauhi kewujudan Hang Tuah di Inderapura setelah melihat kecantikkan kain, iaitu hadiah Hang tuah kepada dayang-dayang Tun Teja. Di samping itu Hang Tuah juga menghadiahkan kain kepada Tun Teja sebagai tanda dirinya menjadi hamba ke bawah Tun Teja. Oleh itu, Tun Teja menjemput Hang Tuah menghadiri majlis makan malam di istana. Tun Teja mulai jatuh cinta kepada Hang Tuah sehingga bermimpi tentang dirinya yang dibawa ke Melaka.
Hang Tuah mengatakan hasrat hatinya kepada inang untuk memiliki Tun Teja. Pada asalnya inang merasa berat hati untuk menyampaikan hasrat hang Tuah itu namun kerana kasihnya terhadap Hnag Tuah, dia sanggup melakukuannya. Inang tersebut merasa gagap untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada Tun Teja dan akhirnya inang itu Berjaya meluahkan segalanya. Namun, Tun Teja marah dengan kata-kata inang tersebut lalu disuruhnya dayang-dayang untuk mengocoh mulut inang itu. Apabila inang itu pulang ke rumah dan memberitahu mengenai Tun Teja yang amat marah dengan hasrat Hang Tuah itu maka Hang Tuah pun menggunakan ilmu pengasih dengan ‘jebat’ yang diperolehinya daripada seorang perempuan tua. Hang Tuah menyuruh inang sekali lagi untuk memalitkan ‘jebat’ itu ditempat Tun Teja duduk.
Sebaik sahaja ‘jebat’ itu dicalitkan, Tun Teja pada masa itu tidur, terbangun dan mencari-cari inang tua itu. Tun Teja juga teringin untuk bertemu dengan Hang Tuah. Hang Tuah juga ada mengatakan hasratnya untuk pergi ke Melaka selama 3 hari kepada inang dan juga Tun Teja lalu Tun Teja merasa sedih. Pada malam itu, Tun Teja bertemu dengan Hang Tuah secara senyap-senyap bersama-sama dengan dayang-dayang melalui jalan lorong di mana mereka tersesat akibat termasuk ke dalamm lorang yang salah sehinggakan ada yang menganggap bahawa malaikat turun kerana terhidu bauan yang harum daripada badan Tun Teja sendiri. Tidak lama kemudian, Hang Tuah menyuruh inang dan juga Tun Teja bersiap sedia pergi ke Melakabersama-sama dengan semua dayang-dayang yang dan di Istana yang teramat banyakbersertakan dengan harta mereka sekali.
Pemergian Tun Teja ini tidak diketahui oleh kedua-dua orang tuanya. Hang Tuah dan juga Tun Teja ini menumpang kapal Tun Bija Sura dan Tun Ratna Diraja yang kebetulan singgah di Inderapura. Pada awalnya, mereka tidak membenarkan Tun Teja serta yang lainnya manaiki kapal mereka Tun Teja itu adalah anak Bendahara Inderapura.
Walaubagaimanapun, mereka akhirnya setuju apabila melihat Hang Tuah marah yang menyebabkan kapal meraka bergegar seperti hendak terbalik kapal mereka itu. Berita mengenai Tun Teja dilarikan oleh Hnag Tuah heboh dan ini meyebabkan Raja Inderapura marah lalu mengarahkan laksmana, Seri Maharaja Lela, Tun Jenal dan juga Tun Pekerma untuk mengikut kapal Hang Tuah itu.
Tun Jenal dan yang lainnya terpaksa mengundurkan diri kerana kehebatan Hang Tuah dalam memanah begitu hebatr dan tiada tandingannya. Setibanya Di Melaka, gajah yang dibawa oleh Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura diturunkan. Memandangkan rupa gajah tersebut begitu baik rupanya sehingga tiada seorang pun yang menyedari Hang Tuah di mana tangannya diikat olehnya sendiri. Sebaik sahaj getah tersebut diberi nama Permata Selan, barulah raja Melaka menyedari kehadiran Hnag Tuah dan Raja Melaka merasa hairan mengapa Hang Tuah boleh berada disitu. Setelah menjelaskan semuanya, raja Melaka merasa gembira dan menyuruh semua isteri bendahara-bendahara menjemput Tun teja yang masih berada diatas kapal.
Melihat kehadiran isteri-isteri bendahara itu datang, tahulah Tun Teja bahawa dirinya akan dijadikan isteri kepada Raja Melaka bukan isteri Hang Tuah. Segara Hang Tuah meniup-niup ilmu pembenci kepada Tun Teja supaya dia membenci dirinya dan menyukai Raja Melaka. Akhirnya, Raja Melaka pun berkahwinlah dengan Tun Teja........
Bersambung...........
Sumber : https://www.facebook.com/khalifah.samudera/posts/954925071264571
No comments
Post a Comment