Breaking News

Hikayat Hang Tuah (II)-Khairol Saiful

Hikayat Hang Tuah (2)

Pada suatu Hang Mahmud telah bermimpi bulan turun dari langit dan cahaya memenuhi kepala Hang Tuah. Ini adalah suatu petanda baik lalu diciumnya Hang Tuah. Pada keesokan harinya, Sebelumnya Hang Mahmud menjemput penduduk kampong untuk majlis doa selamat. Lalu, Hang Mahmud bersama keluarganya berpindah ke Bentan. Disana Hang Tuah dihantar untuk mengaji Al-Quran sehingga khatam. Seterusnya, beliau dihantar untuk menguasi beberapa bahasa bersama gurunya Lebai Keling iaitu Bahasa India, Lebai Siam iaitu Bahasa Siam , Lebai Cina iaitu Bahasa Cina dan Lebai Jawa iaitu bahasa Jawa.

Di Bentan juga, Hang Tuah berjumpa rakan karibnya iaitu Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir, Hang Kasturi. Mereka berhajat untuk pergi ke Pulau Tinggi. Semasa dalam perjalanan mereka tersempak dengan lanun dan Berjaya menewaskan lanun-lanun itu. Manakala 10 orang daripadanya ditangkap dan dibawa ke Singapura.

Hang Tuah bersama rakannya berguru, Sang Aria Putra di Bukit Pancalusa. Mereka juga pergi berguru, Persata Nila (Abang kepada Sang Aria Putra) yang diarahkan oleh Sang Aria Putra. Setelah selesai, mereka berlima pulang dan Hang Mahmud membawa mereka untuk menghadap Bendahara Paduka Raja ingin berjumpa. Seterusnya,semasa Hang Tuah membilah kapak kayu dengan menggunakan kapak berlakunya kekacauan di pasar dimana orang mengamuk lalu Hang Tuah membunuhnya. 

Ada orang yang menyaksikan kejadian tersebut meramal bahawa Hang Tuah akan menjadi seorang Panglima Besar di Tanah Melayu. Pada kali kedua Hang Tuah bersama rakannya berjaya membunuh 4 orang mengamuk di pasar yang cuba membunuh Bendahara manakala pengikut-pengikutnya lari. Hang Tuah dan rakannya diberikan hadiah daripada Bendahara kerana melindunginya daripada orang mengamuk di pasar tadi. Mereka dilantik menjadi biduanda oleh Bendahara Paduka Raja. Semasa mereka menjadi biduanda mereka bersama Tun Mat untuk mengikut raja berburu ke Pulau Biran Dewa. Semasa memburu, Hang Tuah telah menjumpai pisang masak dan didalamnya ada ular cintamani. Hang Tuah mengambilnya dan disimpannya kedalam dastarnya. Kemudian ular itu diserahkan kepada Bendahara dan disimpannya didalam gulungan kain. 

Raja Bentan menjemput Hang Tuah berserta rakannya dan dikurniakan hadiah iaitu pakaian dan keris. Raja Bentan merasakan kagum apabila mereka bermain senjata. Akhirnya, Hang Tuah di tugaskan untuk menentang musuh di Siantan dan Jemaja bagi membolehkan orang-orang Palembang pergi balik berdagang di Bentan.

- Kedatangan Patih Kerma Wijaya dan Perpindahan ke Melaka.

Selepas negeri-negeri taklukan Lasem dimusnahkan oleh Raden Inu Kartapati, Ratu Lasen mengarahkan Patih Kerma Wijaya bersama 7 000 tentera memulihkan kawasan tersebut. Semasa di Pajang, Pati Kerma Wijaya jatuh sakit dan menyuruh panglimanya Kebiru ke Lasim menjemput puterinya, Kem Sumirat ke Pajang. Dalam perjalanan ke Pajang ke Kebiri, Kem Sumirat bertemu Ratu Lasem dan mengahwininya secara paksa. Kem Sumirat tidak dibenarkan dibawa oleh Ke Kebiri ke Pajang.

Apabila Patih Kerma Wijaya mengetahui kejadian tersebut melalui Kebiri, Patih Kerma Wijaya marah kepada Ratu Lasem dari ke Tuban bersama pengikutnya. Dia memberitahu perkara tersebut kepada Sang Agung Aria Tuban. Dia turut menjemput Patih Kerma Wijaya tinggal di Tuban, tetapi dia menolaknya.

Semasa dalam perjalanan pulang, mereka singgah ke Jaya Karta. Patih Kerma Wijaya turut memberitahu hajatnya untuk memperhambakan dirinya kepada Raja Bentan, mereka diterima tinggal di Bentan.

Raden Inu Wira Nantaja datang ke Tanah Melayu mencari saudaranya. Semasa di Tuban, dia telah diberitahu bahawa Patih Kerma Wijaya di Tanah Melayu untuk memperhambakan dirinya. Raja Bentan, Hang Tuah dan Patih Kerma Wijaya menyambut kedatangan Raden Inu Wira Nantaja.

Raden Inu Wira Nantaja, Raja Bentan, Hang Tuah bersama rakan-rakannya, Patih Kerma Wijaya dan Bendahara pergi berbulu di Pulau Ledang. Anjing berbulu Raden Inu Wira Bendahara ditentang oleh pelanduk putih lalu ia ghaib. Maka Bendahara mencadang membina negeri kerana ia petanda baik, ia dinamakan Melaka.

Raden Inu Wira Nantaja pulang ke Daha, manakala Raja Bentan pindah ke Melaka dan tempatnya diganti oleh Tun Utama dan Tun Utama dan Tun Bija Sura.

Bersambung .........

No comments