Breaking News

Hikayat Hang Tuah (VI)-Khairol Saiful

Hikayat Hang Tuah (6)

Setelah Megat Panji Alam mendengar berita tersebut, baginda ingin menyerang Negeri Melaka. Baginda mengumpulkan askar-askarnya. Turut bersama dengan Megat Panji Alam ialah Megat Kembar Ali. Sebelum berangkat ke Negeri Melaka, Megat Panji Alam meminta izin kepada ayahandanya, walaupun ayahandanya tidak mengizinkan pada mulanya.

Sebelum ke Negeri Melaka, Megat Panji Alam singgah di negeri Inderapura. Di Inderapura, Raja Inderapura pun menjemput Megat Panji Alam masuk mengadap ke istananya. Semasa mengadap Raja Inderapura, Megat Panji Alam menceritakan bahawa dia ingin menyerang Melaka.

Berita tersebut telah sampai juga kepada Bendahara paduka Raja.
Bendahara pun memberitahu kepada Sang Maniaka. Sang Maniaka sangat terkejut dengan khabar yang disampaikan oleh bendahara. Baginda pun memanggil Hang Tuah. Setelah Hang Tuah datang mengadap, baginda pun memberitahu Hang Tuah bahawa Megat Panji Alam ingin menyerang Melaka. Hang Tuah pun mencadangkan bahawa dia, Hang Jebat dan Hang Kasturi akan menggunakan jalan laut. Mankala Hang Lekir dan Hang Lekiu akan menggunakan jalan darat.

Apabila Hang Tuah sampai di Bukit Tinggi, dia pun bertanya sama ada ada Megat Panji Alam masih di Inderapura. Setelah mengetahui Megat Panji Alam di Inderpura, Hang Tuah pun terus pergi ke Inderapura. Hang Tuah berlabuh dipangkalan Bendahara Seri Buana. Pada keesokkan harinya, Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi pun datang mengadap Raja Inderapura. Hang Tuah menerangkan kedatangannya ke Negeri Inderapura. Hang Tuah menerangkan bahawa kedatangannya adalah untuk membunuh Megat Panji Alam.

Berita Hang Tuah ingin membunuh Megat Panji Alam sampai kepadanya. Baginda pun berasa marah kepada Hang Tuah dan ingin membunuh Hang Tuah dan pahlawan yang dibawa oleh Hang Tuah. Pada keesokkannya, Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi sekali datang mengadap Raja Inderapura. Tetapi kali ini, Hnag Tuah saja yang mengadap Raja, manakala Hang Jebat dan Hang Kasturi menyamar menjadi rakyat biasa.

Megat Panji Alam pun datang mengadap Raja Inderapura. Apabila sampai di Istana, Megat Panji Alam pun memberitahu bahawa baginda ingin menampar muka Hang Tuah. Sebelum Megat Panji Alam masuk ke Istana, baginda sudah berlawan dengan Hang Jebat dan Hang Kasturi dan baginda telah dibunuh oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi.

Semanjak Raja Melaka berkahwin dengan Tun Teja, baginda jarang sekali bertemu dengan pegawai-pegawai dalam istana, kecuali Hang Tuah, Hang jebat dan Hang Kasturi. Baginda terlalu rapat bersama Hang Tuah sehinggakan beliau diperkatakan. Baginda juga jarang sekali bertemu Radin Mas Ayu akan tetapi Raden Mas sehinggakan beliau diperkatakan. Baginda juga jarang sekali bertemu Raden Mas Ayu, akan tetapi Raden Mas Ayu telah hamil. Setelah 7 bulan Raden Mas hamil, baginda telah mengidam Nyiur Gading yang tumbuh bersama-sama pohon Melaka. Tuan Puteri menangis kerana hendak memakan buahnya yang manis itu, akan tetapi orang istana tidak dapat mengambilnya kerana terlalu berbahaya. Berita ini diketahui oleh Raja, lalu Laksmana dipanggil untuk mengambil buah tersebut. Hang Tuah telah Berjaya mendapatkannya. Raden Mas Ayu dan Raja gembira dan terkejut beliau boleh selamat memanjat pohon tersebut, lalu baginda mengurniakannya.

Setelah Raden Mas Ayu melahirkan putera yang diberi nama Raden Bahar. Tun Utama dan Tun Bija Sura diperintahkan oleh baginda untuk pergi ke Majapahit bersama surat yang terkandung berita gembira tersebut kepada Ratu Majapahit. Setelah mereka sampai di Tuban, mereka telah berjumpa Patih Gajah Mada untuk untuk menyampaikan berita tersebut. Seri Betara (ayah Mas Ayu) gembira akan berita tersebut, setelah itu Betara menitahkan Patih Gajah Mada untuk membawa pulang kurniaan iaitu peria yang muda-muda, 40 orang perempuan mempunyai baik sikap. Manakala Patih Kerma Wijaya mengadapkan kepada Raden Mas Ayu dengan Rangga, Jaksa dan juga Laksamana. Raden Bahar hendak mengikut Laksamana untuk pergi diluar istana telah dibenarkan oleh ibunya (Raden Mas). Mereka pergi ketaman untuk menyaksikan kuda tezi. Kuda Tezi tersebut tidak ada siapa yang berani menunggangnya, kecuali Laksamana. Kuda Tezi tersebut pandai menari semasa gendang dipukul dan pantas. Sekali lagi, Laksamana dikurniakan lagi. Setelah Rangga dan Jaksa pergi RAden MAs Ayu melahirkan putera lagi bernama Raden Bajau.

Raden Bahar dan Raden Bajau semakin dewasa, mereka telah bermain-main bersama Kuda Tezi di taman yang berdekatan dengan telaga tahi. Semasa mereka bermain, kuda tersebut hendak meminum air di telaga tahi. Kuda tersebut jatuh dan terperangkap. Mereka terperangkap. Mereka menangis kerana kuda mereka tidak dapat dinaikkan keatas. Pihak istana tidak dapat berbuat apa-apa. Berita ini sampai ke Raja Melaka, Laksamana di arahkan untuk mengeluarkan kuda itu. Laksamana Berjaya dengan menggunakan kain barang 7 kayu yang dibalut dibadan kuda lalu ditarik. Laksamana pernah menasihatkan Raja Melaka untuk beradu di istana besar dengan Raden Mas Ayu 10 hari dan 7 hari bersama Tun Teja. Raja Setuju akan cadangan Laksamana itu......

Bersambung............

No comments