Breaking News

Hikayat Hang Tuah (IV)-Khairol Saiful

Hikayat Hang Tuah (4)

Sebelum Raja Melaka melangsungkan perkahwinannya dengan Raden Emas Ayu, satu pesta telah diadakan oleh pihak Majapahit. Dalam majlis jamuan makan-makan, orang-orang Melaka diberi minum arak supaya mabuk dan mereka disuruh menari. Begitu juga dengan Hang Tuah tetapi sebaik sahaja Hang Tuah minum arak tersebut, dia tidak mabuk kerana dia mempunyai ilmu yang boleh menukar arak tersebut kepada air yang biasa sahaja.

Penjurit-penjurit yang diupah oleh Patih Gajah Mada pun mulalah mengamuk lalu membunuh orang-orang Melaka yang sedang mabuk itu. Walaubagaimanapun, segala usaha mereka untuk membunuh Hang Tuah tidak berjaya seperti yang dirancangkan. Tiba-tiba muncul seorang penjurit tua yang bernama Taming Sari di mana dia juga turut ikut membunuh orang-orang Melaka. 
Penjurit tua itu merupakan seorang penjurit yang handal, yang pada masa yang sama ingin membunuh Hang Tuah. Taming Sari ini bukanlah penjurit yang diupah oleh Patih Gajah Mada tetapi dia sengaja muncul untuk menguji orang-orang Melaka. Akhirnya Hang Tuah bertarung dengan Taming Sari dan kedua-duanya sama handal tiada bandingnya.

Menurut Hang Tuah, keris Taming Sari itulah yang membuatkan Taming Sari handal dan kuat. Tanpa keris Taming Sari itu, pasti Taming Sari akan tewas. Maka Hang Tuah pun mendapat satu akal iaitu dengan menukarkan kerisnya dengan keris Taming Sari atas alasan bahawa keris Taming Sari itu sudah tidak kukuh. Akhirnya, Taming Sari bersetuju untuk menukarkan kerisnya dengan keris Hang Tuah. Sebaik sahaja Hang Tuah mendapat keris Taming Sari, Hang Tuah terus menikam Taming Sari tetapi tidak kena.

Dalam pertarungan itu, Taming Sari merasa letih lalu Hang Tuah pun mengambil kesempatan itu untuk menikam Taming Sari tetapi keris Taming Sari itu melekat pada dinding peseban dan Taming Sari dengan Hang Tuah pun bergelut untuk mendapatkan keris tersebut. Hang Tuah berjaya mendapatkan keris itu kembali dan menghunus Taming Sari dan akhirnya Taming Sari mati ditangan Hang Tuah. 
Dengan itu, Hang Tuah diberi hadiah iaitu keris Taming Sari dan juga diberi gelaran Laksamana oleh Raja Majapahit. Tidak lama kemudian, Raja Melaka pun berkahwinlah dengan Raden Emas Ayu manakala Hang Tuah dengan sahabatnya pergi berguru dengan Sang Persata Nala di gunung Wirana untuk mempelajari ilmu penjurit dan ilmu hulubalang. Mereka diajar perbagai jenis ilmu terutamanya Hang Tuah yang diajar ilmu yang lebih banyak sedikit kerana Hang Tuah merupakan seorang yang istimewa dari rakan-rakannya yang lain. Akhirnya mereka pun berjaya menguasai ilmu yang diajar oleh Sang Persata Nala.

Patih Gajah Mada merancang untuk mengupah perajurit mencuri Keris Taming Sari yang dimiliki oleh Hang Tuah . Tugas itu diberikan kepada Sang Bima Sina. Rancangan mencuri Keris Laksamana akan melakukan ketika Hang Tuah diminta oleh Betara beriwayat. Apabila melihat Hang Tuah amat leka, maka Sang Bima Sina pun menyendal Keris pandak Hang Tuah dan mempersembahkan keris itu kepada Betara.

Menyedari keris pandaknya dicuri orang, Hang Tuah dengan hati-hati meraba keris Patih Gajah mada dan Berjaya memakainya. Betara Majapahit meminta Patih Gajah Mada menunjukkan kerisnya tetapi beliau enggan dengan alasan mata kerisnya sudah berkarat. Apabila didesak oleh BEtara, barulah beliau meraba kerisnya dan mendapati keris itu telah hilang. Patih Gajah Mada amat alu dengan peristiwa itu.

Untuk menutup malu, Betara menyatakan pada Hang Tuah bahawa baginda hanya bergurau. Laksamana sempat menyindir perbuatan Betara Majapahit yang tidak boleh diselindungkan lagi itu.

Raja Melaka amat bimbang dengan keselamatan laksamana Hang Tuah kerana adanya usaha membunuh Hang Tuah oleh Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit. Pelbagai usaha dilakukan untuk membunuh Hang Tuah tetapi tidak berhasil kerana Hang Tuah sentiasa beringat dan berhati-hati pada setiap masa, malah ia adalah seorang hulubalang yang memiliki ilmu hulubalang yang maha tinggi serta amat tahu akan ilmu firasat. Bagi mengelakkan perkara buruk berlaku, Raja Melaka kebenaran daripada Betara Majapahit berangkat pulang ke Melaka.

Patih Gajah Mada mengupah 70 orang kepetangan mengamuk itu disuruh mengamuk di tengah pesara. Patih Gajah Mada berpesan sekiranya bertemu dengan seorang Melayu, yang bersungguh – sungguh hendak menentang, maka disuruhnya bunuh. Berita tentang orang mengamuk di tengah pesara disampaikan pada Betara majapahit ketika ia dihadap oleh Raja Melaka dan rombongannya. Betara bersungut di hadapan Raja Melaka sambil memandang kepada laksamana. Laksamana terlebih dahulu mengetahui tujuan pandangan Betara itu lalu terus menyinsing lengan menuju ke arah orang yang sedang mengamuk.

Hang Tuah mengetahui bahawa kejadian mengamuk itu adalah muslihat Patih Gajah Mada untuk membunuhnya. Tetapi Hang Tuah tidak gentar kerana mengikut firasatnya dia tidak akan mati di bumi majapahit. Hang tuah Berjaya membunuh orang yang mengamuk itu. Rakan-rakannya datang membantu dan melihat Hang Tuah sedang berhenti lelah di sebuah kedai. Hang Tuah diusung oleh rakan-rakannya ke paseban. Apabila sampai dihadapan Raja Melaka, Hang Tuah terus bangun melompat mengahadap seraya menyindir dengan kata-katanya.

Patih Gajah Mada dan Betara masih berusaha membunuh Hang Tuah. kali ini beliau menitahkan Sang Wirana, seorang perajurit yang amat sakti membunuh Hang Tuah. Sang Wirana Berjaya masuk ke kampung Hang Tuah dengan menyamar seperti binatang, misalnya menjadi kunang-kunang , kemudian apabila sampai ke atas rumah berupa seperti kucing, dan akhirnya sebagai harimau.

Sang Wirana telah memeberitahu terlebih dahulu kepada Patih Gajah Mada bahawa sekiranya Hang Tuah pernah berguru pada Sang Persata Nala (di Gunung Wirana Pura) maka dia tidak mati oleh senjata dan tidak akanb mati kerana tikaman. Patih Gajah Mada menafikan yang Hang Tuah pernah berguru pada sang perata kerana pemergian Hang Tuah pernah berguru pada sang persata kerana pemergian Hang Tuah dan sahabat-sahabat berguru tidak diketahui oleh Patih Gajah Mada.

Laksamana Hang Tuah Berjaya memarang tubuh Sang Wirana. Apabila diparang, putus tangan, putus bahu tetapi dia masih boleh bangun dan berjalan. Hang Tuah Berjaya memarang kepala Sang Wirana hingga Putus. Kepala itu dibawa oleh empat orang perajurit kepda Patih Gajah MAda. Sang Wirana telah berwasiat agar kepalanya ditanam di kaki Gunung ima Giri dan selepas tujuh tahun hendaklah di gali. Kepala itu akan hidup seperti sedia kala.

Patih Gajah Mada menghantar utusan menjemput Sang Persata Nala yang bertapa di Gunung Wirana Pura. Tujuan beliau supaya Sang Persata Nala membunuh Laksamana Hang Tuah. Rombongan yang pergi tidak berjaya menemui Sang Persata Nala. Ramai daripada mereka mati dimakan Binatang buas.

Sewaktu Raja Melaka menghadap Betara Majapahit, Raja Melaka mengambil kesempatan meminta izin kembali ke Melaka dan akan membawa sekali isterinya ke Melaka. Betara Majapahit memberi keizinan dan seterusnya menitahkan pegawai dan pertuanan membuat persiapan kelengkapan berangkat ke Melaka.

Sebelum itu meraka merancang untuk memasuki taman larangan Betara. Sewaktu berada disana mereka mandi kolam permandian, memetik bunga, memakan buah-buahan dan bersenda loka. Betara Majapahit amat marah diatas perbuatan mereka lalu dengan segeranya mengarahkan 1000 orang pengawitan menombaki Hang Tuah yang sedang bersuka- sukaan di taman larangan itu. Tetapi Hang Tuah serta rakan-rakannya Berjaya melawani kesemua pengawitan tersebut.

Hang Tuah berdatang sembah kepada Betara Majapahit mohon keampunan kerana mereka memasuki taman larangan itu. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui bahawa taman larangan itu tidak dapat dimasuki.

Laksamana Hang Tuah menceritakan semua hal yang berlaku di Majapahit kepada Bendahara serta bagaimana beliau Berjaya memiliki Keris Taming Sari.....

Bersambung .............

Cc: Zainolabidin Harun


Sumber: https://www.facebook.com/khalifah.samudera/posts/954185921338486

No comments