Breaking News

Hikayat Hang Tuah (III)-Khairol Saiful

Hikayat Hang Tuah (3)

Sang Maniaka, Raja Melaka telah menintahkan Bendahara Paduka Raja dan Temenggung Seri Sarwa Diraja untuk pergi menghadap Sang Sapurba di Bukit Siguntang Mahabiru untuk mendapatkan restu supaya Sang Jaya Nantaka dilantik menjadi Raja Muda Melaka. Dan, permohonan Sang Maniaka itu telah direstui oleh Sang Sapurba.

Setelah Sang Jaya Nantaka menjadi Raja Muda Melaka, Sang Jaya Nantaka akhirnya difitnah yang mana kononya Sang Jaya Nantaka berusaha untuk merampas taktha kerajaan Melaka. Raja Melaka mentahkan Hang Tuah dan Bendahara untuk membunuh Sang Jaya Nantaka tetapi Hang Tuah dan Bendahara tidak melakukannya ada seorang raja dari keinderaan di Tanah Melayu dan raja itu mempunyai empat orang putera. Dan, saudagar kaya itu berharap agar salah seorang dari putera tersebut dijadikan Raja di Benua Keling.

Parmadewan telah bertemu dengan seorang pengail (Sang Jaya Nantaka) di Muara Sungai Melaka. Parmadewan lalu menyatakan hasratnya untuk menjadikan pengail tersebut sebagai Raja di Benua Keling kerana Parmadewan mempunyai firasat yang mengatakan bahawa pengail tersebut merupakan putera raja.

Sang Jaya Nantaka akhirnya bersetuju untuk menjadi Raja di Benua Keling setelah teringat pesan ibunya bahawa suatu hari nanti, dirinya akan menjadi Raja Besar di Benua Keling. Parmedewan membawa Sang Jaya Nantaka pergi mengadap Raja Melaka untuk menyatakan hasratnya. Hasrat Parmadewan telah mendapat restu dari Raja Melaka. Akhirnya, Sang Jaya Nantaka dibawa oleh Pardewan ke Benua Keling.

Dalam perjalanan pulang ke Benua Keling, Parmadewan bertemu dengan kapal China. Menurut Nahkoda China itu, kapal Feringgi hendak menyerang Benua Keling. Parmedewan telah berjaya mengalahkan Angkatan Feringgi di Kuala Nila Pura.

Setelah dilantik menjadi Raja di Benua Keling, baginda telah melantik Parmedewan sebagai Bendahara Mangkubumi. Manakala ketiga-tiga anak Bendahara Mangkubumi iaitu Parmadesa dilantik menjadi Paduka Raja, Pudingga dilantik menjadi Maharaja Indera dan Parmadian dilantik menjadi Maharaja Indera Bongsu.

Sang Jaya Nankata menghantar utusan ke Melaka dan ke Bukit Siguntung Mahabiru untuk memberitahu keadaanya setelah menjadi Raja di Benua Keling.

- Perutusan Meminang ke Inderapura dan ke Majapahit.

Raja Melaka menyuruh Tun Utama dan Tun Bija Sura untuk pergi ke Inderapura untuk meminang Tun Tuja. Utusan peminangan disambut dengan baik. Tetapi, Tun Teja, Puteri Bendahara Seri Buana menolak pinangan tersebut sebabkan tidak sedarjat dengan Raja Melaka.

Setelah itu, Patih Kerma Wijaya memberi cadangan kepada Raja Melaka mengenai Puteri Betara Majapahit, Mas Ayu, yang tidak kurang juga cantiknya Raja Melaka pun mengiyakan cadangan tersebut lantas diutusnya Hnag Tuah dan Patih Kerma Wijaya ke Majapahit serta 4 sahabatnya yang lain. Bendahara dan Hang Tuah pun bermasyurat hendak membangunkan ghali akan kenaikan raja. Ghali itu dinamakan 'Mendam Berahi'. Surat peminagan pun diutuskan ke Patih Gajah Mada. Menteri Besar Majapahit.

Mereka yang membawa utusan itu disambut baik oleh Bentara Majapahit yang diwakili oleh Patih Gajah Mada. Ini kerana taraf kerajaan Melaka tinggi. Tapi sebelum utusan itu sampai, mereka telah diuji kekuatannya dengan menyuruh enam puluh orang perajurit mengamuk ditengah pasar dan membunuh mereka. Namun peruit-perajurit itu dapat dikalahkan oleh utusan Raja Melaka.

Hang Tuah telah bertemu dengna Raden Aria bersama-sama Sang Perdana Setia dan Sang Ratna Setia. Mereka adalah orang utusan dari benua keling dan juga membawa surat yang dipersembahkan kepada Bentara Majapahit. Hang Tuha memberitahu kepda Utusan Benua Keling bahawa kuda yang dibawa benua itu ada celanya iaitu tidak boleh melihat air kerana ia akan berkubang seperti kerbau. Tetapi Hang Tuah dapat menyembuhkan kuda tersebut.

Hang Tuah diberikan ganjaran yang lebih dari yang lainnya. Hang Tuah dan rombongan kembali ke Melaka setelah menyampaikan utusan itu dan mereka diiringi oleh utusan Benua Keling iaitu Raden Aria. Demang Gajah Pertala. Rangga Bagung dan jaksa Temandera Kanuruan.

Rombongan meminang yang diutus Raja Melaka sedang dalam perjalanan untuk pulang ke Melaka. Mereka singgah ke Tuban, Jayakarta dan Palembang. Setelah sampai ke Melaka, surat pinangan dari Melaka diarak dari Kuala pelabuhan Melaka sehingga sampai ke istana. Setelah mengetahui pinangnya diterima, baginda telah menitahkan kepada bendahara dan pembesar yang lain untuk membina kapal yang diberi nama Kumbang Nuri.

Raja Melaka pun berangkat ke Majapahit dengan diiringi Hang Tuah dan sahabatya serta Patih Kerma Wijaya yang bertanggungjawab atas keselamatan baginda. Apabila sampai di Majapahit, mereka disambut sengan Mariah oleh Raja dan pembesar negeri Majapahit. Hang Tuah begitu teliti mengawasi Raja Melaka sehingga dikagumi oleh Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit. Patih Gajah Mada telah merancang ingin membunuh Hang Tuah dalam majlis tari menari. Percubaan ingin membunuh Hang Tuah gagal ketika meminuman di hidangkan di Istana Betara Majapahit yang mana seorang upahan Path Gajah Mada cuba membunuhnya dan kejadian itu telah disedari oleh Hang Tuah.

Bersambung...

Cc: Zainolabidin Harun

Sumber:https://www.facebook.com/khalifah.samudera/posts/953740221383056

No comments