Mengenal Tuhan-Pemusnah Fakta
Anak2ku Pewaris Pengetahuanku, akan ku berikan kamu beberapa persoalan beserta dengan jawapnya semoga asasmu kukuh, teguh dan tidak goyah.
Persoalan : Ada berapa jalan untuk MENGENAL TUHAN?
Jawapnya: MENGENAL TUHAN itu ada beberapa jalan, yakni melalui:
1. KITAB-KITAB seperti AL-QURAN dan HADIS, INJIL, TAURAT, ZABUR serta SUHUF
Dalilnya: Sebagai orang Islam umat Nabi Muhammad, kita diberikan AL-QURAN dan HADIS yang mana AL-QURAN dan HADIS itu merupakan jalan pintas untuk MENGENAL TUHAN pencipta segala kejadian.
Segala jenis ilmu terdapat dalam AL-QURAN dan HADIS bila dikaji. Sifat-20 dan AsmaulHusna-99 juga diambil dari himpunan yang terdapat dalam AL-QURAN dan HADIS.
MENGENAL AL-QURAN dan HADIS, maka MENGENALLAH pada Sifat 20 dan AsmaulHusna-99. MENGENAL Sifat-20 dan AsmaulHusna-99, maka MENGENALLAH pada TUHAN pencipta segala kejadian.
Maksud "MENGENAL" di sini adalah mengetahui, mengerti, memahami dan dapat membezakan mana yang benar dan mana yang palsu, mana yang betul dan mana yang salah. MENGENAL TUHAN melalui AL-QURAN dan HADIS akan menjadi seorang ISLAM yang baik.
Peganglah, bukalah dan bacalah AL-QURAN dan HADIS beserta dengan terjemahannya jika masih ragu-ragu dan ingin kepastian dalam segala hal, jangan pula sekadar meletak menyimpan menghimpun AL-QURAN dan HADIS itu di dalam almari buat koleksi untuk dibacakan oleh orang lain pada hari matimu dan selepas dikuburkan kelak.
MENGENALLAH TUHAN terlebih dahulu melalui AL-QURAN dan HADIS sebelum masuk kubur. Nescaya akan tiba masanya di dalam kubur soalan pertama yang akan ditanyai Malaikat ialah "MAA RABBUKA yakni SIAPA TUHAN KAMU?".
Kalau TIDAK MENGENAL TUHAN ketika di dunia, bagaimana pula hendak menjawabnya di dalam kubur kelak?
TUHAN yang mana satukah? TUHAN Allah? Atau TUHAN selain Allah? Apa bezanya TUHAN Allah yang disebut olehmu dengan TUHAN Allah yang disebut oleh orang yang bukan Islam? Janganlah pula nanti seperti bertanya pada orang yang pekak lagi buta serta pula bisu, tiada jawapannya.
Maka peganglah, bukalah, bacalah dan bawalah AL-QURAN dan HADIS itu setiap masa sentiasa di depanmu dalam setiap langkah sebagai pedoman hidup dan benteng kukuh antara kita dengan azab kubur dan seksa Neraka.
Biarlah AL-QURAN dan HADIS itu sendiri yang menjawab segala soalan kubur bagi pihak kita. Betapa besarnya nikmat AL-QURAN dan HADIS untuk MENGENAL TUHAN, tetapi mengapa pula masih ramai orang yang membelakangi AL-QURAN dan HADIS? Apakah AL-QURAN dan HADIS itu akan menjadi pedoman buat orang yang tiada akal dan hati?
2. AKAL dan HATI NURANI
MENGENAL TUHAN melalui AKAL dan HATI NURANI adalah dengan mengkaji, mempelajari, mendalami, mengerti, memahami dan selalu berfikir perkara yang WAJIB bagi AKAL atas segala benda kejadian TUHAN hingga sampai pengenalannya kepada TUHAN yang menciptakannya lalu membenarkan dengan HATI. Mengapa TUHAN jadikan segala benda ini? Apa yang TUHAN nak bagitahu kepada kita melalui segala benda ini?
Firman Allah Subhanahu wa Taala yang tafsirnya: "Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya; roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta HATI (AKAL fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu yang bersyukur" (Surah as-Sajdah:79).
TUHAN Allah itu nyata adanya tetapi TIDAK dapat dilihat dengan mata kasar, begitulah juga halnya dengan AKAL dan HATI NURANI. AKAL dan HATI NURANI itu juga nyata adanya tapi ia juga TIDAK kelihatan. Tengok secara luaran, kita TIDAK tahu betapa bijak pandai AKAL seseorang dan betapa kuat tabah pegangan HATI seseorang sehinggalah dia diuji. Apakah kita tahu akan tahap kebijaksanaan AKAL anak-anak kita dan tabahnya HATI mereka dalam menghadapi kesusahan? Bila diuji barulah diketahui akan ketinggian AKAL dan kebenaran HATI setiap manusia itu hingga dapat MENGENAL TUHANNYA.
AKAL tempat di simpan segala jenis ilmu.
MENGENAL TUHAN melalui AKAL akan menjadi MAKRIFAT.
HATI tempat di simpan segala jenis rahsia.
MENGENAL TUHAN melalui HATI NURANI akan menjadi KEIMANAN.
Dalilnya: Kita tahu bahawa setiap Nabi itu seorang yang Fathonah, Bijaksana dan Siddiq, Benar. Bila kata Fathonah, pastilah Nabi itu seorang yang ada AKAL. Bila kata Siddiq, pastilah juga Nabi itu seorang yang ada HATI NURANI yang sentiasa membenarkan firman TUHANNYA. Adanya AKAL dan HATI NURANI itu setelah ada ilmu KETUHANAN. Bila ada ilmu KETUHANAN barulah dapat MENGENAL TUHAN.
Maka benarlah dengan adanya AKAL dan HATI NURANI, manusia itu dapat MENGENAL TUHAN dengan selayaknya untuk DIKENAL akan TUHAN itu. Orang yang tiada AKAL dan tiada HATI NURANI, tiada akan KENAL TUHAN dengan selayaknya untuk DIKENAL akan TUHAN itu.
Sebelum adanya AKAL, ianya dipanggil hanya ada PIKIRAN atas seseeorang itu. Sebelum adanya HATI NURANI, ianya dpanggil hanya ada HATI atas seseorang itu. Umum mengetahui bahawa al-Quran itu firman TUHAN dan Hadis itu pula perkataan Nabi, untuk memberi pedoman kepada makhluk yang ada AKAL (manusia) buat MENGENAL TUHANNYA. Apakah kita pernah ketemui sebuah kitab yang hampir sama seperti al-Quran dan Hadis yang diturunkan khusus kepada makhluk yang tiada AKAL seperti gunung, tumbuhan, haiwan binatang dan sebagainya?
Sebab itulah hanya manusia yang sanggup untuk menerima al-Quran dan Hadis sebab mereka ada AKAL, yang mana AKAL itu merupakan jalan utama untuk MENGENAL TUHAN pencipta segala kejadian. Tapi mengapa masih ramai orang yang belum menggunakan AKAL?
Lihatlah kepada orang gila, orang TIDAK siuman, orang terencat akal, orang tua yang nyanyuk, kanak-kanak yang belum matang pemikirannya, yang mana mereka itu tiada pandai untuk mengkaji, mempelajari, mendalami, mengerti, memahami dan tiada dapat berfikir dengan waras dalam MENGENAL sesuatu hal. Kalau diberikan gambar muka sendiri pun TIDAK dapat DIKENALNYA, apalagi untuk mengkaji dan belajar MENGENAL akan TUHANNYA. Apa yang kurang kepada mereka itu berbanding manusia normal yang lain?
Jawabnya tentu AKAL pikiran. Sebab itu mereka bebas, jiwanya bersih dari sebarang keinginan duniawi seperti berkahwin, berkereta, berumah dan lain-lainnya. Mereka TIDAK memerlukan apa-apa pun selain cukup sekadar pondok tempat berlindung dari panas dan hujan, serta makanan sekadar cukup untuk isi perut di kala lapar. Apakah ada atas mereka itu terikat atau jatuh hukum atau boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan sama ada dari hukum duniawi atau hukum al-Quran?
Lihatlah pula pada alam semesta seperti gunung, tumbuhan, haiwan, tanah, air, api, angin, bumi, matahari, bulan, bintang, langit dan sebagainya. Apakah makhluk-makhluk tersebut mempunyai AKAL? Bagaimana pula makhluk yang tiada AKAL ini dapat MENGENAL TUHAN?
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang tafsirnya: "Dan tatkala Musa datang di waktu (yang) Kami (tentukan itu) dan TUHANNYA berkata-kata dengannya, berkatalah dia: "Hai TUHANKU! Tunjukkanlah DiriMu kepadaku supaya aku lihat Engkau" (Surah al-Araaf:143).
Permintaan Nabi Musa alaihissalam itu dijawab oleh TUHAN yang tafsirnya: "Dia berfirman: "Sekali-kali engkau TIDAK akan dapat melihat Aku, tetapi lihatlah kepada gunung itu, jika ia tetap pada tempatnya maka engkau akan melihat Daku! Tatkala TUHANNYA mentajallikan kepada gunung maka hancurlah ia dan tersungkurlah Musa pengsan. Setelah dia sedar berkatalah dia: "Maha Suci Engkau, dan aku adalah yang pertama sekali beriman" (Surah al-Araaf:143).
3. AMAL IBADAT
Adapun AMAL IBADAT itu merangkumi semua gerak geri diam lihat dengar kata fikir sama ada di dalam solat, puasa, zakat, haji, kerja, makan, minum, bangun, tidur, hidup, mati dan sebagainya.
Dalilnya: Ketahuilah bahawa semua gerak geri diam lihat dengar kata fikir sama ada dalam solat, puasa, zakat, haji, kerja, makan, minum, bangun, tidur, hidup, mati dan sebagainya bagi orang Islam itu adalah AMAL IBADAT jika kena caranya.
Bila tidak TAHU, carilah dulu dengan BELAJAR
Bila dah BELAJAR, barulah AMAL
Bila dah AMAL, barulah jadi ILMU..
Bila jadi ILMU, bertukarlah ia kepada IBADAT
Bila jadi IBADAT, barulah jadi KEIMANAN
Bila jadi KEIMANAN, jadilah ia IBADILLAH..
IBADILLAH inilah IBADAT hanya kerana ALLAH semata-mata
IBADAT hanya kerana ALLAH semata-mata inilah IBADAT yang ikhlas
IBADAT yang ikhlas inilah IBADAT yang hanya diterima oleh ALLAH..
AMAL IBADAT merupakan jalan nyata untuk MENGENAL TUHAN pencipta segala kejadian
MENGENAL TUHAN pencipta segala kejadian melalui AMAL IBADAT akan menjadi TAUHID!
Tapi mengapa masih ramai orang yang TIDAK nampak apa yang ada di sebalik AMAL IBADATNYA?
4. RENUNGAN KEJADIAN ALAM
Yakni RENUNGAN pada KEJADIAN ALAM semesta seperti KEJADIAN diri sendiri, manusia, pokok, binatang, bumi, langit, bulan, matahari, bintang dan sebagainya. MENGENAL TUHAN melalui KEJADIAN ALAM akan menjadi KEYAKINAN.
Dalilnya : Apa yang dilalui oleh Nabi Muhammad Shallallahu alaihi Wasallam di Gua Hira pernah dialami juga oleh Nabi Ibrahim alaihissalam sebagaimana diceritakan oleh al-Quran yang tafsirnya: "Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di LANGIT dan di BUMI, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah BINTANG (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah TUHANKU"?
Kemudian apabila BINTANG itu terbenam, ia berkata pula: "Aku TIDAK suka kepada yang terbenam hilang".
Kemudian apabila dilihatnya BULAN terbit (menyinarkan cahayanya), ia berkata: "Inikah TUHANKU"?
Maka setelah BULAN itu terbenam berkatalah ia: "Demi sesungguhnya, jika aku TIDAK diberikan petunjuk oleh TUHANKU, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
Kemudian apabila ia melihat MATAHARI sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah ia: "Inikah TUHANKU? Ini lebih besar!".
Setelah MATAHARI terbenam, ia berkata pula: "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan LANGIT dan BUMI, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)" (Surah al-Anaam:75-79).
Jadi diri manusia itu yang lahir dan batin adalah satu ALAM, begitu juga bumi dan langit pun satu ALAM. Diri lahir dan batin manusia adalah ALAM besar, sedangkan bumi dan langit itu ALAM kecil. Sebab itu ALAM kecil boleh masuk ke dalam ALAM besar melalui mata dan akal manusia.
Dalilnya, benda yang kecil boleh masuk ke dalam benda yang besar tapi benda yang besar TIDAK boleh dimasukkan ke dalam benda yang kecil. Cuba masukkan sebiji kotak yang kecil ke dalam sebiji kotak yang besar. Sekarang cuba pula masukkan sebiji kotak yang besar ke dalam sebiji kotak yang kecil tanpa merosakkannya. Begitulah dalilnya walaupun agak melucukan.
Maka layaklah bagi manusia itu untuk menguasai segala ilmu yang ada di bumi dan langit. Lihatlah, hanya manusia yang boleh membangun, meroboh, mengubah serta menstuktur permukaan bumi serta menerokai ALAM langit seperti kaji bintang, kaji matahari, kaji bulan dan lain-lain sesuai dengan kehendak dan tujuannya demi untuk kebaikan hidup manusia itu sendiri. Manakala bumi dan langit itu sedikit pun TIDAK dapat mengubah seseorang manusia itu dari akhlak buruk ke akhlak baik. Jika bumi itu ALAM besar pastilah bumi akan mencegah manusia dari merosakkan permukaannya kerana ia lebih berkuasa. Jika bumi itu ALAM besar, pasti bumi akan dilantik untuk menjadi khalifah tetapi sebaliknya manusia yang dilantik. Nyatalah manusia itu ALAM besar, bumi dan langit itu pula ALAM kecil.
Ringkasnya anak2ku pewaris pengetahuanku..
MENGENAL TUHAN melalui KITAB akan menjadi seorang ISLAM yang baik
MENGENAL TUHAN melalui AKAL akan menjadi MAKRIFAT
MENGENAL TUHAN melalui HATI NURANI akan menjadi KEIMANAN
MENGENAL TUHAN melalui AMAL IBADAT akan menjadi TAUHID
MENGENAL TUHAN melalui KEJADIAN ALAM akan menjadi KEYAKINAN..
Adapun MENGENAL TUHAN melalui KITAB, AKAL, HATI NURANI, AMAL IBADAT dan KEJADIAN ALAM akan menjadi kamu anak2ku seorang ISLAM yang baik lagi BERMAKRIFAT, BERKEIMANAN, TAUHID serta penuh KEYAKINAN!
Walaupun ada senikata lagu nasyid berbunyi "IMAN tidak dapat diwarisi" tapi akan ku tunjukkan kamu jalan menuju kepadanya anak2ku pewaris pengetahuanku untuk kamu sendiri memetiknya!
No comments
Post a Comment