Mengenal Diri-Pemusnah Fakta
Anak2ku Zuriat Keturunanku..
Nabi Muhammad Shallallahu alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang MENGENAL DIRINYA maka dia akan MENGENAL TUHANNYA, dan barangsiapa yang sudah MENGENAL TUHANNYA bererti dia sudah bersyahadah (menyaksikan) LAA ILAHA ILAA ALLAH, dan barangsiapa yang sudah bersyahadah bererti dia sudah Islam dan Allah akan mengatakan (bahawa): "Hari ini telah Ku sempurnakan nikmatmu dan Aku (Allah) redha Islam-lah agamamu".
Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah Adz-Dzaariyaat pula:
Tafsirnya: "Dan pada DIRI kamu apakah TIDAK kamu perhatikan?" (Surah adz-Dzaariyaat:21).
Persoalannya:
DIRI yang manakah yang mesti DIKENAL dan diperhatikan sebagaimana yang dikehendaki oleh hadis dan al-Quran di atas?
Adapun anak2ku zuriat keturunanku:
Jika ditanya tentang DIRI seseorang, kita biasanya akan menjawab sebagai contoh: "Si Fulan anak Si Pulan".
Cuba kita renung sejenak.."Si Fulan itu cuma nama saja, mungkin ada yang panggilnya datuk, ayah, pakcik, anak, abang, adik, kawan dan sebagainya atas DIRI seorang "Si Fulan itu. Tapi tahukah kita apa sebenarnya yang diwakili oleh DIRI "Si Fulan itu?
Bagaimana pula caranya hendak jelaskan kepada seseorang yang TIDAK pernah berjumpa, mendekati atau MENGENALI "Si Fulan anak Si Pulan" itu?
Umum ketahui anak2ku zuriat keturunanku:
DIRI zahir seseorang manusia itu biasanya dikenal dengan 4 cara, iaitu melalui:
1. KETURUNAN
Yakni ada NAMA saka baka (titihan) atau KETURUNAN.
Sebagai contoh, anak kepada bapanya dan ibunya yang bernama sekian dan sekian. Ada bapa ada ibu adalah kita.
Dalilnya, DIRIMU sendiri ada bapa yang bernama sekian dan ada ibu yang bernama sekian.
2. JASAD
Yakni keadaan zahir JASAD yang ada kepada "Si Fulan itu.
Sebagai contoh, laki-laki atau perempuan, rupa paras, tinggi atau rendah, kurus atau gemuk, cerah atau gelap, muda atau tua dan sebagainya.
Dalilnya, kekadang kita menjelaskan seseorang itu berdasarkan tubuh badannya..tanyalah ingatanmu itu benar atau tidak.
3. AKHLAK
Yakni keadaan AKHLAK atau perangai termasuk KATA-KATA dan PERBUATAN yang ada kepada "Si Fulan itu.
Sebagai contoh, baik atau jahat, rajin atau malas, berani atau penakut dan sebagainya.
Dalilnya, ada orang yang kita KENAL kerana kebaikan AKHLAKNYA seperti Para Nabi dan Rasul, dan ada orang yang kita KENAL kerana kezaliman AKHLAKNYA seperti Firaun, Namrud, Haman dan Qarun.
4. NYAWA
Yakni keadaan yang menghidupkan "Si Fulan itu.
Sebagai contoh, kalau tiada NYAWA maka tiada akan DIKENAL seseorang itu.
Dalilnya, janin yang mati dalam kandungan ibu atau sebaik lahir tiada DIKENAL DIRINYA oleh manusia lain.
Maka:
Bila ada kesemua yang 4 di atas itu bersatu padu yakni KETURUNAN, JASAD, AKHLAK dan NYAWA maka dapatlah dikenali akan DIRI zahir "Si Fulan anak Si Pulan" itu oleh manusia lainnya.
Jadi anak2ku zuriat keturunanku:
Sudahkah kamu MENGENAL dan perhatikan DIRIMU sendiri sebagaimana yang dikehendaki oleh hadis dan al-Quran di atas?
Jika sudah MENGENAL, siapa DIRIMU yang sebenarnya?
1. Apa KETURUNANMU?
2. Siapa JASADMU?
3. Bagaimana AKHLAKMU?
4. Apa dikandung NYAWAMU?
Ringkasnya anak2ku zuriat keturunanku:
Maksud MENGENAL DIRI di atas mengikut pengajian ilmu MAKRIFAT adalah MENGENAL DIRI yang 4, yakni:
1. DIRI SENDIRI
2. DIRI TERDIRI
3. DIRI TERPERI
4. DIRI TAJALI
Semua DIRI-DIRI ini bersatu-padu tak bercerai-berai wujud pada yang satu yakni tubuh badan kita yang nampak hidup ini.
Tanyalah orang-orang telah MENGENAL DIRINYA untuk lebih MENGENALI pula akan DIRIMU sendiri.
Kesimpulannya anak2ku zuriat keturunanku:
MENGENAL DIRI membawa kepada MENGENAL TUHAN
MENGENAL TUHAN membawa kepada PENYAKSIAN
PENYAKSIAN membawa kepada SYAHADAH
SYAHADAH membawa kepada kalimah LAA ILAHA ILAA ALLAH
LAA ILAHA ILAA ALLAH membawa kepada ISLAM
ISLAM membawa kepada kesempurnaan NIKMAT
NIKMAT membawa kepada KEREDHAAN ALLAH
KEREDHAAN ALLAH itulah yang diharapkan oleh orang yang beragama!
Maka anak2ku zuriat keturunanku, MENGENALLAH DIRIMU yang nyata itu terlebih dahulu untuk MENGENAL Tuhan yang berselindung dalam terang!
No comments
Post a Comment