Boikot dan kemurkaan Fatimah kepada Abu Bakar dan Umar
Jika murka Hazrat Fatimah terhadap dua syaikh(Abu Bakar
dan Umar) adalah tidak bercanggah dengan Islam, maka mengapa anda
mencintai dua Syaikh (Abu Bakar dan Umar)? Allah [swt] menganggap
murka-Nya dan Fatimah adalah sama, dan Sayyedah Fatima meninggal dalam
keadaan marah kepada dua Shaikh (Abu Bakar dan Umar).
Jika dibolehkan untuk mematuhi Fatimah, maka diriwayatkan
dalam Shahih Bukhari bahawa Hazrat Sayyedah Fatimah as tidak menyenangi
dua syaikh (Abu Bakar dan Umar). Malahan Fatimah as telah mengarahkan
dalam wasiatnya bahawa mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam
majlis pemakamannya.
sebagai renungan mari kita amati hadis di bawah:
Fatimah berkata kepada Abu Bakr dan Umar: “Aku bertanya pada kamu
dengan nama Allah, bukankah kamu mendengar Rasulullah bersabda,
“Kepuasan Fatimah ialah kepuasanku, kemarahan Fatimah ialah kemarahanku,
barangsiapa menyayangi Fatimah menyayangi ku, yang memuaskan hati
Fatimah memuaskan hati ku, dan barangsiapa yang membuatkan Fatimah
marah, membuatku marah.” Mereka menjawab “ya”. Fatimah meneruskan: “Jadi
aku memberi kesaksian di hadapan Allah dan para Malaikat yang kamu
telah membuat ku marah, dan apabila aku berjumpa Nabi, pasti aku akan
mengadukan tentang kamu berdua pada Nabi.” ( Sumber: Al Imamah wal
Siyasah, Ibnu Qutaybah )
Walaupun Imam Ali memilih untuk senyap dan tidak aktif dalam politik
demi survival Islam, beliau selalu memberi nasihat kepada Umar bila-bila
sahaja Umar memintanya. Ini bukan bermakna Mawla Ali menerima Khilafah
Umar,menyayangi atau menerimanya, nasihat politik Imam Ali ialah untuk
kebaikan Islam.
Sebagai contoh, Raja Mesir bukanlah seorang Muslim,
bagaimanapun, baginda selalu meminta nasihat dari Nabi Yusuf, dan Nabi
Yusuf bersetuju menolong baginda, demi rakyatnya. Saya tidak memaksudkan
bahawa Umar bukan Muslim. Allah ialah hakim yang menghakimi dengan
seadil-adilnya. Apa yng saya maksudkan ialah nasiha Imam Ali kepada Umar
adalah demi kebaikan Empayar Muslim, dan bukanlah kerana Umar ialah
orang yang jujur.
…. raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak
menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah
(Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta
mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: “Sesungguhnya
engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi
dipercayai di kalangan kami “.
Quran [12:54]
Quran [12:54]
Tragedi Hari Khamis; Pertengkaran antara dua kumpulan sahabat
di hadapan Rasulullah yang sedang tenat, di satu pihak mahu mengikut
permintaan Rasulullah untuk menulis wasiat manakala di satu pihak lagi
mengikuti pendapat mereka sendiri dengan menolak permintaan Rasulullah.
Tidak dilupakan, harus juga kita menyebut pergaduhan dan perselisihan
antara para sahabat di kamar kematian baginda, juga dikenali sebagai Insiden pen dan kertas atau Tragedi Hari Khamis.
Ibnu Abbas melaporkan:….Rasulullah saaw bersabda: Mari, aku tuliskan kepada kalian sesuatu, yang mana kalian tidak akan tersesat di kemudian hari. Kemudian Umar berkata: Sesungguhnya
Nabi Allah sedang berada dalam kesakitan yang teramat sangat. Quran
bersama dengan kamu. Kitab Allah cukup untuk kita. Mereka yang berada di
dalam rumah berbeza pendapat.Sebahagian dari mereka berkata:
Bawakan baginda(bahan menulis) agar baginda dapat menuliskan wasiat yang
tidak akan menyelamatkan kita dari kesesatan selepas baginda manakala
sebahagian lagi berkata apa yang Umar katakan. Apabila mereka mula bergaduh di dalam keberadaan Rasulullah saaw, baginda berkata: Bangunlah dan pergi. Ubaidillah berkata: Ibn Abbas selalu berkata: Ini
adalah kerugian yang besar, memang adalah kerugian yang besar, oleh
kerana hingar bingar pergaduhan mereka, Rasulullah tidak dapat
menuliskan dokumen untuk mereka.” (Sahih Muslim, Kitab 13, Hadith 4016)
Rasulullah SAW telah siapkan askar untuk memerangi
Musailimah ibn kazzab dipimpin oleh Usamah. Abu Bakar dan Umar juga
diperintahkan untuk berada di bawah pimpinan Usamah. Mengapa Abu Bakar
dan Umar tidak pergi berperang? Apa keizinan yang mereka miliki yang
membolehkan mereka mengabaikan perintah Rasulullah SAW? Jika mereka
mempunyai keizinan khas, mengapa Rasulullah SAW melaknat orang-orang
yang diarahkan pergi berperang tetapi tidak pergi?
Sebelum kewafatan Nabi saaw, baginda mengarahkan ekspidisi
ketenteraan ke Syria di hantar di bawah pimpinan Usama bin Zayd. Tetapi
para sahabat Nabi saaw, bukan sahaja menentang perintah Rasul pada
permulaannya, malah mereka mengkritik kepimpinan Usama, sama seperti
mereka mengkritik kepimpinan ayah beliau, Zayd.
Diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Umar: Rasulullah menghantar tentera dengan Usama bin Zayd sebagai panglimanya.Orang
ramai mengkriktik kepimpinan beliau. Rasulullah bangun dan bersabda:
“Jika kalian mengkritik kepimpinan beliau, maka kalian mengkritik
kepimpinan bapaknya. Demi Allah, Zayd memang layak mendapat kepimpinan
tersebut, dan beliau pernah menjadi antara orang yang paling aku
sayangi, dan sekarang Usama ialah antara yang paling aku sayangi selepas
bapanya.” (Sahih Bukhari, Jilid 5, Kitab 59, Hadith 745)
Satu-satunya pilihan untuk kamu, ialah memilih. Pilihlah
antara orang yang dipilih masyarakat atau yang di pilih Allah swt. Ini
kerana jika kamu memilih seseorang yang menyakiti Allah, rasul dan Ahlul
Bait baginda, maka kamu akan bertanggungjawab dengn pilihan kamu.
Dua syaikh (Abu Bakar dan Umar) menentang Sunnah Rasulullah
SAW di saqeefa bani sa’idah. Padahal Islam ialah mengenai manusia yang
dipilih Allah, dan orang-orang yang manusia pilihan Allah swt tetapkan.
Perlantikan Abu Bakr masih mendapat tentangan dari ahli keluarga dan para sahabat besar Nabi, yang dikenali sebagai Syiah Ali, seperti Ammar, Salman, Miqdad, Abu Dzarr, Thalhah dan Zubair.
Dari Ibn Abbass: ….. Dan tiada ragu selepas kewafatan Nabi,
kami diberitahu yang Ansar tidak bersetuju dengan kami dan berkumpul di
Bani Sa’da. Ali dan Zubair sert sesiapa lagi yang bersama mereka
menentang kami, sementara Muhajirun bersama Abu Bakr.
(Sahih Bukhari, Jilid 8, Kitab 82, Hadith 817)
(Sahih Bukhari, Jilid 8, Kitab 82, Hadith 817)
Dengan berkurangnya pengaruh politik Imam Ali, isu Fadak
antara Fatimah dan Abu Bakr muncul. Fatimah mendakwa Fadak ialah hak
beliau, serta mendapat sokongan Imam Ali, tetapi ditolak oleh Abu Bakr.
Oleh itu Fatimah memboikot kepimpinan Abu Bakr.
Dari ‘Aisha: Selepas kewafatan Rasulullah, Fatimah binti
Rasulillah meminta Abu Bakr untuk memberi semula hak beliau dari
peninggalan Rasulullah selepas Fai, yang mana Allah berikan
pada baginda. Abu Bakr berkata pada Fatimah, “Rasulullah bersabda: Harta
kami tidak akan diwarisi, segala yang ditinggalkan oleh Nabi ialah
sedekah.” Fatimah, anak kepada Rasulullah berasa marah dan
berhenti dari bercakap dengan Abu Bakr sehingga beliau wafat. Fatimah
hidup selama 6 bulan selepas peninggalan baginda (saaw). (Sahih Bukhari, Jilid 4, Kitab 53, Hadith 325)
No comments
Post a Comment