Breaking News

Hikayat Hang Tuah VIII- Khairol Saiful

Hikayat Hang Tuah (8)

Ketika laksamana menjadi hulubalang di istana. Segala pegawai dan pertuanan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membuat fitnah. Hal ini pun telah di bawa kepada Patih Kerma Wijaya marah akan alasan yang dikemukan oleh mereka.

Hal itu telah dikemukan dihadapan Raja menyebabkan Raja murka dan menitahkan Bendahar supaya Laksmana Hang Tuah di buang dengan segara kerana menderhaka kepada mereka tetapi dihalang dengan menasihati dan memujuk raja agar diperikasa terlebih dahulu sebelum dibuang. Tetapi raja enggan dan meneruskan memuncak sehingga mengarahkan bentara kedua dengan alat senjata pergi mencari laksmana di Kuala Melaka.

Ketika itu laksmana sedang bersama keluarganya didalam perahu kecil. Laksamana mengetahui akan kedatangan Bentara Kedua dan pergi ke Istana dengan perahu Hang Jebat. Sampai mereka, laksamana duduk di Balai Gendang. Raja mengarahkan Bendahara melakukan pembuangan Hang Tuah walaupun Bendahara melakukan pembuangan Hang Tuah walaupun Bendahara berasa sedih.

Hang Jebat dan Hang Kasturi menangis dan memeluk dengan Laksmana dan memberikan Keris Pandak yang di minta oleh raja tadi kepada Hang Jebat. Laksmana juga sempat memberikan pesanan kepada Hang Jebat dan Hang Kasturi. Tiba di Istana, Raja menintahkan Hang Jebat memakai Keris Pandak itu. Hang Jebat memakai keris itu dengan perasaan gembira.
Bendahara pula melepaskan Hang Tuah dengan menyuruh empar orang menghantar laksmana ke hulu Melaka selama tujuh hari, tujuh malam dari negeri Melaka jauhnya. Hang Tuah juga sempat bergurukan Sheikh Mansur. Guru ini sempat memberi ramalan hadapan yang baik untuk Hang Tuah kerana selama 20 hari lagi dia akan pulang ke sisi raja kerana sejak ketiadaannya, Melaka dalam kacau-bilau.

Selepas kejadian membuang laksmana pada hari itu, Raja sering tidak menghadap orang selama tujuh hari. Hang Jebat cuba menawan hati raja sambil menendangkannya. Selepas Raja mandi, baginda santap bersama Tun Teja dan dipanggilnya Hang Jebat turut bersama. Raja juga ingin menganugerahkankan gelaran ‘Paduka Raja’ kepada Hang Jebat. Ramai yang tidak berpuas hati akan Laksmana baru (Hang Jebat). Hang Jebat juga memperlihatkan sifatnya yang tidak acuh. Hang Kasturi dan bendahara turut menangis kerana terkenangkan Laksmana lama........

Bersambung...

No comments