Breaking News

Tafakur Ilahiyah "TAHARAH"





"TAHARAH"

Cara mencuci kemaluan dengan betul.

Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?
Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya….

kaum lelaki:Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

kaum wanita pula:Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.Betul atau tidak cara kita selama ini.

Firman Allah swt:
"Celaka bagi orang yang mendirikan solat,
Kerana leka dan lalai."
(Al-Maun;ayat 4-5).

Walaupun ramai yang tahu akan hukumnya tetapi cara perlaksanaanya yang kurang memberi penekanan dan dititik beratkan.

Kaedah menyuci hadas besar;
Hendaklah kita mengeraskan perut atau meneran sedikit agar dubur kita mengembang,cucikan dgn air bersih sambil jari tengah tangan kiri menjolok sedikit kedalam dubur(sekurang-kurangnya 1/2 inchi).siram dan jolok-jolok kan jari.(jangan terlebih jolok nanti syok sendiri lak hihi,gurau jer). Apabila dubur bersih dengan sendirinya dubur kita akan mengecut dan kesat,jari dah tak boleh jolok maka tandanya dubur kita bersih.

Benar ataupun tidak.Esok pakai seluar dalam warna putih pakai dari pagi hingga kepetang.
Bila pulang dari kerja buka seluar dalam tu dan lihat sendiri,jika ada line kuning(no parking) cium sikit.hihi..
Tanya diri sendiri bersih atau pun kotor.
Tanda bersih jika pakai dari pagi sampai petang pun ia tetap bersih jika ada bau pun bau peluh atau angin perut sendiri.

Sekian selamat mencuba.
Fardhu ain jangan dibuat main-main.
Fardhu kifayah jangan buat tak payah.

No comments