makrifat Titik-Kyai Kasin
MAKRIFAT TITIK
(Ayat Terakhir)
Entahlah, mudah mudahan kali ini Allah berkenan:
Bermulanya huruf alif itu, adalah
asalnya dari satu titik. Dari huruf alif
sampailah membawa kepada huruf
ya, semua itu, asalnya adalah dari
titik yang satu!. Sesudah berhuruf
alif, kita lupa bahawasanya
bermulanya huruf alif itu, adalah dari
titk yang satu. Setelah berhuruf alif,
maka tersembunyilah titik didalam
huruf alif dan tersembunyilah titik
dalam huruf-huruf yang banyak.
tersembunyilah titik bermula dari
huruf alif sampai kepada huruf ya.
Begitu juga dengan nama Allah yang
satu , nama Allah yang satu itu,
tersembunyi disebalik keberadaan
diri. Setelah terdirinya diri kita, maka
nama Allah yang satu itu,
tersembunyi disebaliknya!.
Sebenar-benarnya titik itu, tidak
terhijab, tidak terlindung, tidak
terdinding dan tidak tersembunyi.
Titik atau nama yang satu itu,
sebenar-benarnya terzahir ia pada
tiap-tiap sesuatu dan ternyata pada
sekalian yang zahir, terlihat,
terpandang dan tertilik pada sekalian
yang nyata!. Titik itu, sebenarnya
tinggal lagi ianya dikatakan
tersembunyi disebalik huruf-huruf itu
sendiri!.
Sebenarnya untuk melihat dan untuk
menilik Allah itu, tiliklah makhluk dan
tiliklah diri mu, kerana Allah itu
terzahir pada sekalian yang zahir.
Seumpama kiasan titik dengan huruf.
Sebenarnya titik itu, tidak
tersembunyi atau terlindung. Ianya
terzahir dan terpapar pada setiap
huruf, hanya kita yang terlepas
pandang.
Allah bukan sesuatu tetapi zahir pada
tiap-tiap sesuatu. Titik bukan huruf,
tetapi terzahir pada tiap-tiap huruf.
Nak cari titik, lihat, tilik, pandanglah
huruf. Setelah tertilik huruf, maka
akan dengan sendirinya tertiliklah
titik. Tetapi sekiranya tertilik titik,
ianya tidak lagi tertilik huruf!. cam
baik-baik kata yang sedikit itu!
……………….
Bilamana tuan-tuan tertilik diri atau
tertilik nama-nama yang banyak itu,
sebenarnya tuan-tuan sudahpun
dengan sendirinya tertilik Allah!.
Tetapi tuan-tuan buta mata hati dan
buta mata zahir, sehingga terangnya
Allah dalam tiap-tiap sesuatu itu,
tidak tertilik oleh pandangan. Setelah
tertilik Allah dalam tiap-tiap sesuatu
itu, maka tidak lagi akan tertilik
makhluk atau tidak lagi akan tertilik
diri!.
Nama titik tersembunyi disebalik
huruf, manakala nama Allah pula
tersembunyi Ia, disebalik makhluk.
Untuk itu, selepas dari ini jangan lagi
ada pertelingkahan dan jangan lagi
ada perdebatan tentang nama Allah
yang tersembunyi!. Tersembunyi
nama Allah itu, hanya pada istilah
mata zahir semata-mata. Sebenarnya
Allah dan nama Nya, tidak pernah
tersembunyi!. Sedang Allah lagikan
zahir dan nyata-senyatanya, masakan
nama pula boleh tersembunyi?.
Tersembunyinya nama itu, adalah
hanya disebalik nama-nama diri mu
sahaja!.
Kita baca kitab, kita baca buku dan
kita baca tulisan saya, tetapi tuan-
tuan terlupa semasa membaca itu,
bahawasanya bacaan huruf itu,
tersembunyinya satu titik!.
Tersembunyinya satu titik itu,
sebenarnya hanya didalam huruf-
huruf yang tuan -tuan baca. Hanya
kita yang tidak mahu menilik!.
Sedangkan titik itu, tidak sedikitpun
meyembunyikan diri, malahan titik itu
sebolah-boleh dan seolah-olah ingin
memperlihat, ingin mempamir dan
ingin memperkenalkan sifat dirinya
melalui huruf-huruf yang sedang
tuan-tuan baca!. Malangnya biarpun
telah dalam berbagai-bagai bentuk,
titik dan Allah memperkenalkan sifat
dirinya, malangnya makhluk manusia
tetap dalam berkeadaan buta.
Sehingga tidak tertilik Allah dalam
yang banyak. Aku jadikan jin dan
manusia dan Aku jadikan yang
banyak itu, sesungguhnya supaya
tertilik dan terllihat Aku, tetapi
sebalilknya lagi menjauh hamba ku
dengan Aku. Titik yang satu tidak
tersembunyi, tersembunyinya titik
yang satu itu, adalah hanya
disebalilk huruf yang banyak!.
Dengan banyaknya huruf, ku kira
kamu ingat dan kamu tidak lupa
kepada titik, malangnya lagi banyak
huruf, lagi banyak yang lupa kepada
titik. Lagi banyak sifat makhluk ku
ciptaan, lagi banyak orang terlupaka
kepada aku itu adalah Allah swt.
Kenapa, kenapa dan
kenapa……………………………………
Sebabnya adalah kerana tuan-tuan
tidak matikan diri, sebabnya tuan-
tuan tidak simpan nama-nama yang
banyak itu kedalam perbendaharaan
Allah yang bernama Qalbu!. Tuan-
tuan masih melihat adanya “aku” dan
adanya diri!. Tuan-tuan masih ada
sifat keakuan!, Itu makanya tuan-
tuan asyik menuduh orang itu salah
dan menuduh orang ini sesat,
sedangkan yang sebenar-benar sesat
dan yang sebenar-benar salah itu,
adalah diri kita sendiri.
Bilamana kita bagi tahu, selalu
menafikan kebolehan orang dan
selalu memperkecil-kecilkan
kepakaran orang. Inilah hijab ulamak
zaman sekarang, tidak mahu
mengaku kelemahan diri sendiri dan
menebalnya beranggapan yang diri
itulah yang pandai dan hebat. Orang
yang sebegini, adalah orang-orang
yang tidak dapat menerima
kenyataan titik!. Meraka hanya
nampak diri, sedangkan diri itu,
adalah tipu daya semata-mata.
Sedangkan diri mereka itulah huruf-
huruf yang membuta dan yang
membatukan mata kita dari melihat
kehadiran titik dan dari melihat
kehadiran Allah pada setiap
sesuatu.
No comments
Post a Comment