Breaking News

INILAH NAMA ALLAH YG TERSEMBUNYI-Kyia Kasin

INILAH NAMA ALLAH YG TERSEMBUNYI
=======================

Tersembunyinya satu nama Allah itu,
ada setengahnya yang mengatakan
tersembunyi ia didalam sifat Nur
Muhamad (roh).
Semasa dialam la takyin, iaitu
semasa Allah bersendirian, inginlah
Allah memperkenalkan dirinya itu
Allah, lalu Allah jadikan sifat Nur
Muhamad. Didalam sifat Nur
Muhamad itulah tersembunyinya
nama Allah!. Allah sembunyilkan
namanya didalam sifat Nur
Muhamad!. Setelah diperzahirkan Nur
Muhamad, nama Allah tidak lagi
terpanggil kerana tersembunyi dalam
nama Nur Muhamad.
Seumpama kita makan rati canai.
Asal mulanya rati canai itu, adalah
dari yang bernama tepong!. Setelah
terbentuk atau terzahirnya sifat roti,
nama tepong sudah tersembunyi
disebalik nama roti (nama tepong
tidak lagi dikenali). Maka
tersembunyilah nama tepong didalam
sifat roti canai!.


 

Begitu juga seumpama kita minum
susu. Asalnya susu itu, adalah
daripada lembu, tetapi setelah
terzahirnya susu, nama lembu sudah
tersembunyi didalam nama susu!.
Didalam bab “satu nama Allah yang
tersembunyi” itu, pada asal mulanya
tersembunyi nama Allah yang satu
itu, adalah didalam nama Nur
Muhamad. Sesudah itu, berturut-
turutanlah tersembunyinya!.
Pertamanya tersembunyi Allah itu
didalan nama Nur Muhamad,
kemudian Nur Muhamad itu pula
tersembunyi didalam nama roh. Roh,
tersembunyi didalam nama nyawa.
Nyawa tersembunyi didalam nama
gerak dan gerak itu pula tersembunyi
didalam nama tubuh (anggota).
Manakala anggota-anggota tubuh itu
pula, tersembunyi didalam nama-
nama yang banyak!.
Nama yang satu itu, sebenarnya
tersembunyi ia didalam nama-nama
yang banyak!. Nama yang satu itu
hilang didalam nama-nama yang
banyak!. Cuba kita hilangkan nama-
nama yang banyak itu, maka
timbullah nama yang satu!.
Seumpama hilangkan nama roti,
nama kek, nama lempeng atau nama
biskut didalam tepong!. Hilangkan
nama susu kedalam lembu!
Kita tidak boleh pandang wajah diri
kita sendiri, wajah diri kita sendiri itu,
boleh dilihat, dipandang dan ditilik,
setelah adanya cermin.
Tersembunyilah rupa paras kita yang
asal didalam cermin!. Setelah minilik
cermin, maka terlupalah kita akan diri
kita yang asal. Sedangkan wajah diri
kita yang didalam cermin itu,
sebenarnya diri yang palsu.
Sungguhpun palsu, diri yang didalam
cermin itulah yang selalu dilihat,
ditilik dan diingatai orang!.
Mata kita tidak dapat untuk melilhat
diri yang asal, diri kita yang asal
tidak terlihat dan tidak tertilik oleh
mata. Lalu kita ambil cermin, setelah
diletak dan ditilik cermin, barulah
tertilik dan barulah kelihatannya diri.
Setelah menilik rupa diri yang palsu
didalam cermin, selalunya kita lupa
kepada diri yang asal. Maka itulah
yang dikatakan tersembunyinya diri
yang asal didalam cermin!.
Setelah menilik cermin, kita tidak lagi
ingat kepada diri yang asal. Kita
asyik melihat cermin. maka
tersembunyilah diri yang asal
didalam sifat cermin.
Beggitulah kiasan tersembunyinya
nama Allah yang satu itu didalam
nama-nama yang banyak.
Sebenarnya telah tersembunyi nama
Allah yang satu itu, didalam nama-
nama yang banyak, setelah kita tidak
lagi terlihat diri yang satu. Untuk
meyingkap satu nama yang
tersembunyi itu, hendaklah kita fana,
baqa, lebur, buang, kubur dan
tinggalkanlah diri yang zahir ini
kepada Allah. Simpanlah diri yang
zahir ini kedalam rumah Allah yang
bernama QALBU. Tinggalkanlah diri
zahir ini, didalam rumah Allah yang
bernama Qalbu. Setelah ditinggal,
hendaklah jangan lagi dibawa
keluar!. Buang cermin, jangan lagi
tilik cermin, kerana cerminlah
membuatkan kita terlupa dan terlepas
pandang untuk melihat kepada nama
diri kita yang sebenar-benar diri!.
Tinggalkan cermin diri yang palsu itu
kedalam rumah Allah (Qalbu). Biarlah
Allah yang jaga, kerana rumah Allah
yang satu ini, terkawal dan dijaga
sendiri oleh Allah, ianya pasti
selamat!.
Setelah kita simpan diri beserta
dengan nama-nama kita yang banyak,
didalam rumah Allah, pastinya
terbela, terkawal dan pasti selamat.
Simpanan kita itupun juga akan
berganda untungnya. Pelaburan itu,
adalah pelaburan yang tidak akan
pernah rugi. Bank simpanan yang
bernama Qalbu itu, adalah bank yang
tidak akan ada istilah susut nilai!.
Mari kita campakkan nama-nama diri
yang banyak ini sekali dengan sifat
diri yang zahir , kedalam pelaburan
bank Allah yang bernama Qalbu,
barulah pelaburan itu, terlihat akan
nama yang satu. Nama yang satu itu,
sebenarnya tersembunyi disebalik
cermin diri sendiri!. Mari kita sama-
sama pecahkan cermin yang palsu
itu, barulah terlihat nama yang satu!.
Sama-samalah kita pakai nama diri
yang asal………………
Buang cermin, kuburkan, binasakan
dan matikan cermin, barulah tuan-
tuan terlihat yang bahawasanya
tersembunyinya diri kita yang asal
itu, disebalik cermin!. Buangkan
segala yang bernama, tinggalkan
segala nama dan campakkan ia
kedalam rumah Allah(Qalbu). “Qalbu
mukmin Baitullah” kalbu mukmin
itulah sebenar-benar rumah Allah.
Rumah Allah yang tidak pernah
terbakar, tidak pernah dilanda banjir,
tidak pernah dicuri orang, tidak
pernah dicemari najis!. Rumah Allah
di Kota Mekkah, pernah terbakar,
pernah diruntuhkan beberapa kali,
pernah dilanda banjir, pernah dicuri
dan hilang. Tetapi rumah Allah yang
bernama Qalbu itu, tidak pernah
terusik, tidak pernah tercuri, terbakar
atau terhilang!. Ianya adalah tempat
rumah yang selamat dari diceroboh
orang. Percayalah bahawasanya
rumah Allah yang bernama Qalbu itu,
tebal dindingnya kalis dari dimasuki
pencuri. Jadi, mari kita beramai-
ramai berpakat sesama kita supaya
menyimpan barang disana.
Simpanlah diri kita disana, pasti
selamat dan pasti tertitik satu nama
Allah yang tersembunyi!.
Barang yang patut kita simpan itu,
bukan emas, bukan permata atau
bukan wang ringgit, tetapi yang patut
kita simpan itu, adalah nama-nama
diri termasuk diri jasad. Campakkan
diri kedalam rumah Allah, supaya kita
tidak lagi terpandang nama-nama
yang banyak, sifat-sifat yang banyak,
afaal-afaal yang banyak dan zat yang
banyak. Nama-nama yang banyak itu,
mari kita sama-sama kuburkan ia
didalam rumah Allah yang bernama
Qalbu. Setelah tersimpannya nama-
nama yang banyak didalam Qalbu,
maka tidaklah lagi terpanggil nama-
nama yang banyak. Setelah nama-
nama yang banyak itu tidak lagi
terpanggil dan setelah tersembunyi
nama-nama yang banyak itu, maka
terzahirlah nama Allah yang satu!.

No comments