HIDUP INI APA KATA DALANG-Kyai Kasin
HIDUP INI APA KATA DALANG
====================
Salam sejahtera semoga terahmati dg keberkahan makrifat
Saudaraku...
Mari kita sama-sama pulangkan seluruh diri, seluruh nama, seluruh upaya, seluruh kehendak dan seluruh jiwa dan raga kita ( zat, sifat, afaal dan asma’) kepada tuan yang empunya. Sebenar nama tidak ada dan sebenar-benar diri itu,tidak ada. Yang ada yanng wujud, yang ujud dan yanbg maujud itu, adalah hanya Allah selaku Sank Dalang di dalam permainan wayang.
Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, segalanya hak Allah,jangan lagi kita mendakwa diri kita sendiri, kelak akan didakwa Allah.Dakwaan Allah kelak, tidak ada pembela yang menang dalam mahkamah Allah, melainkan mereka-mereka yang berserah diri kepada Allah, orang-orang yang benar-benar berserah diri kepada Allah sahaja adalah orang yang sebenar-benar menang! Marilah sama-sama kita mati (kembali kealam kubur, alam barzakh dan alam baqa) esok dengan berkeadaan suci (kosong).
Jangan dibawa sombong,anggkuh, tamak dan kebesaran diri. Untuk memnghilang kebesaran diri itu, caranya adalah dengan berserah, menyerah diri dan memulangkan kembali hak Allah kepada Allah. Apa yang ada pada kita?, melainkan semuanya hak Allah, jadi kembalilah segalanya kepada Allah,barulah kita itu dikatakan suci bersih.Kembalilah kepada Allah semasa kita masih hidup, jangan tunggu untuk kembali semasa kita sudah mati. Kembali sesudah kita mati itu, adalah kembali yang sudah terlambat. Apa ada pada isteri, apa ada pada suami, apa ada pada anak dan apa ada pada harta. Semua itu tidak akan sekali-kali dapat membantu kita.
Ingat pesan saya ini, jangan bergantung harap kepada anak, isteri,suami, harta atau jangnan berharap kepada kesihatan. Pasti suatu hari kita akan tinggal seorang diri. Marilah kita bergantung harap hanya kepada Allah Taala.
Ada isteri yang dicerai suami, ada suami yang ditinggal isteri, ada harta banyak, sesungguhnya dengan harta itulah membuat kita lupa kepada Allah dan masa kita sihat, kita anggkuh dan setelah diri kita lumpuh, mana perginya kekuatan dan mana pergi gagahnya kita? Sunguhpun kita ada anak, kadang kadang anak kita itulah yang menipu harta kita, menipu perniagaan kita. Belot dalam memegang amanah, kita suruh lain, anak kita akan buat lain.
BANYAK ORANG TUA (IBU BAPA) KECEWA DENGAN ANAK ANAK!. Setelah nampak duit (wang),ada anak yang sanggup menikam bapak dari belakang. Sanggup menutup periuk nasi ibu bapa, sanggup menutup perniagaan ibubapa (asal mereka dapat wang). Jadi untuk mengelak orang tuan kecewa terhadap anak-anak, lebih baik kita percaya, yakin dan bergantung kepada Allah dan jangan sekali-kali berharap kepada anak-anak,isteri atau suami. Dengan cara berserah diri kepada Allah, kita tidak akan berhadapan dengan kekecewaan.
Jangan berserah diri kepada perniagaan, kerana ada kalanya perniagaan kita akan mengalami kerugian, nanti kita kecewa.Jangan berserah diri kepada harta (wang) untuk jaga kita dihari tua nanti kita kecewa. Mari kita sama -sama berserah diri kepada Allah (kita tidak akan kecewa).
Berserah diri, berserah nama dan hendaklah berserta beserta dengan nyawa. Diri dan nama kita itu, terletak dan duduknya pada Sank Dalang.
====================
Salam sejahtera semoga terahmati dg keberkahan makrifat
Saudaraku...
Ingat pesan saya ini, jangan bergantung harap kepada anak, isteri,suami, harta atau jangnan berharap kepada kesihatan. Pasti suatu hari kita akan tinggal seorang diri. Marilah kita bergantung harap hanya kepada Allah Taala.
Ada isteri yang dicerai suami, ada suami yang ditinggal isteri, ada harta banyak, sesungguhnya dengan harta itulah membuat kita lupa kepada Allah dan masa kita sihat, kita anggkuh dan setelah diri kita lumpuh, mana perginya kekuatan dan mana pergi gagahnya kita? Sunguhpun kita ada anak, kadang kadang anak kita itulah yang menipu harta kita, menipu perniagaan kita. Belot dalam memegang amanah, kita suruh lain, anak kita akan buat lain.
No comments
Post a Comment