Antara Bayang dg Pemilik Bayang-Kyai Kasin
Salam sejahtera, semoga Allah merahmati..
Antara Bayang dg Pemilik Bayang
=====================
Pada hakikatnya, intipati dan
permulaan ilmu kemakrifatan
adalah dari kejadian azali Luh Mahfuz
didalam ilmuNya. Di Luh mahfuz,
setiap sesuatu telah diciptakan
bermula dari NurNya dan dengan
sempurnanya bersesuaian dengan
sifat salbiahnya atau sifat
kesemprnaanNya.
Segala sesuatu adalah diibaratkan
bayang kepada yang empunya
bayang. Bayang hanya bergerak jika
yang empunya bayang bergerak.
Bersatu tiada dan berpisah pun tiada.
Makhluk tidak pernah bersatu dengan
Allah. Makhluk bukan Dia tapi
makhluk adalah DARI Dia juga.
Seperti besi yang dibakar merah oleh
api hingga sukar membedakan yang
mana besi dan yang mana api. Tapi
pada hakikatnya api tetap api dan
besi tetap besi.
Segala sesuatu yang terjadi di Luh
Mahfuz adalah qada’ Nya dan dalam
ilmuNya. Segala sesuatu yang terjadi
didunia pula adalah qadarNya. Maka
qadar terjadi mengikut qada’. Kemakrifatan mengajar kita
percaya kepada qada’ dan qadarNya
dan menyerahkan segala sesuatu
kepadaNya.
Oleh kerana makhluk hanya bayang
dan hanya bergantung kepada
pergerakan empunya bayang, maka
bayang-bayang tidak akan tahu
pergerakan yang selanjutnya oleh
yang empunya bayang. Makhluk
berserah. Tapi berserahnya orang makrifat bukan seperti berserah
dengan memandu dengan keadaan
tayar yang botak. Berusaha dengan
menggantikan dengan tayar yang
baru, dan baru berserah sepenuhnya
kepadaNya.
Alquran memang dicipta olehNya dan
bersifat baru dan akan binasa
akhirnya. Hakikat Alquran dan segala
sesuatu tercipta cuma dengan qalam
‘kun’. Qalam ‘kun’ telah ‘dilafazkan’
tanpa huruf dan tanpa suara. Maka
segala sesuatu yang ternampak,
berhuruf dan bersuara adalah baharu
sifatnya. Jadinya Alquran itu baharu
juga sifatnya jika ia berhuruf dan
bersuara. Disinilah letaknya poin kemakrifatan supaya jangan sampai
ternampak adanya diri yang masih
berhuruf dan bersuara dan hanya
Allah yang mengenal Allah jua.
Untuk melafazkan kalimah-kalimah
Allah didalam Alquran, kita
memerlukan antaranya mulut, bibir,
lidah dan peti suara demi untuk
mengeluarkan lafaz kalimah Allah.
Apakah Allah memerlukan anggota-
anggota ini untuk berkata?. Itulah
sebabnya Allah menzahirkan diriNya
agar kalimah-kalimahNya dapat
dilafaz dan didengar oleh diri yang
lain yang telah dizahirkan olehNya.
Setelah kita dizahirkanNya, maka
tugas kita hanya menyatakan Dia
Allah. Allah yang AHAD. Segala
sesuatu yang telah dizahirkan adalah
bayang-bayangNya jua.
Sekali lagi ditekankan bahawa antara
Allah dan hambanya, bersatu tidak
dan berpisah pun tidak.
Antara Bayang dg Pemilik Bayang
=====================
Pada hakikatnya, intipati dan
permulaan ilmu kemakrifatan
adalah dari kejadian azali Luh Mahfuz
didalam ilmuNya. Di Luh mahfuz,
setiap sesuatu telah diciptakan
bermula dari NurNya dan dengan
sempurnanya bersesuaian dengan
sifat salbiahnya atau sifat
kesemprnaanNya.
Segala sesuatu adalah diibaratkan
bayang kepada yang empunya
bayang. Bayang hanya bergerak jika
yang empunya bayang bergerak.
Bersatu tiada dan berpisah pun tiada.
Makhluk tidak pernah bersatu dengan
Allah. Makhluk bukan Dia tapi
makhluk adalah DARI Dia juga.
Seperti besi yang dibakar merah oleh
api hingga sukar membedakan yang
mana besi dan yang mana api. Tapi
pada hakikatnya api tetap api dan
besi tetap besi.
Segala sesuatu yang terjadi di Luh
Mahfuz adalah qada’ Nya dan dalam
ilmuNya. Segala sesuatu yang terjadi
didunia pula adalah qadarNya. Maka
qadar terjadi mengikut qada’. Kemakrifatan mengajar kita
percaya kepada qada’ dan qadarNya
dan menyerahkan segala sesuatu
kepadaNya.
Oleh kerana makhluk hanya bayang
dan hanya bergantung kepada
pergerakan empunya bayang, maka
bayang-bayang tidak akan tahu
pergerakan yang selanjutnya oleh
yang empunya bayang. Makhluk
berserah. Tapi berserahnya orang makrifat bukan seperti berserah
dengan memandu dengan keadaan
tayar yang botak. Berusaha dengan
menggantikan dengan tayar yang
baru, dan baru berserah sepenuhnya
kepadaNya.
Alquran memang dicipta olehNya dan
bersifat baru dan akan binasa
akhirnya. Hakikat Alquran dan segala
sesuatu tercipta cuma dengan qalam
‘kun’. Qalam ‘kun’ telah ‘dilafazkan’
tanpa huruf dan tanpa suara. Maka
segala sesuatu yang ternampak,
berhuruf dan bersuara adalah baharu
sifatnya. Jadinya Alquran itu baharu
juga sifatnya jika ia berhuruf dan
bersuara. Disinilah letaknya poin kemakrifatan supaya jangan sampai
ternampak adanya diri yang masih
berhuruf dan bersuara dan hanya
Allah yang mengenal Allah jua.
Untuk melafazkan kalimah-kalimah
Allah didalam Alquran, kita
memerlukan antaranya mulut, bibir,
lidah dan peti suara demi untuk
mengeluarkan lafaz kalimah Allah.
Apakah Allah memerlukan anggota-
anggota ini untuk berkata?. Itulah
sebabnya Allah menzahirkan diriNya
agar kalimah-kalimahNya dapat
dilafaz dan didengar oleh diri yang
lain yang telah dizahirkan olehNya.
Setelah kita dizahirkanNya, maka
tugas kita hanya menyatakan Dia
Allah. Allah yang AHAD. Segala
sesuatu yang telah dizahirkan adalah
bayang-bayangNya jua.
Sekali lagi ditekankan bahawa antara
Allah dan hambanya, bersatu tidak
dan berpisah pun tidak.
No comments
Post a Comment