Hikayat Hang Tuah (VII)-Khairol Saiful
Hikayat Hang Tuah (7).
Raja Majapahit yang mengutus perutusan (rindu akan Raden Mas Ayu) kepada Raja Melaka melalui orang pilihan Patih Gajah Mada dan perutusan itu ditulis sendiri oleh Beliau atas perintah Raja Majapahit. Apabila sampai ke Melaka, Rangga dan Barit Ketika menyampaikan titah tambahan dari Raja Majapahit.
Laksamana dari Melaka menjawab titah tambahan itu bagi pihak Raja Melaka. Dari jawapan Laksamana itu, benarlah bahawa Melaka akan diserang oleh musuh. Selang beberapa hari Rangga dan Barit mengundurkan diri bersama-sama Laksamana dari Melaka iaitu Hang Jebat dan Hang Kasturi.
Tujuan Laksamana dari Melaka adalah hendak membalas surat dan bingkisan untuk diberikan kepada Seri Betara. Manakala Hang Jebat dan Hang Kasturi hanyalah sebagai pendamping dikala sukar. Patih Gajah Mada mengetahui rombongan dari Melaka tiba dan meminta izin kepada Betara Majapahit untuk mencuba kepahlawanan ahli-ahli rombongan negeri Melaka dengan mengupah orang mengamuk secara berolok-olok tetapi dengan hanya menggunakan orang upahan Patih Gajah Mada.
Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit berniat untuk menguasai Negeri Melaka, kerana itu Patih Gajah Mada merancang untuk membunuh Hang Tuah di jamuan makan. Diupahnya orang untuk mencuri Keris Taming Sari (punca kekuatan) semasa Hang Tuah menceritakan semasa berperang dengan Megat Terengganu. Menyedari Keris Taming Sari dicuri oleh patih Gajah Mada kerana untuk melihat berjumpa sendiri dengan Hang Tuah.
Laksmana Hang Tuah dan Raja Melaka berangkat ke Majapahit. Pada mulanya, Raja Melaka enggan pergi tetapi disebabkan telah berjanji pada awalnya maka mereka hendak menepati janji tersebut. Tun Teja menasihati Raja Melaka supaya jangan berjauhan daripada Laksamana Hang Tuah kerana Laksamana sahajalah yang dapat melindungi baginda daripada dibunuh oleh Betara Majapahit. Raja Melaka juga meninggalkan wasiat sekiranya terjadi sesuatu hal terhadap dirinya Raden Baharlah yang akan menjadi pengganti baginda.
Setelah beberapa lamanya mereka singgah di Palembang selama tiga hari. Setelah genap tiga hari mereka pun meneruskan perjalanan mereka dan mereka sampai di Jayakarta. Apabila genap tiga hari mereka pun terus pergi ke Tuban. Dan mereka pun sampai di Majapahit dengan selamat. Pada mulanya, temenggung Majapahit mencadangkan supaya Raja Melaka dibunuh di Tuban tetapi cadangannya di tolak oleh Patih Gajah Mada. Pada masa yang sama Laksamana Hang Tuah sering berjaga-jaga di sisi baginda.
Keesokkan harinya, Patih Gajah Mada telah mengupah 40 orang perajurit-perajurit handalan untuk mengamuk di tengah pesara dan membunuh sesiapa sahaja. Laksamana berfirasat bahawa akan berlakunya pertumpahan darah pada waktu asar itu. Tetapi kesemua perajurit-perajurit itu dapat ditewaskan oleh Laksamana seseorang tanpa bantuan saudaranya yang lain kerana diperintah untuk berjaga-jaga disisi Raja Melaka.
Sekali lagi percubaan membunuh dilakukan dengan mengupah seorang perajurit yang bernama Petala Bumi untuk membunuh Laksaman. Petala Bumi mengetahui pelbagai ilmu penjelamaan tetapi sungguhpun begitu Laksamana tetap mengalahkan Petala Bumi.
Raja Melaka berpaksa kembali ke Melaka, kerana mendengar khabar puteranya jatuh sakit. Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada masih meneruskan rancangan mereka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana Hang Tuah. Mereka telah menyuruh tujuh orang perajurit belayar ke Melaka untuk menimbulkan kekecohan di negeri Melaka itu dan Bukit Cina telah dijadikan ibu pejabat mereka.
Lalu Hang Tuah pun menyamar menjadi salah seorang pengikut setia kepada ketua kumpulan itu dan ia juga berjaya masuk ke kumpulan perompak ini sebagai Sang Marga Paksi. Hang Tuah pun berjaya membunuh ketujuh-tujuh perompak itu........
Bersambung........
Sumber: https://www.facebook.com/khalifah.samudera/posts/957915350965543
No comments
Post a Comment