Breaking News

Dzikr Nafas

*ZIKIR NAFAS* 
Sumber: https://www.facebook.com/shahibulkarib2/posts/1572900139702396
Sesungguhnya  nyawa  itu ditajallikan  oleh  Allah  Taala  daripada  Jauhar  Basita dan  ianya  terbahagi kepada  4 peringkat.  
Pertamanya  Nafas.  
Keduanya  Amfas. 
ketiganya Tanapas dan keempatnya Nupus. 

Sesungguhnya  barangsiapa  yang tidak  menemui Zikir  Nafas maka  mereka tidaklah  dapat menyelami  makam  Solahuddaim  iaitu penyaksian  secara  total (sebenar)  seseorang itu  akan diri batinnya  di sepanjang  hayatnya  samada  di masa  beribadat atau  di  dalam  keadaan selamba di dalam  seharian sepanjang hidupnya  dan mereka  yang tidak  tercapai  ke makam  Solahuddaim  maka  selama itulah  mereka  tidak  akan  tercapai  martabat  nafsu  yang tinggi  di dalam  hidupnya.

Sejak  Nyawa  dimasukkan ke  dalam  jasad  seseorang  manusia  itu  dari kandungan ibunya semenjak lahir ke Dunia  sampailah  ianya  menghembus nafas yang terakhir  maka selama  itu  nafasnya  tidak  sesaat pun  berhenti  dari berzikir  kepada  diri  Empunya Diri  (Tuhan  semesta  alam)  dan ianya  tidak boleh dikawal  oleh  pancaindera manusia.   

Bermula  hidup  nafas  itu  kerana  Ampas.  hidup  Ampas itu kerana  Tanapas dan hidup Tanapas itu  kerana  Nupus dan hidup  Nupus itu dengan Rahsia  dan Rahsia ini adalah  diri rahsia  Allah  S.w.t  iaitu diri batin  kita. 

Seperti Firman Allah  didalam  Hadits Qudsi  :“Manusia adalah rahsiaKu dan  diri  Akulah  rahsianya”. 

Adapun  Nafas  itu  letaknya  di  mulut  Ampas letaknya  di hidung.  Tanapas letaknya  di  tengah-tengah  di  antara  telinga  kanan dan  kiri  dan Nupus itu letaknya pada Jantung.  

Bermula  zikir  nafas ketika  keluar  adalah  Allah  dan zikir  Nafas  ketika  masuk adalah  Hu     
Adapun  zikir  Ampas  ketika  keluar  adalah  Allah  dan  zikir  Ampas  ketika  masuk adalah  Hu.   

Maka  zikir  Tanapas adalah tetap diam  dengan  Allah Hu  semata.mata.   

Adapun nafas yang  masuk melalui hidung dinamakan  Abu  Bakar  dan Nafas yang keluar  melalui  mulut dinamakan  Omar.  
Bermula  nafas yang sampai ke ubun·ubun kepala  dinamakan Jibrail dan  Nafas pada  mulut dinamakan  Nabi.   
Adapun Nafas yang sampai ke  mata  dinamakan Mikail  dan Nafas yang turun naik  dari  Pusat  ke  Halkum  dinamakan  Othman  dan bermula  pekerjaan  Nafas naik turun  tersebut dinamakan  Ali.   

Bermula  Nafas  yang sampai ke  Pusat dinamakan Israfil  dan Nafas yang sampai ke  Jantung dinamakan  Izrail.  
Adapun  seperti  yang ditegaskan terdahulu daripada  ini bahawa  Nafas  adalah  nyawa  tubuh kita  dan  dialah  sebenar·benar tubuh kita  yang tidak  mengenal  cacat  cela  dan tidak binasa.  

Dan sesungguhnya Ampas itu  adalah sebenar·benar  hati nurani  yang  menjadi  nilai  kepada  Allah S.w.t.  
Dan  Tanapas itu adalah  sebenar-benar  diri yang diam  dalam  Puad  yang menerima  Ahmad  dan sesungguhnya  Nupus  itu adalah  sebenar  rahsia  iaitu  afaal kepada  Zat Allah s.w,t.   

Sesungguhnya  asal  Nafas  itu daripada  Alif.  
Asal  Ampas  itu  daripada  Alif hamzah  baris diatas.  
Asal  Tanapas itu  daripada  Alif  Hamzah baris  di bawah.  
Asal Nupus itu  daripada  Alif  Hamzah  baris  hadapan. 

Jadi bermula Zikir Rahsia Nafas itu adalah (A. AA. II. UU) 

Sayugia  diingatkan  bahawa  salah  satu cara  untuk memakrifatkan diri  sendiri adalah dengan  kita  mengetahui tentang  Nafas.      

1.    Nafas  iaitu  keadaan  keluar  masuk daripada  tubuh manusia.   

2.  Ampas  iaitu keadaan keluar  masuk daripada  tubuh manusia.   
3.  Tanapas  iaitu keadaan keluar  ke  dalam  tubuh manusia.   

4.  Nupus iaitu keadaan ke  dalam  jua  tidak  keluar  tidak  Kanan  maupun  ke kiri,  tidak ke  bawah,  ke  hadapan dan  ke  belakang  iaitu  Alif  pada  tubuh Insan yang  meliputi sekalian tubuh  manusia.   

Oleh  itu barangsiapa  tahu llmu  Nafas di dalam  dirinya  iaitu,  asalnya,  tempatny, Kehendaknya,  kalimahnya,  maka  tetap dijamin  oleh  Allah tiada  binasa  akan dirinya  dan  tiada  pula  bercerai  Nyawa  dengan tubuhnya  dan inilah sesungguhnya  ianya  merupakan  pakaian  para  Nabi  dan  Wali-Wali  Allah yang agung. 

Adapun  Nafas  kanak·kanak di dalam  kandungan ibunya  ianya  tidak  keluar  dan tidak kedalam  iaitu tidak  melalui  hidung dan  mulut  dan hidup pujian  tetap dengan Allah
   
Sesungguhnya  tujuan  utama  kita  mengetahui  dan mengamalkan  Zikir  Nafas  ini adalah bertujuan supaya  ketulan  darah  kotor  yang menjadi  tempat  istana  Iblis itu.  yang terletak  pada  bahagian  penghujung  bawah  jantung kita  itu  menjadi hancur  dan terbitlah  suatu Nur  Qalbi  di dalam  jantung kita.  Kerana  tanpa  Qalbi manusia  tidak  mungkin dapat mengenal diri dan mengenal  Allah  S.W.t.   Oleh itu  adalah  menjadi  tugas kita  yang hendak  mengenal  diri  dan makrifat dengan Allah S.w.t. mengetahui sepenuhnya Zikir Nafas.

Adapun  Zikir  Nafas  itu  dibahagi  oleh  para-para ahli Tasauf  kepada  5 bahagian:   
1.  Zikir  keluar    
2.  Zikir  masuk    
3. Zikir masuk keluar 
4. Zikir keluar masuk 
5. Zikir Rahsia Nafas -  Allah Allah -  Hu  Hu -  Hu Allah -  Allah Hu -  A AA II  UU 

Tetapi di dalam  bab  ini aku hanya  ingin  membincangkan 2 zikir  sahaja  iaitu Zikir  Allah Hu  dan  Zikir  Hu Allah yang  menjadi zikir  yang  paling  populer  di kalangan ahli tasauf. 

✅Cara  cara  untuk mengamalkan  zikir  Allah  Hu dan Hu Allah  itu adalah  seperti berikut : 

✔Cara  Zikir  Hu Allah 

Adapun cara  kita  berzikir  Hu Allah  itu hendaklah kita  mulai dengan  lafaz  Hu daripada  pusat kita  dan di isyaratkan menghala  naik keatas sehingga  ke ubun-ubun kepala dan sila  tengadahkan (angkat)  kepala  ke  langit di mana  kemudiannya hendaklah dipalu  dengan  kuat dengan lafaz  Allah  berikutnya  dengan keras  ke arah  Pusat dan dibiar  menular  ke  Jantung.  

Sila  sebutkan kalimah  Hu Allah  itu dengan terang.  perlahan (jangan laju)  serta  mengikut makhrajnya  dengan  betul. 

Semasa  melafazkan  Hu  itu  hendaklah  panjang  biar  2  Alif  (4  Harakat) da dipukul  dengan  lafaz  Allah  pun  dengan  panjang  juga  iaitu  2  Alif  (4  Harakat) jua.  

Tahankan nafas sehingga  dapat menyebut seberapa  banyak  di  dalam  satu nafas. Pada  awal permulaan  zikir  hendaklah dibuat  secara  nyaring di  mulut tetapi kemudiannya  diperlahankan secara  beransur·ansur  sehingga  tertutup mulut (tidak  kedengaran dilafazkan di  mulut)  dan  berzikirlah  Hu  Allah  itu di dalam hati semata-mata.  

Dan berzikirlah sebanyak  mungkin  yang boleh dan buat secara Istiqamah.  

✔Cara Zikir  Allah  Hu 

Adapun  cara-cara  kita  berzikir  nafas  Allah Hu  itu,  hendaklah kita  mulakan dengan  lafaz  Allah  dengan  panjang iaitu 2  Alif  (4 Harakat)  daripada  Pusat naik ke  Kepala  dan dongakkan  Kepala  ke  arah  Langit.  

Dan  kemudiannya  dilafazkan pula  dengan kuat  dipukul  pada  Pusat  dan  mengalirkan ke  Jantung  kita.  

Semasa melafazkan  Hu  itupun  mesti panjang  2 Alif  mengikut.  Makrajnya.   

Sila  tahankan nafas.  sehingga  kita  dapat menyebut  Allah  Hu  itu beberapa  kali di dalam  satu  nafas.  

Sebagaimana  zikir  Hu  Allah  jua  pada  permulaan  zikir  hendak dibuat  secara  nyaring di mulut tetapi kemudiannya  diperlahankan sehingga tidak berbunyi pada  mulut dan berzikirlah  di  dalam  hati  semata-mata  dan buatlah sebanyak  mungkin  dan secara  Istiqamah.     
InsyaAllah'  aku rasa  cukuplah  dulu untuk  dibincangkan  di dalam  bab ini. Semoga bermunafaat.

#HakikatInsan

⚠Apa yg dipaparkan disini sekadar ilmu pengetahuan sahaja bukan untuk pengijazahan. Pengijazahan tentang ilmu zikir nafas ni wajib berguru dan bertalaqi dgn mursyid.
+++++++++++++++++++++++

ASAL USUL MAKRIFAT

Rasulullah SAW mengajar kepada sahabatnya Saidina Ali Karamullah.Saidina Ali Karamullah mengajar kepada Imam Abu Hassan Basri.Imam Abu Hassan Basri mengajar kepada Habib An Najmi.Habib An Najmi mengajar kepada Daud Attaie.Daud Attaie mengajar kepada Maaruf Al Karhi.Maaruf Al Karhi mengajar kepada Sirris Sakatari.Sirris Sakatari mengajar kepada Daud Assakatar.Daud Assakatar mengajar kepada Al Junidi. Maka Al Junaidi yang terkenal sebagai pengasas MAKRIFAT. Maka pancaran makrifat itu dari empat sumber iaitu:

1. Pancaran daripada sumber SULUK yang dinamakan
Makrifat Musyahadah.

2. Pancaran daripada sumber KHALWAT yang dinamakan
Makrifat Insaniah.

3. Pancaran daripada Inayah yang dinamakan ROHANI.

4. Pancaran daripada Pertapaan yang dinamakan JIRIM.

Maka dari sumber amalan itulah terbit makrifat yang tinggi dan mempunyai rahsia yang sulit.

Dengan berlindung kepada Allah Swt, Pencetusan Api
Ma’rifattullah dalam kalimah “ALLAH” syahdan, nama Allah itu tidak akan pernah dapat dihilangkan, sebab nama Allah itu akan menjadikan Zikir bagi para Malaikat, Zikir para burung, Zikir para binatang melata, Zikir tumbuh-tumbuhan dan Zikir dari Nasar yang 4 (tanah, air, angin dan api) serta zikir segala makhluk yang ada pada 7 lapis langit dan 7 lapis bumi, juga zikir makhluk yang berdiam diantara langit dan bumi. (buka…..Al-Qur’an, Surah At-thalaq, ayat 1).

Adapun zikir para makhluk Allah yang kami sebutkan tadi tidaklah sama loghatnya, dan tidak sama pula bunyi dan bacaannya. Tidak sedikit para ahli Sufi dan para wali-wali Allah yang telah mendengar akan bunyi zikir para makhluk itu, sungguh sangat beraneka ragam bunyinya.

Dalam Kitab Taurat, nama Zat yang Maha Esa itu ada 300 banyaknya yang ditulis menurut bahasa Taurat, dalam Kitab Zabur juga ada 300 banyaknya nama Zat yang Maha esa itu yang ditulis dengan bahasa Zabur.

Dalam Kitab Injil juga ada 300 banyaknya nama Zat yang Esa itu yang ditulis dengan bahasa Injil, dan dalam Kitab Al-Qur’an juga ada 99 nama Zat yang esa itu ditulis dalam bahasa Arab. Jika kita berhitung maka dari keempat kitab itu yang ditulis berdasarkan versinya, maka akan ada 999 nama bagi zat yang maha esa itu, dari jumlah tersebut maka yang 998 nama itu, adalah nama dari Sifat Zat yang maha Esa, sedangkan nama dari pada Zat yang Maha Esa itu hanya satu saja, yaitu “ ALLAH ”.

Diterangkan didalam Kitab Fathurrahman, berbahasa Arab, yaitu pada halaman 523. disebutkan bahwa nama Allah itu tertulis didalam Al-Qur’an sebanyak 2.696 tempat.

Apa kiranya hikmah yang dapat kita ambil mengapa begitu banyak nama Allah, Zat yang Maha Esa itu bagi kita…?

Allah, Zat yang Maha Esa, berpesan :

“ Wahai Hambaku janganlah kamu sekalian lupa kepada nama-KU “

Maksudnya : Allah itu namaKU dan ZatKU, dan tidak akan pernah bercerai, NamaKU dan ZatKU itu satu.

Allah Swt juga telah menurunkan 100 kitab kepada para nabi-nabiNya, kemudian ditambah 4 kitab lagi sehingga jumlah keseluruhan kitab yang telah diturunkan-Nya berjumlah 104 buah kitab, dan yang 103 buah kitab itu rahasiaNya terhimpun didalam Al-Qur’annul karim, dan rahasia Al-Qur’annul karim itu pun rahasianya terletak pada kalimah “ALLAH”.

Begitu pula dengan kalimah La Ilaha Ilallah, jika ditulis dalam bahasa arab ada 12 huruf, dan jika digugurkan 8 huruf pada awal kalimah La Ilaha Ilallah, maka akan tertinggal 4 huruf saja, yaitu Allah.

Ma’na kalimah ALLAH itu adalah sebuah nama saja, sekalipun digugurkan satu persatu nilainya tidak akan pernah berkurang, bahkan akan mengandung ma’na dan arti yang mendalam, dan mengandung rahasia penting bagi kehidupan kita selaku umat manusia yang telah diciptakan oleh Allah Swt dalam bentuk yang paling sempurna.

ALLAH jika diarabkan maka Ia akan berhuruf dasar Alif, Lam diawal, Lam diakhir dan Ha.Seandai kata ingin kita melihat kesempurnaannya maka gugurkanlah satu persatu atau huruf demi hurufnya.

• Gugurkan huruf pertamanya, yaitu huruf Alif (ا ), maka akan tersisa 3 huruf saja dan bunyinya tidak Allah lagi tetapi akan berbunyi Lillah, artinya bagi Allah, dari Allah, kepada Allahlah kembalinya segala makhluk.
• Gugurkan huruf keduanya, yaitu huruf Lam awal (ل ), maka akan tersisa 2 huruf saja dan bunyinya tidak lillah lagi tetapi akan berbunyi Lahu.
Lahu Mafissamawati wal Ardi, artinya Bagi Allah segala apa saja yang ada pada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi.
• Gugurkan huruf ketiganya, yaitu huruf Lam akhir ( ل), maka akan tersisa 1 huruf saja dan bunyinya tidak lahu lagi tetapi Hu, Huwal haiyul qayum, artinya Zat Allah yang hidup dan berdiri sendirinya.

Kalimah HU ringkasnya dari kalimah Huwa, sebenarnya setiap kalimah Huwa, artinya Zat, misalnya :

Qul Huwallahu Ahad., artinya Zat yang bersifat kesempurnaan yang dinamai Allah. Yang dimaksud kalimah HU itu menjadi berbunyi AH, artinya Zat.

Bagi sufi, napas kita yang keluar masuk semasa kita masih hidup ini berisi amal bathin, yaitu HU, kembali napas turun di isi dengan kalimah ALLAH, kebawah tiada berbatas dan keatas tiada terhingga.

Perhatikan beberapa pengguguran – pengguguran dibawah ini :

Ketahui pula olehmu, jika pada kalimah ALLAH itu kita gugurkan Lam (ل ) pertama dan Lam (ل ) keduanya, maka tinggallah dua huruf yang awal dan huruf yang akhir (dipangkal dan diakhir), yaitu huruf Alif dan huruf Ha (dibaca AH).

Kalimah ini (AH) tidak dibaca lagi dengan nafas yang keluar masuk dan tidak dibaca lagi dengan nafas keatas atau kebawah tetapi hanya dibaca dengan titik.

Kalimah AH, jika dituliskan dengan huruf Arab, terdiri 2 huruf, artinya dalam bahasa disebutkan INTAHA (Kesudahan dan keakhiran), seandai saja kita berjalan mencari Allah tentu akan ada permulaannya dan tentunya juga akan ada kesudahannya, akan tetapi kalau sudah sampai lafaz Zikir AH, maka sampailah perjalanan itu ketujuan yang dimaksudkan. (Silakan bertanya kepada ahlinya)

Selanjutnya gugurkan Huruf Awalnya, yaitu huruf ALIF dan gugurkan huruf akhirnya, yaitu huruf HA, maka akan tersisa 2 buah huruf ditengahnya yaitu huruf LAM pertama (Lam Alif) dan huruf LAM kedua ( La Nafiah). Qaidah para sufi menyatakan tujuannya adalah Jika berkata LA (Tidak ada Tuhan), ILLA (Ada Tuhan), Nafi mengandung Isbat, Isbat mengandung Nafi tiada bercerai atau terpisah Nafi dan Isbat itu.

Selanjutnya gugurkan huruf LAM kedua dan huruf HU, maka yang tertinggal juga dua huruf, yaitu huruf Alif dan huruf Lam yang pertama, kedua huruf yang tertinggal itu dinamai Alif Lam La’tif dan kedua huruf itu menunjukkan Zat Allah, maksudnya Ma’rifat yang sema’rifatnya dalam artian yang mendalam, bahwa kalimah Allah bukan NAKIRAH, kalimah Allah adalah Ma’rifat, yakni Isyarat dari huruf Alif dan Lam yang pertama pada awal kalimah ALLAH.

Gugurkan tiga huruf sekaligus, yaitu huruf LAM pertama, LAM kedua, dan HU maka tinggallah huruf yang paling tunggal dari segala yang tunggal, yaitu huruf Alif (Alif tunggal yang berdiri sendirinya).

Berilah tanda pada huruf Alif yang tunggal itu dengan tanda Atas, Bawah dan depan, maka akan berbunyi : A.I.U dan setiap berbunyi A maka dipahamhan Ada Zat Allah, begitu pula dengan bunyi I dan U, dipahamkan Ada Zat Allah dan jika semua bunyi itu (A.I.U) dipahamkan Ada Zat Allah, berarti segala bunyi/suara didalam alam, baik itu yang terbit atau datangnya dari alam Nasar yang empat (Tanah, Air, Angin dan Api) maupun yang datangnya dan keluar dari mulut makhluk Ada Zat Allah.

Penegasannya bunyi atau suara yang datang dan terbit dari apa saja kesemuanya itu berbunyi ALLAH, nama dari Zat yang maha Esa sedangkan huruf Alif itulah dasar (asal) dari huruf Arab yang banyaknya ada 28 huruf.

Dengan demikian maka jika kita melihat huruf Alif maka seakan-akan kita telah melihat 28 huruf yang ada. Lihat dan perhatikan sebuah biji pada tumbuh-tumbuhan, dari biji itulah asal usul segala urat, batang, daun, ranting, dahan dan buahnya.

Syuhudul Wahdah Fil Kasrah, Syuhudul Kasrah Fil Wahdah.

Pandang yang satu kepada yang banyak dan pandang yang banyak kepada yang satu maka yang ada hanya satu saja yaitu satu Zat dan dari Zat itulah datangnya Alam beserta isinya.

Al-Qur’an yang jumlah ayatnya 6666 ayat akan terhimpun kedalam Suratul Fatekha, dan Suratul Fatekha itu akan terhimpun pada Basmallah, dan Basmallah itupun akan terhimpun pada huruf BA, dan huruf BA akan terhimpun pada titiknya (Nuktah). Jika kita tilik dengan jeli maka titik itulah yang akan menjadi segala huruf, terlihat banyak padahal ia satu dan terlihat satu padahal ia banyak.
Selanjutnya Huruf-huruf lafald Allah yang telah digugurkan maka tinggallah empat huruf yang ada diatas lafald Allah tadi, yaitu huruf TASYDID (bergigi tiga, terdiri dari tiga huruf Alif) diatas Tasydid adalagi satu huruf Alif.

Keempat huruf Tasydid itu adalah isyarat bahwa Tuhan itu ADA, maka wajib bagi kita untuk mentauhidkan Asma Allah, Af’al Allah, Sifat Allah dan Zat Allah.
Langkah terakhir gugurkan keseluruhannya, maka yang akan tinggal adalah kosong.
LA SAUTUN WALA HARFUN, artinya tidak ada huruf dan tiada suara, inilah kalam Allah yang Qadim, tidak bercerai dan terpisah sifat dengan Zat.

Tarku Mayiwallah (meninggalkan selain Allah) Zat Allah saja yang ada.
La Maujuda Illallah (tidak ada yang ada hanya Allah).

Sembilan kali sudah kita menggugurkan kalimah Allah, seandainya juga belum dapat dipahami maka tanyakanlah kepada ahlinya.

No comments