Breaking News

Bangsa Melayu dan Bangsa Yahudi



==================================================================
https://ahmadsamantho.wordpress.com/2012/09/05/bangsa-kita-ternyata-pemegang-rahasia-akhir-jaman/
===================================================================

BANGSA kita (Nusantara) TERNYATA pemegang RAHASIA AKHIR JAMAN

BANGSA kita TERNYATA pemegang RAHASIA AKHIR JAMAN

 “…sent them away from his son Isaac to the land of the east.” (Genesis 25:6 New International Version)
 Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan Rahasia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke dunia Timur  bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.
Bangsa Paling Rahasia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.
Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahasia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membangun kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian. Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.
Siapakah Bani Jawi?
Apa Misi rahasia Bani Jawi?
Siapakah bani Jawi/Jawa/Melayu?
Darimanakah asalnya Melayu itu?
Ketika ramai ilmuwan memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahasia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahasia sejak beribu-ribu tahun.
Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,’di penghujung dunia’.Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan.’Di hujung dunia’,setelah penat mengembara,bangsa misteri berehat dan berehat…tidur dengan lenanya…senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet mencari bangsa misteri ini, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka… ……
Dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?Mengapa Israel bersusah-payah membangun pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?
Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?
Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?
Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?
Apakah dia alter Paling Rahasia Bangsa Melayu?. Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?
‘Dihujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak tidur!
…J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:
*Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain….
… Rahasia yang terpendam beribu tahun tentang satu bangsa pengembara yang mencari ‘Tanah yang Dijanjikan’ semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah kuil purba di Okinawa Jepun,kendi purba yang sama di Vietnam,Kemboja dan Pahang,penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga penemuan keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular itu. APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI?….
Penemuan keris di kuil Okinawa, Jepang
An ancient blade of a keris found recently at the royal Enkakuji Temple grounds near the 15th century Shurijo Castle might unravel the ties the Malay world had with these southwestern islands of Japan.
Prof Takara mengatakan Kerajaan Ryukyus ( yg punya kuil) telah melakukan hub,dagang dengan (Thailand), between 1425 and 1570, Malacca (1463-1511), Patani (Southern Thailand) (1490-1543) dan beberapa wilayah di Indonesia (Palembang, Java and Sumatra) dan Cambodia.
Kota kuno Jawa di Jordania
Para arkeolog dgn metode karbon, memperkirakan usia kota tsb adalah 4 milenium sebelum masehi (4000SM), edannn!!!!



.. Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia….
… Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahasia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian…..
…..Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini ‘Golden Chersonese’ yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai ‘Suvarnabhumi’ iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumberbekalan emas untuk membangun negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.

Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?
Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membangun Piramid,bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,gendang dan seramik purba.
ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?……


… Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey….

…… Di selat Melaka, kedua-dua kumpulan ini bertemu. Kumpulan yang tiba melalui jalan laut (yang banyak menetap di Kepulauan Indonesia) bertemu saudara mereka (kumpulan yang tiba melalui jalan darat-majoriti menetap di Semenanjung ‘Emas’ Tanah Melayu). Mereka adalah serumpun dan bersaudara. Sudah lama (ratusan tahun) mereka terpisah. Mereka berpelukan dan menangis. Ramai yang hadir melihat peristiwa paling bersejarah ini. Mungkin cucu-cicit gadis misteri yang meninggalkan selendang merah tadi ada di situ. Bangsa Keturah telah bersatu di Selat Melaka di ‘Tanah Yang Dijanjikan’ The Land of The East’…….
………. Apakah rahasia bangsa Melayu 2500 tahun dahulu? Apakah yang ditemui oleh rombongan kerajaan Nabi Sulaiman di Nusantara? Apakah perjanjian rahsia para Firaun di The Land of The Gods? ……….
….Anehnya,para Firaun ini mendakwa nenek moyang mereka berasal dari tanah ini,yang digelar…. ‘THE LAND OF THE GODS’
sorry gan isinya cuma saya cuplikan beberapa saja versi lengkapnya panjang banget berupa ebook/buku yg bisa Anda download disini
kalo udah download dan baca ditunggu komentar atau pendapatnya ya?
==========================================================================

PENDITA TUA INGIN BERKATA-KATA










Satu Artikel Selingan Dari  Pendeta Al~ Semantani














Wahai umat Melayu sekalian, pendita tua ini ingin berbicara, berbicara pasal dunia, dunia yang penuh dengan pancaroba, dunia Melayu  dunia kita.


Wahai anak Melayu sekalian, pendita tua ini bukanlah seorang ahli agama atau pun ulama, pendita tua ini bukanlah seorang professor dalam bidang sejarah malahan pendita tua ini bukanlah seorang yang penting dalam masyarakat. Namun demikian , atas dasar kasihan, dan tanggungjawab, pendeta tua yang tidak berdaya ini  cuba menggunakan segala kemahiran yang dia ada, segala ilmu yang pernah dipelajarinya dan segala pengalaman yang pernah di tempuhinya walau seciput manapun yang ada demi untuk menghapuskan sikap inferioriti kompleks yang ada pada setiap umat Melayu di negara ini terhadap sejarah negara bangsa mereka.



Wahai anak-anak Melayu muda sekalian! Janganlah engkau semua bergelak dan ketawa terbahak-bahak atau tersenyum sengih bagaikan kerang busuk serta mengernyih sindir apabila dikatakan bahawa bangsa Melayu itu adalah sebuah bangsa yang hebat, bangsa Melayu itu adalah tua sejarahnya, bangsa Melayu itu adalah besar kerajaan-kerajaan negara kotanya. Dan bangsa Melayu itu luas pandangan dan jauh perjalanannya hingga ke Mesir purba dan empayar Babylon. Ternyata wahai anak-anak Melayu muda sekalian, kamu semua telah tertipu dengan dogma-dogma dari sistem pendidikan berteraskan Barat. Mereka menutupi dan menyarungi segala rahsia mengenai sejarah bangsa Melayu kita.



Wahai anak Melayu sekalian! Dimanakah para pendekar jantanmu? Dimanakah para wira dan Heromu yang akan membela nasib sejarah bangsa Melayu kita ini? Tidakkah anda semua anak-anak jantan Melayu  berasa malu dengan fenomena kini. Apakah sudah habis semua jantan dalam bangsa Melayu ini sehinggakan perjuangan dalam medan sejarah terpaksa dipikul oleh seorang insan bernama wanita ( Srikandi la sape lagi). Dimana kejantanan anda? Jangan sorokkannya dibawah meja kerja anda sahaja. Mari kita beramai-ramai bersama menyelongkar segala arkib diseluruh dunia yang menyimpan segala macam jenis manuskrip dan jurnal mengenai bangsa dan tamadun Melayu. Supaya nanti akan terbangkitlah alter anak-anak muda kita.



Wahai umat Melayu yang jumud lagi tak mahu membaca! Apabila Cik Seri ungkapkan bahawa ada bukti yang menunjukkan bahawa bangsa Melayu pernah mengadakan aktiviti perdagangan dengan bangsa-bangsa tamadun besar di Asia Barat seperti Mesir Purba, Hittite, Judea dan Babaylon maka ada pihak yang mencebik mulut dan memalingkan muka sambil menjuihkan lidah tanda hina sangat pandangan tersebut. Tetapi ketahuilah wahai si muka hudoh yang menjuihkan mulut oi! Segala kajian dan bukti tersebut bukan direka-reka oleh Cik Seri dan yang seangkatan dengannya tetapi dikaji selidik sendiri dari hasil kajian terdahulu oleh para pengkaji asing.






Maka berkatalah si jumud bin tak mahu mengkaji : Habistu apa buktinya? Mana ada rumah, Mahligai,Piramid,Istana ,Kuil dan tembok kerajaan-kerajaan yang hebat tersebut? Ini jawapan pendita ya…jika awak cari Mahligai maka harapan awak akan berkecai, jika awak cari Istana maka impian awak takkan kemana, jika awak cari tembok maka awak tunggulah sampai esok , jika awak nak tengok Pyramid alamatnya pergilah je kat Sunway Pyramid. Kesan sesebuah tamadun yang hebat itu bukan terlihat pada batu batuannya sahaja atau binaan materialnya sahaja, sebaliknya sumbangan dari sudut  non-material seperti adat, dan bahasa adalah sesuatu yang paling penting dan menjadi bukti yang paling berguna dalam mengkaji sesebuah tamadun itu.

Maka apakah dia bukti dari sudut bahasa tersebut? Menurut pendita sebenarnya ada banyak contoh persamaan dari sudut bahasa, pendita tak mahu kupas panjang-panjang kerana Cik Seri dah kupas dalam artikel lama beliau berkali-kali malah pendita juga sudah ulas dalam artikel pendita yang terdahulu. Sebagai contoh seperti yang terdapat di blog M.O: Surau dalam bahasa Melayu ada persamaan dengan Sawraw dalam bahasa ibrani yang bermaksud rumah kecil atau tempat ibadah kecil. Selain itu perkataan Abah dalam bahasa Melayu sama dengan dalam bahasa Ibrani Abbah yakni ayah.




Namun demikian anak Melayu sekalian, kebanyakan dari persamaan ini hanya sesuai dengan bahasa percakapan atau bahasa pasar Melayu sahaja dan bukan bahasa baku. Contohnya dalam penyebutan huruf R. Dalam bahasa yahudi R disebut dengan tidak menggulungkan lidah sebaliknya dibunyikan dengan anak tekak yang mengeluarkan bunyi GHR seperti dalam penuturan beberapa dialek Melayu di seluruh Nusantara. Tahukah anda bahawa perkataan Geled yakni sebuah perkataan Yahudi bermaksud Kulit? Nah anda nampak kan persamaannya! Tpuah adalah bermaksud Apple dalam bahasa Ibrani dan Buah adalah persamaannya dalam bahasa Melayu. Mati disebut Mat dalam bahasa Hebrew adakah perlu saya terangkan lagi dimana persamaannya? Untuk pengetahuan cucu-cucu semua Google translate tidak menyediakan bantuan Audio untuk bahasa Ibrani tetapi ada disediakan untuk semua bahasa lain di dunia. Kenapa ya? Adakah sebab dia tak mahu anak cucu sekalian menbandingkan bahasa Ibrani dengan bahasa Melayu? Wallah hu a’lam. Sekian.

============================================================================
Artikal kiriman saudara Pendekar mengenai Rahsia Bangsa Melayu adalah satu topik yang menarik dimana kita dapat menilai serta mengkaji asal usul bangsa Melayu.Artikal ini dipindahkan dari entri Sejarah & Info Islam
RAHSIA BANGSA MELAYU
Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini.Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan.
Selamat Membaca.
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU
“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.”
(Genesis 25:6 New International Version)
Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.
Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.
Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan alter?Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di’suis’ dalam keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.
Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya).Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.
Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut.
Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.’Melayu’ adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah ‘The Promised Land’ seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai ‘unknown nationality’.Persoalannya,
“Siapakah Keturah ini?”
Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai ‘raksasa’,’orang gasar(barbarian)’,’kaum yang ganas’ dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat ‘kaum yang ganas’ di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,
“Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini” (Kisah Nabi Musa)
Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan ‘gundik Firaun’.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai ‘kifarat’ dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).
Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagaiYahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa.
dalam Alquran ada disebut:
“Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?….Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian”.

(Ali Imran: 65 – 68)

Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra’ yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalanmalam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Disini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.
Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka.Padamasa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.
Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan ‘Babilonian Magic’ yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.
Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.
Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai ‘patriarch’ (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.
*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.
Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacararitual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidakdiketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK…TIDAK SAMASEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kinisekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar ‘dongeng-dongeng’ ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai ‘keajaiban’ cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang ‘nakal’ mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu.Dewa-dewiyang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta Upanishad.Sudahtentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN….tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.
====================================================================




Penghulu Bangsa Spiritual- Melayu VS Yahudi


Ini adalah koleksi artikel Mistis Organisation yang saya kira amat menarik untuk dikongsi bersama pembaca blog saya. Artikel ini adalah temuramah Mistis Organisation dengan salah seorang pengkaji konspirasi, Lonecypter yang membincangkan tentang keunikan dan nilai spiritual bangsa Melayu yang amat berpotensi untuk kebangkitan akhir zaman.Selamat Membaca!

Semakin hari semakin ganas tindakan Israel ke atas penduduk Islam Gaza.Tidak ada perubahan yang berlaku.Statistik kematian terus meningkat.Pemimpin Arab pula berusaha mengadakan rundingan.Tetapi Israel mahu berunding menggunakan bom berangkai fosforus,kereta kebal dan peluru berpandu.Masyarakat dunia hanya sekadar mengepal-ngepalkan tangan menunjukkan rasa tidak puas hati dan terus berdemontrasi.

MistisFiles telah mengambil inisiatif menemubual seorang penyumbang maklumat dan juga seorang penyelidik konspirasi yang selama ini selalu membantu kami di MistisFiles.Beliau adalah lulusan universiti di Timur Tengah,seorang yang mendalami subjek Social Propaganda,Mindcontrol Subcategory Backward Message,Islamophobia Conspiracy,911 CaseResearch,Paranormal Subcategory Dark Spirit and Alien Camouflage dan Gothic-Victorian Subculture.

M:MistisFiles L:'Lonecryer'

M:Terimakasih kerana sudi ditemubual dalam rakaman istimewa sempena kekejaman Israel ke atas Gaza baru-baru ini.Terlalu banyak persoalan yang timbul di sebalik peristiwa yang menyedihkan dan mengundang kemarahan masyarakat dunia terutamanya umat Islam ini.Persoalannya sekarang apakah objektif Israel di sebalik serangan mereka ke atas Gaza?

L:Terimakasih

Untuk menjawab soalan ini perlulah kita mengkaji sejarah bangsa Yahudi,perkembangannya dan tujuan mereka dalam politik dunia.Bangsa Yahudi mengikut lagendanya terdiri daripada 12 suku utama di mana ini disebut dalam kisah Moses (Nabi Musa) yang diberi mukjizat memancarkan mata air yang berjumlah 12 mata air untuk keperluan suku-suku Yahudi.Bangsa Yahudi adalah satu bangsa yang amat degil,keras kepala dan amat kuat perasaan rasis dan kauvinis mereka terhadap bangsa mereka sendiri.


Bangsa Yahudi adalah bangsa yang bersifat mistik,suka kepada hal-hal ghaib,sihir dan persoalan ketuhanan sebenarnya dan pada asasnya bolehlah dikatakan mereka tergolong dalam kategori bangsa spiritual di mana bangsa Melayu juga tergolong dalam kelompok ini dan ini adalah kes yang penuh misteri dan amat panjang kronologi konspirasinya dan saya tidak boleh menceritakan di sini kerana ini bukan tempat dan masanya.Dari bangsa Yahudilah orang-orang Eropah yang menganut fahaman pagan dan animisme pada Era Kegelapan mempelajari pelbagai pengetahuan mistik yang bagi mereka amat istimewa dan lebih advance berbanding dewa hutan,tuhan petir,dewa matahari dan lain-lain fahaman pagan bangsa Eropah ketika itu.Pentagram,Magic Number,Sacred Geometry,astrology dan sebagainya adalah berasal dari fahaman sesat Kabbalah Yahudi.


Sebenarnya bangsa Yahudi telah melalui pelbagai pengalaman dan sejarah yang panjang dengan bangsa-bangsa yang menakluk mereka seperti Assyria,Babylon,Mesir,Parsi,Rom termasuk Arab (era Islam). Keistimewaan mereka untuk terus berhidup (survive) dan tidak pupus dalam keganasan penaklukan demi penaklukan adalah disebabkan asas tradisi budaya mereka yang amat kuat dan kuasa intuisi mereka yang istimewa dan ciri ini juga dikesan pada bangsa Melayu yang misteri ini di mana mereka dapat berjuang kekal di peta dunia walaupun dikuasai oleh pelbagai kuasa imperialis sama ada ketika mereka di kawasan-kawasan Asia Jauh sehingga mereka menetap di Kepulauan Melayu.

Maafkan saya kerana menyelitkan bangsa Melayu walaupun tajuk kita lebih kepada persoalan Yahudi kerana jika kita hendak mengkaji dan mengenal Yahudi dan sifat mereka,kita hendaklah mempelajari ciri-ciri bangsa spiritual dan alter-alter yang tersembunyi dalam diri mereka.Kita hendaklah tahu perkaitan antara mereka,susur galur keturunan dan asal-usul mereka.Jika tidak bagaimana kita hendak memahami mengapa bangsa Amerika dan Eropah tunduk kepada kehendak Yahudi pada hari ini manakala dunia Arab amat takut dan berperangai seperti seorang pengecut kepada Yahudi ini padahal bangsa Melayu secara aneh amat benci dan fobia dengan nama 'Yahudi' sekalipun bagaikan terpegang najis anjing dan babi.


Mengapa?Tidak ada bangsa yang amat berani membenci dan menentang Yahudi melainkan bangsa misteri yang satu ini.Ada rahsia penting di sini yang melangkaui beribu-ribu tahun ke belakang,merentasi era Mesir Firaun,Cyrus The Great,penaklukan Nebuchadnezzar dari Babylon,Sargon dari Akkadia termasuk kerajaan Sulaiman dan Ratu Balqis (King Solomon and Queen Sheba).Sesungguhnya sejarah mungkin berulang.Apa yang berlaku 2000 tahun sebelum Masehi antara bangsa Melayu dan Yahudi?

Jadi semasa hidup berjuang ditengah-tengah bangsa-bangsa yang menakluk mereka,bangsa Yahudi telah berasimilasi dan menyesuaikan diri.Dalam pada ini mereka telah mengambil aspek-aspek mistik dalam bangsa-bangsa 'Tuan' mereka itu.Inilah sifat bangsa Yahudi.Mereka telah mempelajari pelbagai sihir,pengetahuan rahsia dan ajaran suci yang dipunyai oleh bangsa-bangsa yang berbeza,menggabungkan semua pengetahuan ini,mengubahsuai dan mencantumkan dengan kepercayaan mereka sendiri dan akhirnya disesuaikan dengan ajaran Rasul-rasul dan Nabi-nabi yang diangkat dari kalangan mereka.Mengapa terlalu banyak Rasul dan Nabi dari kalangan Yahudi?Terdapat dua sebab mengapa ini terjadi.Pertamanya bangsa Yahudi adalah bangsa yang istimewa.Istimewa tetapi bukanlah hendak mengatakan mereka BANGSA PILIHAN TUHAN.Istimewa disebabkan ciri-ciri mereka yang tidak terdapat pada bangsa lain.Bangsa Yahudi adalah bangsa yang genius dan suka berfikir disertai perasaan ingin tahu yang amat kuat (inkuiri).Jika bangsa ini tidak dipimpin sebaiknya,sudah lama bumi ini musnah hasil kerjatangan dan pemikiran mereka.

Jadi Tuhan mengangkat ramai guru suci (Rasul dan Nabi) untuk mendidik mereka supaya bersederhana dalam tindakan dan pemikiran mereka.Kedua,bangsa ini amat teruk perangai dan moral mereka.Jadi ramai Rasul dan Nabi dihantar kepada mereka untuk memperbaiki akhlak mereka.Adakah Nabi Muhammad s.a.w diangkat ketika bangsa Arab amat maju dan bertamadun?Tidak,sebab itu mereka disebut Arab Jahiliyah.

Ketika bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka mula pupus akibat pertelagahan dan peperangan antara mereka,bangsa Yahudi tetap 'survive' bersama-sama pengetahuan rahsia yang diambil dari bangsa-bangsa yang berbeza-beza.Jadi KELEMAHAN DAN KESABARAN mereka serta sifat bijak berasimilasi di antara bangsa-bangsa penakluk ini telah menyelamatkan mereka.Bangsa-bangsa yang menakluk mereka silih berganti sehinggalah bangsa Arab yang dahulunya setaraf dengan mereka malah dipandang lekeh oleh mereka tiba-tiba menjadi bangsa penakluk selepas dimuliakan dengan Islam,setaraf pula dengan bangsa-bangsa penakluk yang lain di dalam sejarah pedih mereka seperti Qibti dari Mesir,Assyria,Chaldea,Akkadia,Parsi,Rom dan sebagainya.


Untuk memahami kekuatan yang tersembunyi dalam alter mereka yang amat dalam dan terahsia ini,kita bolehlah mengkaji satu bangsa lain juga memiliki kekuatan yang sama dan alter yang sama tetapi cuba disembunyikan dan ditidurkan alter ini oleh 'The Hidden Hand',iaitu bangsa Melayu yang saya sentuh tadi.Bangsa ini ditakluk dan dinaungi oleh pelbagai bangsa yang lebih gagah dari mereka.Saya tidak mahu menyentuh era purba tetapi cukuplah semasa bangsa ini memilih Kepulauan Melayu dan Asia Tenggara sebagai 'rumah' mereka yang kekal.Bangsa ini lebih kuat dari bangsa hebat dalam sejarah seperti Assyria,Media atau Babylon kerana tetap bertahan dalam pelbagai peperangan dan pengaruh sama ada dari Tamadun India (Raja Chola sekadar menyebutkan satu contoh),Empirium Cina,Emperialis Eropah yang bersilih ganti sehinggalah penjajahan budaya oleh Yahudi-Amerika.Bangsa ini tidak pupus sepenuhnya budaya dan ciri bangsa seperti mana bangsa-bangsa pribumi lain yang dijajah seperti bangsa Qibti,Assyria,Parsi yang dijajah oleh Arab atau pun bangsa Hawaii,pribumi Australia,pribumi Meso-Amerika (Aztek,Maya,Toltek) serta bangsa Filipina yang dijajah Sepanyol.India jika tidak kerana ia pusat agama Hindu dan Buddha serta memiliki penduduk yang ramai sudah tentu sudah terhapus.

Di tempat-tempat yang menjadi pusat pemerintahan British India kita boleh lihat pola masyarakat India di sana lebih kebaratan dan menganut agama Kristian.Bangsa Mongoloid seperti Cina yang amat ramai bilangan mereka juga menjadi mangsa percaturan Illuminati dan 'The Hidden Hand' apabila menganut fahaman Komunis,hasil ajaran Karl Marx seorang rahib Illuminati berpangkat tinggi dan hamba Dajal yang genius.Bangsa Melayu bijak berasimilasi dari segi budaya dan bahasa,pandai menyesuaikan diri dan bersifat mistik.Saya bukan nak menyamakan bangsa Melayu dengan Yahudi tetapi ini kajian ciri-ciri bangsa spiritual dalam subjek Antropologi dan Sosiologi.


Kami berikrar dan berjanji akan mempertahankan Hak Keistimewaan Melayu, Ketuanan Melayu dan Kedaulatan Agama Islam sehingga ke titisan darah terakhir

Bezanya Yahudi dari sisi negatif dan Melayu dari sisi positif.Jika tidak mengapa bangsa Melayu tetap kekal dengan budaya Islam walaupun selepas itu mereka tetap dijajah bersilih ganti?Sesungguhnya bangsa Melayu telah lama menganut agama Buddha lama sebelum bangsa Cina mengenal siapakah Amitabha dan Avalokitesvara lagi.Malah ramai bikkhu dan rahib Buddha Cina belajar dari pendita-pendita Melayu berkenaan agama Buddha dan rahsia Lapan Jalan Utama di universiti-universiti Buddha seluruh Nusantara terutamanya di ketika era gemilang Srivijaya.Hindu?Anda silap jika mengatakan bangsa ini tidak mengenal Brahma dan Siva.Bangsa ini lebih faham hakikat Samadhi dan Karma dari sesetengah orang India.Lihat sahaja candi-candi di Tanah Jawa.Jika anda tahu mendekodkan tulisan-tulisan pada dinding-dinding candi-candi ini,anda akan faham mengapa bangsa ini amat tinggi kefahaman spiritual mereka



Beribu tahun bangsa ini menganut agama Hindu dan mengetahui rahsia tahap tinggi Yoga sebelum orang-orang Barat baru terpisat-pisat hendak mempelajari kaedah pernafasan asas dalam Yoga dan berbangga-bangga pula walaupun sekadar menahan nafas terutamanya golongan New Age.Tetapi setelah bertemu dengan kebenaran Islam,bangsa ini berhenti di sini setelah mengalami pengembaraan mistik mencari hakikat spiritual yang sebenar yang berusia beribu-ribu tahun.Tidak ada lagi pencarian mistik yang lain setelah menemui cahaya Islam.Bangsa Melayu adalah bangsa terakhir yang memeluk Islam secara beramai-ramai.

Sejauh manakah tingginya spiritual bangsa Melayu?Sihir yang paling hebat yang dapat mengalahkan sihir Gematria Yahudi seperti Kultus Pentagram dan Cahaya Lilin Lucifer adalah mistik hitam Melayu seperti ilmu SANTAU tahap tinggi dan polong.Sebab itu hantu dan syaitan dalam istilah dunia Melayu amat banyak (langsuir,pelesit,hantu bungkus dan sebagainya) disebabkan kaedah sihir yang pelbagai dan kreatif serta teknik pemujaan yang lebih dasyat dan sadis setaraf malah lebih merbahaya dari kultus-kultus sihir Pagan-Kabbalah.Ilmu Aleister Crowley dan Kultus The Golden Dawn adalah di tahap budak-budak darjah 6 jika dibandingkan dengan ilmu dukun-dukun mistik Melayu yang lebih ganas pengorbanan dan ritual mereka.



Anda tahu, semakin tinggi tahap pemujaan manusia terhadap roh syaitan,semakin tinggi pula daya kuasa yang diserap oleh jin dan syaitan ini.MANUSIA MENYIMPAN TENAGA DAN KUASA TERPENDAM YANG AMAT DASYAT di dalam tubuh mereka.Inilah yang dimahukan oleh syaitan.Iblis Laknatullah tahu hakikat ini.Sebab itu menurut seorang pakar perubatan Islam telah memberitahu saya,syaitan yang menjadi penaung kepada dewa-dewi Hindu amat berkuasa dan susah untuk ditewaskan kecuali melalui kefahaman yang mendalam terhadap penggunaan ayat-ayat AlQuran,berdasarkan cara dan teknik pemujaan sami Hindu terhadap patung-patung Hindu (deity) mereka.Semakin kuat manusia memuja sesuatu,SEMAKIN BESAR TENAGA YANG DILEPASKAN MEREKA.Jika mereka memuja Pencipta mereka sendiri,sudah tentu tenaga tadi tidak terbuang sia-sia dan dikutip oleh makhluk lain seperti jin dan syaitan sebaliknya Allah Maha Pencipta akan mengembalikan kekuatan tadi ke dalam diri manusia berkat Kasih Sayang-Nya.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini,objektif bangsa Yahudi menyerang Gaza adalah berdasarkan KEFAHAMAN MISTIK yang mereka percaya selama beribu-ribu tahun. Sebab-sebab politik mewakili 30 peratus sahaja.Sudah tiba masanya berdasarkan ramalan astrologi sesat mereka bahawa peperangan mesti dimulakan.Kita pun tahu jika sesebuah negara menjajah negara lain, atas alasan ekonomi dan hegemoni tetapi Yahudi memberitahu penduduk Palestin bahawa mereka berhak menduduki tanah mereka sebab Tuhan sudah janjikan tanah itu milik mereka!Ini alasan kebudak-budakan yang amat bingung sama sekali.Apa perasaan anda jika seseorang datang mengetuk pintu rumah anda ketika anda sedang enak menonton tv bersama keluarga.Dan apabila ditanya,orang tadi menerangkan yang anda mesti meninggalkan tanah yang anda duduki sebab Tuhan sudah janjikan orang tadi sebagai pemilik sebenar tanah anda.Sudah tentu anda ketawa terbahak-bahak dan menuduh orang itu sebagai gila kalau tak pun anda akan menghalau orang tadi dengan penyapu atau parang.


Yahudi tidak ada undang-undang jika mahu mencapai matlamat mereka.Cuma yang ada adalah peraturan ilmu hitam mereka berdasarkan perkiraan astrologi berdasarkan angka bertuah dan zodiak,pergerakan jasad samawi dilangit dan ramalan pada kitab-kitab tua (Holy Scriptures).Jika ianya menepati semua kehendak dan keperluan ramalan serta hitungan,maka matlamat mesti dilaksanakan tanpa mengira sama ada sasaran adalah Arab atau Caucasian Eropah,di mana semua manusia selain Yahudi adalah Goyyim iaitu haiwan ternakan yang halal dibunuh mengikut fahaman mereka.BANGSA PILIHAN TUHAN MESTI MENGUASAI DUNIA TEPAT PADA MASANYA.

M:Jadi mengapa rakyat Paletin yang menjadi sasaran,tidakkah Amerika Syarikat sudah cukup menjadi hamba mereka?Tidak cukupkah lagi PBB menjadi kuda tunggangan mereka?Mengapa mahu berkeras menguasai dunia di atas penderitaan Palestin?

L:Hmm...sebab itu saya katakan tadi bahawa Yahudi bertindak berdasarkan kepercayaan mistik mereka yang aneh.Sebab itu pakar strategi politik dan ketenteraan antarabangsa juga sukar hendak meramalkan tindakan Yahudi dan proksi mereka seterusnya.Kita tidak akan tahu jika kita tidak belajar ciri-ciri spiritual mereka dan sejarah bangsa mereka.BELAJAR MEMAHAMI SEJARAH adalah teramat penting,lebih penting dari belajar matematik dan sains berjam-jam sampai menjadikan kita dan anak-anak kita robot dan mesin kepada Yahudi yang amat menghargai sejarah bangsa mereka.Orang yang pakar dalam sejarah kemanusian adalah pemimpin dan bos kepada para saintis,jurutera dan doktor,anda sedarkah hakikat ini?Illuminati sebagai jenama komersil 'The Hidden Hand' amat menghargai sejarah sebab sejarah mereka pun merentasi beribu-ribu tahun!Jika anda belajar tentang kronologi sejarah mistik mereka,anda mungkin berasa janggal dengan kisah mereka yang diselubungi dunia sihir seperti dalam kisah Harry Porter dan kisah-kisah epik seperti The Lord of The Rings (Hollywood adalah tempat mereka meluahkan perasaan dan kisah hidup mereka).


Sungguh!Jika anda terjebak lebih jauh dalam masalah ini anda akan sampai kepada kenyataan bahawa keturunan Raja-raja Eropah dipilih berdasarkan Darah Naga dan tradisi ini diteruskan kepada pemilihan Presiden Amerika.Sesiapa yang tidak memiliki darah ini adalah tidak layak menduduki takhta pemerintahan.Masalah Darah Naga ini penuh dengan mitos dan dongeng,kuasa mistik dan Iblis,makhluk-makhluk purba seperti naga,garuda berkepala dua atau kuda bertanduk (unicorn).Semua perkara yang tidak masuk akal ini anehnya dianuti oleh kerabat diraja Eropah terutamanya Diraja England,ahli-ahli politik mereka serta pemimpin-pemimpin industri mereka.Ritual-ritual misteri sering dijalankan dan orang-orang terpilih adalah dari keturunan ini kerana darah mereka yang istimewa dan menjadikan sesuatu sihir terlaksana dengan sempurna.DI TAHAP LEBIH TINGGI KITA TIDAK BERMUSUHAN DENGAN PENGANUT YAHUDI DAN KRISTIAN yang dungu tetapi dengan pengikut AGAMA MENYEMBAH SYAITAN.Sebab itu Allah terus terang melarang manusia menyembah syaitan di dalam surah Yasin ayat 60

"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan?Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu"

Allah tidak mengatakan jangan menyembah Kristian atau Yahudi atau lain-lain kerana persoalannya adalah amat kecil dan lekeh jika dibandingkan hakikat bahawa sejarah dunia dicatur secara sistematik oleh para pengikut penyembah Iblis Syaitan.Oleh itu jika ada orang Islam murtad kepada agama Kristian,Hindu atau yang lain-lain teramatlah bodoh mereka itu padahal semua agama tersebut juga adalah sesat dan kesesatan mereka adalah teramat lekeh jika dibandingkan dengan pengikut agama menyembah Iblis yang berusaha BELAJAR MEMAHAMI ZAT ALLAH RABBUL IZZATI yang mencipta mereka dan berusaha memadamkan CAHAYA TUHAN sebagaimana yang telah diyakinkan oleh IBLIS bahawa mereka boleh mengalahkan Allah.Inilah pembohongan tahap elit ke atas manusia yang lemah dan bodoh ini.

M:Tidakkah seluruh umat Islam berdoa dan berdoa akan keselamatan penduduk Palestin?Mengapa Israel dan Amerika semakin hebat dan kuat manakala umat Islam Palestin semakin menderita?

L:Jangan terpedaya dengan situasi.Sesungguhnya tidak sia-sia doa yang dipanjatkan.Allah Maha Penyayang menerima semua doa dan dimakbulkan cuma cepat atau lambat sahaja atau ganjaran doa tadi akan diberikan ketika di akhirat nanti.Ini lebih bermakna memandangkan penderitaan dunia hanyalah sementara dan nilai dunia ini hanyalah tidak lebih dari sebelah kepak lalat pada pandangan Tuhan.Tuhan mahu menguji kita.Adakah kita benar-benar menyembah Dia?Sudah terlampau banyak maksiat dan kemungkaran yang kita lakukan.Lihatlah negara-negara Arab yang semakin hari semakin leka dan lemah dalam keseronokan dan tipu daya Yahudi-Amerika-Illuminati.


Mereka kaya dan berkuasa tetapi pengecut dengan Yahudi,nak bersuara membenci Yahudi pun berkias-kias tidak seperti Tun Mahathir dahulu (saya bersangka baik dengan beliau di mana tidak timbul soal adakah beliau juga proksi Yahudi yang dibenarkan memprovok Yahudi) yang berani menyatakan kebenaran tipu muslihat Yahudi di hadapan pak-pak Arab yang bingung lagi pengecut.Jika Nabi Muhammad yang dirindui masih hidup,baginda sudah tentu berasa malu dan marah dengan sikap bangsanya sendiri yang dayus dan bodoh pada hari ini.Bayangkan,saya tidak hairan jika Iran dan Iraq berperang suatu ketika dulu sebab sikap orang Arab yang suka berpuak-puak dan berperang sesama sendiri tetapi saya tidak dapat terima di dalam masyarakat Palestin sendiri yang sudah teruk,kekurangan makanan,dibunuh setiap hari,dipenjara,didera dan ditindas oleh Yahudi Zionis pun masih gemar berpuak-puak dan bergaduh (Hamas dan Fatah).

Ini satu kebodohan yang mengelikan hati anjing kurap di tepi-tepi jalan!Satu dunia pun tahu bahawa ahli kabinet PLO di zaman Yasser Arafat (Allahyarham) yang dirasuah oleh ejen Mossad malah isteri Yasser Arafat sendiri adalah berketurunan Yahudi.Betapa peliknya orang Arab zaman ini.Bangsa Arab mulia disebabkan Islam.Tanpa Islam jangan mimpi bangsa Arab dicatat namanya dalam sejarah pernah mempunyai empayar satu pertiga dunia.Bangsa Arab akan menjadi bangsa belasahan dan pengemis dan mungkin tidak bernegara pada hari ini selepas dihalau oleh Yahudi dan bangsa Amerika-Eropah.Islamlah yang memuliakan mereka sehingga bangsa Qibti dan Parsi yang hebat dan menjadi 'tuan' kepada bangsa Arab ketika dulu lenyap dan bertukar menjadi 'kearaban' disebabkan karisma bangsa Arab yang gemilang di bawah payung Islam.Jadi mengapa umat Islam khasnya umat Arab menjadi teramat lemah?Tidakkah anda membaca hadis nabi yang mengatakan pada akhir zaman nanti umat Islam sekadar seolah-olah BUIH-BUIH DI LAUTAN,JUMLAH MEREKA RAMAI TETAPI TIDAK BERGUNA.Inilah jawapannya.

M:Apakah ada konspirasi disebalik serangan ke atas Gaza?Apakah peranan umat Islam khasnya Melayu Nusantara terhadap masalah ini?

L:Konspirasi?Perkataan itu belum kuat lagi,tetapi ini ADALAH PERANCANGAN YANG AMAT RAPI selama beratus tahun.Setiap perkara yang lengkap dengan segala persediannya,dirancang dengan teliti akan membuahkan hasil walaupun ia adalah kejahatan.Perkara kebaikan yang tidak dirancang dengan baik,kurang persediaannya dan tidak lengkap peralatannya akan gagal.Allah tidak MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SELAGI KAUM ITU TIDAK MENGUBAH NASIB MEREKA.Ini adalah asas kepada Hukum Tarik-Menarik (Law of Attraction).Di dalam satu hadis Qudsi,Allah Rabbul Izzati ada menyatakan "Aku adalah mengikut SANGKAAN hambaku".Selagi kita berusaha ke arah positif,Tuhan akan membantu kita.Masalahnya di dalam dunia yang dikuasai Iblis melalui syaitan-syaitan manusia sebagai proksi mereka,umat Islam dilekakan dan segala fikiran mereka yang sepatutnya ditujukan kepada harapan yang lebih baik dilalaikan dengan cinta,gaya hidup hippies dan hiburan yang memabukkan.Akibatnya umat Islam semakin tertekan dan tertindas manakala orang-orang kafir terutamanya Yahudi dan penyembah syaitan semakin yakin diri dan positif dengan matlamat mereka.Tetapi semua itu HANYALAH PERANCANGAN MEREKA.Sebenarnya ALLAH LAH YANG MERANCANG DAN MENENTUKAN SEMUANYA.Perancangan Allah lebih sistematik dari perancangan mereka.Satu hari sikap tenang dan yakin diri mereka itu akan bertukar menjadi teramat serabut dan keliru apabila JANJI ALLAH TIBA.



Di dalam dunia yang penuh konflik hari ini,para pengikut penyembah syaitan mahu menguasai dunia dan mengalahkan Allah.Mereka berusaha siang dan malam selama beribu tahun.Mereka berusaha dari segi spiritual dan material.Secara kerohanian dan sains teknologi.Dan hasilnya seperti hari ini,di mana bola bumi seakan dalam genggaman mereka.Tetapi Iblis masih tidak berpuashati.Iblis mahu penyembah-penyembah mereka menghapuskan satu musuh yang amat degil.PADA PERINGKAT TERTINGGI musuh mereka bukanlah Cina Komunis,Korea Utara atau rangkaian pengganas antarabangsa TETAPI ISLAM SUCI YANG DIANUT OLEH MUKMIN BERIMAN.

Siapakah pendukung agama Tuhan yang tunggal ini?Jika anda sedar hakikat misteri ini,terdapat DUA BANGSA TERBESAR YANG MENDUKUNG AGAMA TUHAN INI secara konsisten dan bersungguh-sungguh pada hari ini.Saya katakan dua bangsa ini kerana mereka masih ada kekuatan,negara dan kedaulatan manakala bangsa lain walaupun ada yang memeluk Islam adalah minoriti dan menumpang di negara lain atau tinggal dalam negara mereka yang bermajoritikan agama kafir.Terdapat juga bangsa yang pernah mendaulatkan Islam tetapi hari ini kukunya sudah dicabut dan teramat lemah malah menentang Islam kembali seperti yang terjadi kepada bangsa Turki.Jika dua bangsa utama ini terhapus dari kamus Islam maka 99 peratus dunia di tangan Iblis mengikut perancangan mereka.Ya,sudah pasti yang pertama bangsa Arab yang masih mendominasi sumber-sumber Islam dan memiliki segala relik dan tempat suci Islam.Maka bangsa inilah yang menjadi sasaran hari demi hari para Satanik ini sehingga hari ini gigi-gigi geraham mereka bagaikan mahu tercabut habis dek penangan Yahudi-Amerika.Selepas target pertama,bersedialah target yang kedua.Siapakah bangsa kedua terbesar yang masih mendukung agama Tuhan ini?


Ia adalah BANGSA MELAYU.Bangsa pemalu yang amat bersopan-santun,jujur dan misteri sikap mereka.Para pengikut Satanik sudah lama memerhatikan bangsa misteri ini.Rantau Nusantara termasuklah Kepulauan Melayu di mana termasuk di dalamnya Indonesia,Malaysia,Brunei,Singapura,Filipina dan juga negara-negara Indochina adalah target terbesar mereka ketika ini tetapi dijalankan secara teramat senyap dan rapi,tidak seperti perancangan mereka terhadap bangsa Arab.

Lain karakter sesuatu bangsa,maka lainlah pelan tindakan mereka.Tidak boleh sama kerana jika dibuat secara membuta-tuli,alter rahsia bangsa ini akan bangkit secara tiba-tiba dan Empayar Emperialis sekuat British pun tidak dapat menahan gelombangnya seperti yang terjadi ketika Malayan Union.Sebab itu konsep Divide and Rule amat penting di wilayah ini.Orang Melayu tidak menghalau British keluar dari Tanah Melayu dengan senapang dan parang tetapi dengan alter terahsia ini.Illuminati amat berjaga-jaga dengan rantau ini.Anda tahu,setiap hari Jabatan Rahsia Amerika Syarikat mencari alasan untuk mencucuk jarumnya di Malaysia untuk membenarkan tentera proksinya menjajah Malaysia sebagaimana yang terjadi di Iraq dan Afghanistan tetapi ada saja masalah yang timbul dan melambatkan perancangan mereka.Karakter bangsa Arab yang tidak mampu mengawal emosi,panas baran,berpuak-puak dan sukakan harta kekayaan amat senang dijinakkan oleh Illuminati(mewakili kaum penyembah Iblis) dan Yahudi.Pisahkan mereka dari Islam,dan mereka kembali menjadi bangsa hina zaman Jahiliyah dahulu.Amat senang formula ini.Tetapi formula ini tidak boleh semudahnya dipakai terhadap bangsa Melayu yang misteri ini.


Bangsa Melayu bersifat pendiam,sensitif,jujur,menghormati orang luar (sehingga jika nak bercakap dengan Cina atau India pun terpaksa di'slang'kan bahasanya sendiri),banyak memendam rasa,amat kuat kefahaman kerohanian mereka dan mereka juga kreatif.Anda boleh membaca buku The Malay Dilemma karya Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai asas untuk mempelajari karakter bangsa misteri ini.Pakar-pakar strategi Illuminati pun sukar hendak membaca karakter bangsa spiritual ini sama seperti bangsa Yahudi.

Saya bukan hendak melebih-lebihkan bangsa ini sebagai sasaran Illuminati tetapi hanya bangsa ini serta bangsa Arablah yang diharap mempertahankan agama Islam di muka bumi ini.Anda boleh fikirkan sendiri.Jika perkara semudah ini pun kita tidak nampak,apatah lagi perancangan tahap sulit Commitee 300 atau Pelan Tindakan Rahsia yang saban tahun dibincangkan di Bohemian Groove dapat difahami?Fikir...fikir.

Jadi jaga-jaga bangsa MELAYU ISLAM!Perancangan Illuminati terhadap anda amat rahsia dan sulit sama seperti sifat anda yang pendiam dan pemalu.Tidak terbuka seperti bangsa-bangsa lain termasuk bangsa Arab yang semakin tidak memahami Islam yang dibawa oleh satu-satunya Nabi dari kalangan mereka,Muhammad yang mulia.

M:Ini adalah amat menarik,tetapi apakah yang terjadi terhadap bangsa lain yang hebat dan berkuasa seperti Cina,Jepun atau bangsa Amerika serta Eropah?Apakah ada perancangan juga terhadap mereka berdasarkan karakter seperti yang dikatakan tadi?

L:Hehehe...('Lonecryer' kelihatan lucu sekali dengan soalan yang diutarakan).Bangsa Cina?Amerika?Mereka semuanya adalah 'Pawn of The Game' Iblis dan "The Hidden Hand'.Semuanya menjadi bahan mentah dan hamba tanpa disedari oleh mereka.Memang mereka hebat,rajin dan tangkas mencari kesenangan dunia,tetapi ingat!Wang dan kekayaan dunia adalah dicelah-celah jari kaki para penyembah agama Iblis.Sekatan Ekonomi adalah 'codename' bagi salah satu senjata 'The Hidden Hand' ini.Tanpa disedari bangsa-bangsa ini menjadi bahan mentah dan bekerja sebagai mesin-mesin penjana wang bagi 'The Hidden Hand'.Mengapa Negara Cina dapat ditakluk oleh faham Komunis?Siapakah pemimpin-pemimpin Komunis Cina?Mereka adalah pengikut Illuminati yang TEGAR.Mereka sudah di'mindcontrol' secara terancang.Mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri yang menentang fahaman mereka.

Apakah komunis?Komunis adalah ideologi ciptaan 'The Hidden Hand' sama seperti Liberalisme,Fasisme dan Nazisme.Kitab ajaran komunis 'Das Kapital' dan 'The Communist Manifesto' sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemasonry.Dan 'patsies' dan mangsanya yang menjadi bahan ujikaji adalah rakyat Rusia dan Cina yang berjiran.Mengapa?Kerana mereka mempunyai bilangan penduduk teramai sekali di dunia.Dua bangsa ini,Cina dan Caucasian Eropah berkongsi sifat yang sama;rajin,kuat usahanya,pandai mencari wang (tapi bukan menguasai wang sebagaimana Yahudi),pandai membuat kerja dan barangan serta berminat mempelajari kerohanian (bukan pandai memahami dan mendalaminya seperti bangsa Melayu).Kita boleh lihat pola ini berdasarkan sejarah,bangsa Cina sebelum menganut agama Buddha adalah kaum yang bersifat animisme seperti kaum Eropah Pagan.Ada yang menganut agama Hindu tetapi agama ini kurang popular.


Terdapat juga cendekiawan Cina yang mencari-cari Tuhan seperti Lao Tse.Tao adalah kata yang diwakilkan oleh beliau sebagai Tuhan.Tetapi apabila agama Buddha tersebar dari India,maka penambahan rakyat Cina yang memeluk agama ini meningkat begitu drastik sekali.Buddha menjadi agama yang dominan di Tanah Besar Cina.Cina tidak pernah menjadi bangsa yang ditakluki keseluruhannya kecuali serangan-serangan dari Monggol dan pengaruh Imperalisme Barat.Sama seperti Caucasian Eropah,sebelum agama Kristian muncul mereka menganut dewa-dewi masing-masing,malah ada yang mengambil dewa-dewi bangsa Mesir dan Sumeria untuk diubahsuaikan dan disesuaikan dengan budaya mereka.Tetapi apabila agama Kristian muncul mereka pun beramai-ramai memeluk agama tersebut di mana kerajaan Rom selaku kuasa besar ketika itu amat memainkan peranan.Caucasian Eropah sebenarnya adalah patsies yang paling malang sekali dalam sejarah dominasi para pengikut penyembah syaitan.

Mungkin juga faktor geografi di mana lokasi kaum Kabbalah Yahudi adalah berdekatan dengan Mediteranean Eropah,dan hubungan perdagangan,penaklukan serta peperangan antara mereka memungkinkan patsies-patsies caucasian Eropah ini di'mindcontrol' tanpa disedari atau disedari tapi suka pula di'mindcontrol' oleh para guru pengajar silibus penyembahan syaitan ini.Lain pula halnya dengan bangsa Melayu.Mereka menganut ajaran agama dan mistik yang berlegar di seluruh dunia secara bersilih ganti.Pada asasnya mereka telah menganut agama Hindu,Buddha dan akhirnya Islam.Saya berani katakan jika Kristian telah datang awal sebelum agama Islam,orang Melayu di Malaysia dan Indonesia mungkin menganut Kristian beramai-ramai sebelum memilih Islam,seperti yang berlaku di Filipina (orang Melayu yang mempertahankan agama Islam telah terhalau ke wilayah lebih selatan seperti Selatan Mindanao).Yang anehnya selepas Islam,tiada lagi agama yang dianut oleh bangsa ini secara beramai-ramai dan drastik.Bangsa Melayu gemarkan agama dan spiritual melebihi wang dan harta.Mereka tahu mana yang terbaik dan sesuai.Bangsa Arab menganut Islam kerana seorang Rasul Agung diangkat dari kalangan mereka.Jika tidak,saya tidak dapat membayangkan apa yang berlaku pada bangsa Arab pada hari ini.Mungkin mereka sudah lenyap dari peta dunia atau menjadi penganut Kristian.

Illuminati mempergunakan mereka sama seperti bangsa Cina,Jepun dan lain-lain.Perancangan dan strategi ke atas mereka amatlah terbuka dan drastik,tidak seperti bangsa Melayu Islam yang sedang disuntik racun perlahan-lahan.Bangsa Korea adalah paling malang dalam kelompok ras Mongoloid.Karakter bangsa Korea berlainan dari bangsa Cina yang bersatu padu.Karakter bangsa ini berpuak-puak sama seperti bangsa Arab.Sebab itu mereka berjaya dipisahkan menjadi Korea Utara dan Korea Selatan ketika konsep dua negara satu bangsa sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman pada hari ini apabila Tembok Berlin runtuh dan Vietnam telah pun bersatu.Tetapi rakyat Korea masih terpecah-belah.

Saya yakin jika bangsa Korea bersatu,maka Naga Cina pun teramat gerun malah Samurai Jepun patah pedangnya lantas melarikan diri jika melihat bangsa Korea yang dua kali lebih hebat dari mereka dari segi teknologi dan ekonomi.Bangsa Amerika pula adalah haiwan ternakan paling jinak milik kaum penyembah syaitan.Mereka sangat berguna.Mereka adalah senang di'mindcontrol',rupa paras yang menarik dan boleh diharap.Kenapa saya katakan 'haiwan ternakan'.Kerana bila-bila masa sahaja mereka akan disembelih mengikut kehendak perancangan Illuminati penyembah Iblis seperti yang terjadi di dalam peristiwa 911.


Nyawa rakyat Yahudi lebih berharga dari nyawa rakyat Amerika yang menangis teresak-esak melambai-lambaikan tangan meminta pertolongan dari orang ramai yang hanya mampu memerhatikan mereka tertanam hidup-hidup selepas sisa bangunan WTC runtuh buat kali terakhir.Rakyat Yahudi?Mereka awal-awal lagi meninggalkan bangunan WTC selepas diberitahu ketika 'The Dumb Blonde' masih leka mengira keuntungan perniagaan dan saham dalam bangunan WTC.Sebab itu bangsa Amerika yang malang ini perlu diberitahu masalah SEBENAR mereka.Amat bertuahlah orang Amerika yang menemui cahaya Islam dan keluar dari bencana yang dasyat ini.

Penjara 'Syaitan Besar' yang mengurung mereka selama ini amat dasyat dan kejam.Askar Amerika adalah kambing-kambing paling malang di antara mereka,dipergunakan dengan kejam tanpa disedari mereka dan mati dengan sia-sia sahaja dalam peperangan yang mereka sendiri pun tidak faham.Bak kata Henry Kissinger


"Military men are just DUMB STUPID ANIMALS to be used as pawns in foreign policy."

Bukan saya hendak mengatakan mereka adalah 'innocent' (tidak bersalah) dalam konflik dengan umat Islam,tetapi mereka sendiri adalah terlampau hina dan diperbodohkan hidup-hidup oleh 'The Hidden Hand'.Sebab itu dalam hadis akhir zaman ada menyebutkan pada akhir zaman nanti umat Islam akan bergabung dengan BANGSA ROM, dalam siri peperangan mereka.Siapakah bangsa Rom pada hari ini?Tidak lain adalah bangsa Amerika-Eropah yang ketika itu mungkin sudah pulih dari 'Demam Besar' mereka.Namun yang salah tetap salah.Tuhan akan mengadili siapa yang benci akan agamanya di muka bumi ini.Di akhirat tiada alasan "aku diperbodohkan oleh Dajal" atau "aku pun tak tahu,aku kena mindcontrol".Dalam dunia yang penuh muslihat ini GUNAKAN OTAK ANDA.Maklumat semakin mudah didapati dan DI HUJUNG JARI ANDA.Anda bukan hidup di zaman Paleolitik.Fikir...fikir...Ini KUNCINYA.

M:Jadi apakah penyelesaiannya dan apakah tindakan kita terhadap keganasan Israel ini?

L:Kita mungkin beralasan bahawa kita tidak mungkin berperang jihad dengan Israel.Pelikkan?Saudara kita dibunuh tetapi kita masih mencari-cari alasan dan sebab mengapa kita tidak dapat membantu mereka.Jika kita di zaman Khalifah Islam,kita mungkin akan segera menghantar tentera Islam menyerang Yahudi Israel itu serta-merta.SEBAB KITA HIDUP SECARA TERPECAH-BELAH BERDASARKAN GEOGRAFI DAN NEGARA.Cara hidup sekular juga melemahkan lagi pemikiran dan semangat kita.Hasilnya kita duduk berdiam diri atau paling hebat menjerit mengepalkan tangan berdemonstrasi.Ada yang memboikot barangan Yahudi-Amerika.Ini cara yang mungkin sedikit sebanyak berhasil dan saya setuju dengannya.

INGAT!DI AKHIRAT NANTI,SEMUA UMAT ISLAM AKAN DIPERTANGUNGJAWABKAN ATAS PENDERITAAN PALESTIN DAN TEMPAT SUCI KETIGA ISLAM.Jika anda tidak dapat berjihad,buatlah sesuatu seperti menderma atau memboikot barangan Yahudi-Amerika.Ataupun panjatkanlah doa kepada Tuhan Yang Maha Belas Kasihan.Sebutlah nama-NYa yang Maha Agung dan katakan "Ya Tuhan Yang Maha Penyayang,Kasihanilah Mereka...Kasihanilah Mereka..." sekurang-kurangnya,ya...sekurang-kurangnya.Seperti kisah burung yang membawa titisan air untuk dijatuhkan ke dalam api besar yang marak membakar Nabi Ibrahim.Apabila burung itu ditanya berbaloikah usahanya itu,dia menjawab,

"Setidak-tidaknya,di akhirat kelak aku dapat berhujah di hadapan Allah bahawa aku turut membantu semampuku memadamkan api yang membakar Nabi-Nya"

Jadi bantulah semampu anda,JANGAN BERPELUK TUBUH DENGAN SANTAI MENONTON TV DAN MEMBACA AKHBAR berisi kisah-kisah penderitaan Gaza tanpa sedikit simpati pun.Setelah membaca berita tentang kekejaman Israel,boleh pula membeli rokok Dunhill cap Israel buat menghantar wang membeli peluru untuk membunuh seorang kanak-kanak Islam Gaza.Ataupun berkepit-kepit dengan bukan mahram berjoget berdansa di disko-disko atau konsert.Tunggulah jika Israel menghantar peluru berpandunya ke sini maka barulah sibuk hendak sembahyang dan terketar-ketar memegang AlQuran.Peluru Israel tidak mengenal sama ada anda Melayu Pas,Melayu Umno,Melayu Liberal,Melayu Sekular,Melayu Indon,Melayu Malaysia,Melayu Jawa,Melayu Kedah,Melayu Kaki Masjid/Surau tidak...tidak sama sekali.Tepat perhitungan,tepat kiraan astrologi mereka,maka peperangan akan dilancarkan tanpa kompromi.Kita berada di akhir zaman.

Sampai masa segala harta,kereta,rumah dan perempuan tidak berguna.Masing-masing akan menyelamatkan diri masing-masing.JIKA ANDA TIDAK DAPAT MEMBANTU MEREKA,MAKA BANTULAH DIRI SENDIRIsebelum bala Allah tiba ke atas anda.Dirikan solat lima waktu,bacalah AlQuran dan ingatlah Allah sentiasa.Itulah cara kita berjihad menyelamatkan diri kita.JIKA ALLAH MAHU,PADA SAAT INI SUDAH HANCUR ISRAEL ZIONIS LAKNAT ITU tetapi adakah kita tahan diuji?Tanya diri sendiri mengapa ini terjadi.Setiap seorang tidak akan terlepas.Allah Maha Bijaksana adalah amat rapi perhitungannya.

No comments