Ikan dalam Air-Tafakur Illahiyah
"KESAH IKAN DALAM AIR".
Sedang ikan berenang2 kehulu-kehilir,seketika semacam dapat merasakan ada sesuatu yg sedang memerhatikan ia.Ia perhatikan sekeliling tapi tiada apa-apa yang berlaku,ia berenang semula perlahan2 santai mencari makan...
Tiba2 ikan itu ditegur satu suara "Hai ikan"...ikan itu terhenti dan memerhatikan sekelilingnya,tiada apa2 yg berlaku kerana apa yg ia nampak sekawan ikan,batu karang dan kehidupan lainnya.tiada apa2 yang pelik.ikan itu berenang semula kali ini lebih berhati2 dan penuh rasa curiga.Ia rasakan ada sesuatu yang tak kena.Selama ini tiada yg pelik berlaku.cuma kali ni membuat ia rasa gelisah..
Sekali lagi suara itu menegurnya "Hai ikan"...
Segera ikan itu memandang kiri,kanan,depan,belakang,atas dan bawah tetapi tiada sesiapa pun.ikan itu rasa ketakutan,lalu memberanikan diri untuk bertanya.Siapa kamu yang bersuara ini!....Maka jawab suara itu Akulah "Air"...ikan tu pelik suaranya ada tapi tidak terlihat..ikan itu bertanya sekali lagi cakapla betul2 jangan main2 siapa, lalu berkata suara itu...laa tak kenal? Aku air laa...bertambah takutlah ikan itu..lalu ikan itu berenang pantas sembunyi di celah batu karang..mengigil ketakutan..Air pun berkata,kau nak "sembunyi kat mana ikan"..
Ikan itu rasa dirinya yg ketakutan itu semakin takut,menyebabkan terasa dirinya lemah yg teramat,pandangannya terasa pening semacam mabuk..lalu ikan itu pengsan dan terasa ringan badannya menyebabkan dirinya perlahan2melayang2 dalam air hinggalah dirinya terapung..sampai ke pemukaan air..tiba2 ikan itu tersedar dan tercungap2 kerana dirinya diatas permukaan air...cepat2 ikan itu kembali kedalam air..
Barulah ikan itu sedar yang selama ini ia sememangnya dalam air cuma tiada perasan dan nampak akan air itu .Lalu ikan itu perhatikan semula dengan amat teliti dan benar ikan itu telah terlihat air..dan baru ai tahu,dimana saja ia berada disitu ada air..dimana ia lihat,tiada lain yang ia lihat kecuali air kerana telah meliputi dengan air..mulalah ikan itu sedar dan insaf rupa2nya selama ini dia sentiasa didalam air.
"PADA IA,DIMANA ADA IA DI SITU ADA AIR"
DAN BERKATA AIR PADA IKAN,"SEBENAR BENAR AIR DIDALAM AIR ITULAH AIR "
"DIMANA ADA AKU DI SITU ADA DIA".
No comments
Post a Comment