Breaking News

Guru-Pemusnah Fakta

Anak2ku yang dirahmati..

GURU adalah seorang yang ahli dalam bidangnya lalu dapat mengajar, mendidik, mengasuh serta membimbing seseorang lain (murid) kepada ilmu yang benar yakni ilmu yang menjadi petunjuk buat sang murid bersesuaian dengan kebolehan penerimaan AKAL dan kehendak HATI sang murid itu sendiri.

Jika AKAL kita yang menilai dapat menerima kebenaran ilmu yang diajar oleh seseorang itu, dan HATI kita yang menyaksikan menyakini pula kebenaran ilmu tersebut, lalu jadilah ia petunjuk buat TUBUH BADAN kita yang menerima ilmu yang diajar oleh seseorang itu. Yakni kita dengar dan kita patuh akan nasihatnya. Dan layaklah seseorang itu dipanggil oleh kita sebagai GURU.

Tapi jika AKAL kita yang menilai tidak dapat menerima kebenaran ilmu yang diajar oleh seseorang itu, dan HATI kita yang menyaksikan tidak menyakini pula kebenaran ilmu tersebut, tiadalah ia jadi petunjuk buat TUBUH BADAN kita yang menerima ilmu yang diajar oleh seseorang itu. Yakni kita takkan dengar dan kita takkan patuh akan nasihatnya. Dan tiadalah layak seseorang itu dipanggil oleh kita sebagai GURU. GURU kepada manusia lain tidak semestinya GURU kepada kita. Jadi SIAPA GURU yang sebenar-benar GURU....seseorang itu ataupun kita?

Jawapnya anak2ku yang dirahmati, kita sendirilah GURU kepada kita. Kita yang membimbing AKAL kita, HATI kita dan TUBUH BADAN kita sama ada ingin menuju ke arah kebaikan atau sebaliknya dimana segala perbuatan gerak geri diam TUBUH BADAN kita ikut petunjuk kata AKAL dan kata HATI kita sendiri. Tiada seorang pun yang dapat memberi petunjuk untuk mengerakkan atau mendiamkan AKAL kita, HATI kita dan TUBUH BADAN kita tanpa kehendak kita. Orang lain cuma boleh memberi pandangan dan nasihatnya sahaja dengan harapan agar memberi bekas (kesan) pada AKAL, HATI dan TUBUH BADAN kita.

Adapun pada setiap manusia itu ada tiga GURU yang sentiasa mengawasinya setiap masa yakni:

AKAL kita itulah GURU GHAIB..
HATI kita itulah GURU BATIN..
TUBUH BADAN kita itulah GURU ZAHIR..

Dan seorang GURU yang MURSYID itu sentiasa meletakkan ALLAH dan MUHAMMAD dihadapannya dalam setiap urusan hidupnya. Maka latihlah AKAL kita, HATI kita dan TUBUH BADAN kita agar menjadi GURU yang MURSYID dengan sentiasa meletakkan ALLAH dan MUHAMMAD dihadapannya dalam setiap urusan hidup kita sendiri. Sebab itu dizaman sekarang terlalu sukar untuk dicari GURU yang MURSYID kerana kebanyakkan AKAL, HATI dan TUBUH BADAN sudah tidak mengikut sebagaimana hak yang ALLAH dan MUHAMMAD kehendaki.

Adapun sebenar-benar GURU MURSYID adalah ALLAH sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi MUHAMMAD yang mana Baginda Shallallahu 'alaihi Wasallam menerima tunjuk ajar dari ALLAH sendiri.

Jadi sekarang anak2ku..SIAPA GURUMU?

Maka janganlah kamu engkar pada GURU GHAIBMU yang mengajarmu menilai kebenaran dan GURU BATINMU yang mengajarmu menyaksikan kebenaran melalui GURU ZAHIRMU!

No comments