Breaking News

19 TANDA LELAKI DICINTAI JIN BETINA ATAU JIN ASYIK..

19 TANDA LELAKI DICINTAI JIN BETINA ATAU JIN ASYIK.. - 19 TANDA LELAKI DICINTAI JIN BETINA ATAU JIN ASYIK.. Update Lagi Nih Sobat SLIMers Tentang 19 TANDA LELAKI DICINTAI JIN BETINA ATAU JIN ASYIK... Untuk Sahabat SLIMers Yang sedang Mencari 19 TANDA LELAKI DICINTAI JIN BETINA ATAU JIN ASYIK.., Mungkin 19 TANDA LELAKI DICINTAI JIN BETINA ATAU JIN ASYIK.. Ini bermanfaat Buat Anda. Monggo Dilihat 19 TANDA LELAKI DICINTAI JIN BETINA ATAU JIN ASYIK.. di bawah Ini Agar Lebih Jelas Tau Tentang Agama Yang Anda Anut.


Ada beberapa tanda atau simtom menunjukkan

seseorang lelaki itu dicintai oleh Jin betina atau

disebut oleh perawat Islam sebagai jin asyik. Mari kita
bersama-sama mendapatkan kefahaman tentang

perkara ini.

1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita

seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat

merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah,

putus asa dan sebagainya.

2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa

berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi

tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan

sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau

mungkin diri anda sepenuhnya panik dan

menggeletar.

3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan

perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau

‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja

wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah

lihat atau anda cipta sendiri orangnya),Anda suka bersendirian berjalan malam.

4. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan

dibawah cahaya bulan purnama.

5. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau

rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu

pada siapa.

Nota :

Semua faktor di atas boleh jadi sederhana atau sangat

kuat menguasai diri anda bergantung kepada sejauh

mana angin bisa atau malah jin itu sendiri masuk ke

dalam jasad anda, terutamanya pada bahagian kepala.

Begitu juga ia bergantung kepada kekuatan dan

perangai jin betina itu sendiri, di mana kalau ianya

sering datang menziarahi atau mengikut anda ke mana

saja anda pergi, maka kesan gangguan itu akan anda

rasa pada banyak masa, tak kira siang atau malam.

6. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-

mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda

kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah

jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau

terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang

penuh rasa rindu dan cinta.

7. Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang

anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau

berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah

malam dalam keadaan antara tidur dan jaga.

Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar

datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…

8. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan

berasmara dengan perempuan.

Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis

dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi

pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin

ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus

menjaga anda dengan ketat.

Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak

dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak

itu dalam mimpi anda, Wallahua’lam.

(Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan

menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan

sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin

bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)

9. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di

hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa

berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata.

Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini,

sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan

diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’

itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada

pandangannya ada temannya.

Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan

seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada

manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah

terpencil dan sebagainya.

10. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada

orang menemani anda tidur semalamnya dan anda

mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.

11. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada

melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun

anda mungkin tidur seorang diri.

12. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut,

iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin

menjadi pelembut hati orang yang memandang anda,

seperti mereka itu sedang memandang seorang

wanita cantik yang penuh kelembutan.

Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan

anda terutama kalau amalan pendinding anda mula

memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu

akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah

‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang

marah.

13. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan

mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.

14. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang

mengekori anda ke mana-mana.

15. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau

wanita yang selalu menemani anda.

Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah

dekat, tak ada pula ‘orangnya’.

16. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya

ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak

mahu berkongsi kekasihnya.

17. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas

gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi

‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak

peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau

marah tak tentu pasal dan sebagainya.

Soalnya selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus

menghasut dan berusaha memporak porandakan

rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar

anda akan menjadi miliknya seekor.

18. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada

sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau

isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain

termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda

seorang yang berilmu dan kuat iman.

Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang

itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol,

terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia

akan dapat ikut serta.

19. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara

anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-

mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-

anak lelaki.

…dan sebagainya…

Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta

sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak

sedar menjadi pujaan jin betina.

Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan

mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan

kepala.

Wallahua’lam

No comments