Breaking News

YG KENAL ALLAH BERARTI BELUM KENAL ALLAH-Kyai Kasin

Salam sejatera, semoga Allag merahmati...

YG KENAL ALLAH BERARTI BELUM KENAL ALLAH

Saudaraku..
Yang mengenalkan kita kepada Allah
itu, adalah Allah.. Yang menjadikan
kita Islam atau kafir itu adalah
pencipta. Yang menjadikan kita
beribadah, beriman, berilmu,
bersyahadah, berpuasa, berkahwin,
makana, minum, hidup, puasa, dan
yang menjadikan hidup dan yang
menjadikian kita matinya itu, adalah
pencipta hidup dan pencipta mati.
Jika kita tidak kenal Allah,
bagaimana kita boleh mengaku kita
bersolat, bersyahadah, puasa,
sembahyang, zikir atau mengaku kita
sebagai seoranng Islam?. Tuan-tuan
belum solat semasa bersolat, belum
syahadah semasa bersyadah, belum
puasa semasa berpuasa, belum
berzikir semasa berzikir dan belum
Islam semasa tuan-tuan Islam,
sekiranya tuan-tuan belum mengenal
Allah.
Inilah yang dimaksudkan oleh ahli makrifat bahawa “ingat itu belum ingat, solat
itu belum solat, syahadah itu belum
syahadah, puasa itu belum puasa dan
Islam itu belum Islam".
Kita tidak layak mendahului Allah
dengan mengaku kita itu kuat dan
kita itu gagah. Sedang sebenar yang
kuat dan yangn gagah itu Allah. Kita
tidak layak mengaku yang kita itu
beribadah, sedangkan yang
sebenar-benar beribadah itu Allah.
Kita tidak layak mengaku yang kita
mengenal Allah (makrifat),
sedangkan yang sebenar-benarlayak
untuk mengenal Allah itu, adalah
Allah itu sendiri. Kita tidak layak
untuk mengaku yang kita Islam,
sebenarnnya yang layak menetapkan
kita Islam atau kafir itu, adalah Allah.
Sebelum kita bersyahadah, sebenar
yang terlebih dahulu bersyahadah
untuk kita itu, adalah Allah, Allah
dan Allah.
Barang siapa yang mengaku makrifat
(mengenal Allah) itu, sesungguhnya
mereka belum makrifat (jika belum
mengenal Allah). Yang mengaku
mereka Islam itu, sebenarnya mereka
itu belum Islam (jika tidak mengenal
Allah). Islam sebenar itu, adalah
Islam yang mengenal penciptyanya
(Allah).

Semoga, bermanfaat..

No comments