Soft Reset & Hard Reset Samsung Android Phone
Terdapat dua cara
untuk reset Samsung yang menggunakan operasi Android sperti Galaxy
Note, Galaxy S2, S3, S Advance, S Plus, Galaxy Y, Galaxy W dan lain2
lagi iaitu soft reset dan hard reset. Namun sebeum pergi lebih lanjut
tentang cara cara untuk buat reset anda perlu tahu apa implikasi kepada
hp anda jika anda reset handphone samsung anda yang menggunakan OS
android.
Pertama : Semua data anda didalam HP seperti contact, msj, email, nota akan hilang sepenuhnya.
Kedua
: Semua Data dalam memory internal juga akan hilang sepenunya
(Dinasihatkan jika anda menggunakan external memory kad keluarkan dahulu
sebelum buat reset phone.
Ini kerana reset phone akan kembalikan hp anda seperti tetapan asal kilang (Factory Setting).
Kenapa perlu buat reset :
- Anda ingin jual hp anda. Pastikan anda reset hp dan internal memory, jika tidak pasti pengguna baru akan dapat data anda. Ini amat berbahaya jika data anda jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggung jawab.
- Hp anda hang di logo android/samsung semasa on.
- Salah masukk pattern/pin lock dan ianya mengakibatkan hp xboleh on.
Soft Reset adalah satu tetapan yang disediakan oleh pengeluar dan ianya boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dengan mudah. Biasanya kita akan buat soft reset apabila hp akan bertukar tuan.Ni langkah mudah :
- Buka menu Tetapan ( Setting)
- Buka Menu Keperibadian (Privacy)
- Klik di Menu Aturan Semula Data Kilang (Factory Setting Reset)
- Tick di Format Storan USB ( Format USB Storage), Ini akan format semua internal memory dan external memory(jika ada dalam hp).
- Klik di button Tetapkan Semula Telefon ( Reset Phone)
- Biarkan telefon anda di reset secara automatik dan akan hidup semula di tetapan asal phone.
- Selesai.
- Matikan handphone
- Tekan dan tahan kedua-dua Butang Laman Utama (Home Button) + Butang kuasa (Power On) + Butang Tinggi Suara ( Volume Up) pada masa yang sama untung 10 ke 15 saat.
- Lepaskan butang tersebut apabila logo samsung/android muncul. Hp akan masuk ke menu recovery
- Dalam menu pemulihan(Recovery Mode) pilih mengelap data reset kilang(Wipe Data Factory Reset)dengan butang volume dan Tekan butang kuasa (power on) untuk mengesahkan.
- Pilih Yes — delete all user data.
- Kemudian Pilih REBOOT SYSTEM NOW.
- Biarkan hp anda berkerja secara automatik dan kembali ke tetapan kilang sepeti yang dikehendaki.
- Selesai.
*** PERINGATAN, INI ADALAH LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DI IKUTI DI KEBANYAKAN TELEFON BIMBIT SAMSUNG ATAU ANDROID PHONE.
*** Cara ini juga mungkin boleh digunakan untuk telefon bimbit jenama lain yang menggunakan operasi Android Seperti HTC, SONY, atau model China.
No comments
Post a Comment