Nafas Dan Zikir
Sabda Nabi S.A.W yaitu "Barangsiapa
keluar masuk nafas dengan tiada zikir ALLAH maka sia-sialah ia". Bermula
nafas itu atas dua langkah, satu Naik dan kedua Turun. Maka tatkala
naiknya itu sampai kepada 7 petala langit maka berkata “Wan Nuzuulu
Yajrii Ilal Ardhi Fa Qoola HUWALLOH”. Dan tatkala turun kepada 7 petala
bumi maka nafas Nabi itu bunyinya ALLAH. Tatkala masuk pujinya HUWA.
Tatkala ia terhenti seketika antara keluar masuk Tanaffas namanya,
pujinya AH.. AH. Tatkala ia tidur atau mati Nufus namanya Haqqu Daa'im.
Ingatlah olehmu dalam memeliharakan akan
nafas itu dengan menghadirkan makna ini sentiasa, di dalam berdiri dan
duduk dan di atas barang yang diperbuat hingga memberi bekas kepada
sekalian badan dan limpah segala cahaya Nurul ‘Alam itu atas segala
anggota. Maka apabila tetaplah tilik hatimu maka jadilah engkau hidup di
dalam Dua Negeri yakni Dunia Akhirat dan dibahagiakan ALLAH baginya
pintu selamat sejahteralah di dalam Dunia dan Akhirat. Dianugerahi ALLAH
Ta’ala mereka itu sampai kepada martabat segala Nabi dan segala
Muslimin dan mengharamkan ALLAH Ta’ala tubuhnya dimakan api neraka dan
badanya pun tiada dimakan tanah di dalam kubur. Maka engkau tetaplah
dengan hatimu wahai saudaraku pada hal ini dan jangan engkau jadi
daripada orang yang lupa, mudah-mudahan dibahagiakan ALLAH Ta’ala atas
mu dengan berhadapan sentiasa hingga sampai kepada ajalmu.
Adapun nafas kita keluar masuk sehari
semalam yaitu pada siang 12 000 dan pada malam 12 000 kerana inilah
bilangan jam sehari semalam 24 jam, pada siang 12 jam dan malam 12 jam,
demikianlah seperti huruf “Laa Ilaaha Illalloh, Muhammadur Rasuululloh”,
masing-masing mempunyai 12 huruf berjumlah 24 huruf semuanya.
Barangsiapa mengucap dengan sempurnanya yang 7 kalimah itu nescaya
ditutupkan ALLAH Ta’ala Pintu Neraka yang 7. Juga barangsiapa mengucap
yang 24 huruf ini dengan sempurna nescaya diampuni ALLAH Ta’ala yang 24
jam. Inilah persembahnya kita kepada Tuhan kita yang tiada berkeputusan
yang dinamai Sembahyang Daa'im dan puasa itu melakukan nafsu zahir dan
batinnya.
Sabda Nabi S.A.W “Ana Min Nuurillah Wal
‘Aalami Nuurii” artinya “Aku daripada Cahaya ALLAH dan sekalian alam
daripada Cahayaku” sebab itulah dikatakan “Ahmadun Nuurul Arwah” artinya
“Muhammad itu bapa sekalian nyawa” dan dikatakan “Adam Abu Basyar”
artinya “Adam bapa sekalian tubuh”. Adapun yang dikatakan Fardhu itu
Nyawa kerana Nyawa itu dapatlah bergerak badan kita.
Adapun Awal Muhammad Nurani adapun Akhir
Muhammad Rohani. Adapun Zahir Muhammad Insani adapun Batin Muhammad
Robbani. Adapun Awal Muhammad Nyawa kita adapun Akhir Muhammad Rupa
kepada kita, adapun yang bernama ALLAH Sifatnya, adapun sebenar-benar
ALLAH itu Zat Wajibal Wujud, adapun yang sebenar-benar Insan yaitu
manusia yang tahu berkata-kata adanya. Wabillahit Taufiq Wal Hidayah.
JALAN KEPADA ALLAH
Ketahuilah olehmu JALAN kepada ALLAH
Ta’ala itu empat jalan yaitu pertama Jalan Syariat, kedua Jalan Tariqat,
ketiga Jalan Hakikat dan keempat Jalan Ma’rifat. Adapun yang dikatakan
Jalan Syariat itu Kata Nabi, Jalan Tariqat itu Perbuatan Nabi, Jalan
Haqiqat itu Tempat Kediaman Nabi dan Jalan Ma’rifat itu Rahsia.
Adapun Istana Syariat itu Lidah, Istana
Tariqat itu Hati, Istana Haqiqat itu Nyawa dan Istana Ma’rifat itu
Kelakuan Nabi meliputi dengan semata-mata sekalian alam. Bermula Syariat
itu kerja Tubuh, Tariqat itu kerja Hati, Hakikat itu kerja Nyawa dan
Ma’rifat itu kerja Rahsia.
Soal: Jika ditanya orang apa yang dijunjung oleh Islam?
Jawab: Adapun yang dijunjung yakni titah
itu empat bahagi, pertama Syariat dijunjung oleh Anggota Islam, adapun
Tariqat itu dijunjung oleh Hati Islam dan Haqiqat itu dijunjung oleh
Nyawa Islam, adapun Ma’rifat itu dijunjung oleh Orang Yang Mengetahui
Islam yang empat itu. Maka inilah orang yang dinamai Shofid Daaroini
artinya Hidup Kepada Dua Buah Negeri. Maka orang inilah sempurna
Islamnya dan inilah segala orang yang ‘Arif Billah AlKhosul Khos artinya
Pilihan-pilihan dan Mukmin Shidiq, Mukmin sebenarnya. Maka inilah
bergantung pada Tali ALLAH yang tiada berputusan Musyahadah dan
Muqabalah dan Muraqobah dengan Haq ALLAH Ta’ala daripada ‘Adam kepada
Wujudnya dan daripada Wujud kepada ‘Adamnya tiada bercerai dan tiada
bertemu dan lain-lain daripadanya.
Dan lagi ALLAH Ta’ala menjadikan
sembahyang itu seperti Nabi Ahmad Muhammad pun namanya. Maka Ahmad itu
empat hurufnya yaitu Alif, Ha, Mim, Dal. Maka Berdiri itu Alif, Ruku’
itu Ha, Sujud itu Mim dan Duduk itu Dal, demikianlah adanya. Adapun asal
tubuh manusia itu yakni tubuh Adam Alahis Salam asal kejadian empat
unsur yaitu Tanah, Air, Api dan Angin. Adapun Tanah itu tempat nyata
Wujud ALLAH yang bernama Hakim artinya Yang Tahu Pada Hukumnya, dan Air
itu tempat nyata Wujud ALLAH yang bernama Mahyun artinya Yang Hidup, dan
Angin itu tempat nyata Wujud ALLAH yang bernama Qawiyyun artinya Yang
Kuasa dan Api itu tempat nyata Wujud ALLAH yang bernama ‘Adzim artinya
Yang Agung. Maka ditilik dan dilihat ‘Arif Kamil Mukammil itu seperti
yang tersebut, menilik ia kepada bercerai maka ia melihat perhimpunan
yang empat kepada Insan. Maka dilihat dengan Mata Hati pada Insan, Wujud
ALLAH yang bernama ALLAH, inilah isyarat Hadith Nabi S.A.W “Man Nadzoro
Ilaa Syai^in Wa Lam Yarollohu Fii Hi Wa Huwa Baatil” artinya
“Barangsiapa menilik kepada suatu tempat tiada dilihat ALLAH di dalam,
maka yaitu batal”. Inilah ‘Arif Kamil Mukammil tiada berkeputusan
Dirinya, dan Hatinya, dan Nyawanya dan Rahsianya itu berkehendak kepada
Wujud ALLAH yang bernama ALLAH. Wabillahit Taufiq Wal Hidaayah.
Kemudian daripada ketahui pula akan nama
ALLAH dan Muhammad S.A.W, adapun nama ALLAH itu Empat Huruf yaitu Alif,
Lam Awal, Lam Akhir dan Ha. Demikianlah suatu ALLAH pada Insanpun Lima
yaitu Jari Kelingking itu Huruf Alif, Jari Manis Huruf Lam Awal, dan
Jari Tengah itu Huruf Lam Akhir, dan Jari Telunjuk dan Ibu Jari itu
Huruf Ha. Demikianlah suatunya ALLAH pada Tangan Kiri dan Tangan Kanan
dan Kaki Kiri dan Kaki Kanan jua huruf Insan itu nama ALLAH dan
Rasulullah S.A.W.
Kerana firman ALLAH dalam Hadith Qudsi
yaitu “Jismanii Insaana Wa Nafsahu Wa Qalbahu Wa Ruhahu Wa Sam’ahu Wa
Bashorahu Wa Lisaanahu Wa Yadahu Wa Rijlahu Wa Kullu Zaalika Adzharni
Nafsahu Laa Huwa Illa Ana, Wa Laa Ana Ghoiruhu”. Artinya “Tubuh Manusia
dan nafsu dan hati dan nyawa dan mendengar dan melihat dan lidah dan
tangan dan kaki dan sekelian itu Aku nyatakan bagi diriKu, maka tiada
Insan itu lain daripadanya”.
Maka sebenar-benar Insan itu Muhammad
S.A.W. Maka ALLAH Ta’ala pun Tajallilah Ia kepada Insan itu seperti
firman ALLAH Ta’ala “Al Insaanu Sirrii Wa Anaa Sirruhu” artinya “Insan
itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. Dan firman ALLAH Ta’ala “Al Insaanu
Sirrii Wa Anaa Sirruhu Wa Shifaatu Laa Ghairuhu” artinya “Insan itu
rahsiaKu dan rahsiaKu sifat dan sifatKu itu tak lain daripada Aku”.
Demikianlah kemuliaan Insan kepada ALLAH
Ta’ala, maka hendaklah diketahui akan keadaan rahsia ALLAH itu jikalau
tiada diketahui nescaya di dalam dosa yang maha besar seperti sabda
Rasulullah S.A.W yang artinya “Adamu itu rasa yang sebagi dengan Dia,
rasaNya rasa engkau, engkau di dalam rasaNya”. Daripada kerana inilah
sabda Rasulullah S.A.W “Al ’Ilmur Ruh Wal ‘Amalu Jasad” artinya “Ilmu
itu nyawa dan amal itu jasad (tubuh)”. Yakni jikalau tiada nyawa itu
maka tiada dapat badan itu bergerak. Demikianlah di dalam kebaktian
sekalipun kerana kebaktian jikalau tiada dengan ilmu maka tiada sempurna
kebaktian kepada ALLAH Ta’ala.
Adapun nama Muhammad pada tubuh kita
yaitu Empat Huruf, pertama Mim, kedua Ha, ketiga Mim, keempat Dal.
Adapun Kepala itu Huruf Mim Awal, adapun Tangan itu Huruf Ha, adapun
Pinggang itu Huruf Mim Akhir dan adapun Peha kedua itu Huruf Dal.
Demikianlah di dalam Insan itu tiada lain daripada nama ALLAH dan
Muhammad S.A.W. Tiliklah nyata-nyata dengan memohon kerana ALLAH Ta’ala
Tuhan Yang Sebenar-benarnya.
DIRI TERDIRI DAN DIRI TERPERI
Adapun diri kita itu DUA perkara,
pertama Diri Terdiri, kedua Diri Terperi. Maka Diri Terdiri inilah sifat
kehinaan yang jadi daripada ibu-bapa asal daripada Mani tatkala masuk
ke dalam rahim ibunya dan tatkala 40 hari lamanya ‘Alaqoh namanya,
artinya darah yang bergumpal. Dan tatkala genap 120 hari lamanya Nutfah
namanya, artinya daging yang tiada bertulang. Kemudian daripada itu masa
dirupakan ALLAH Ta’ala akan dia yang dikehendaki merupakan dia dan
telah sempurnalah kejadiannya, maka dititahkan Nyawa masuk ke dalam
dikehendaki. Dan apakala masuklah Nyawa ke dalam ibunya maka dikeluarkan
ALLAH Ta’ala dia daripada perut ibunya kepada Alam Wasitoh seperti
orang yang telah jaga daripada tidur. Maka dilihat tiada lagi rupa yang
telah dilihat maka ia menangis, maka sebab suara inilah dia bernama
Insan. Tatkala ia tahu menangis Muhammad namanya, tatkala inilah
dijadikan ALLAH Ahlis Sunnah Wal Jama’ah. Tatkala ia tahu menyusu Sufiah
namanya, tatkala tahu berkata-kata Kitab namanya kerana tatkala itu
nyata rupa yang di dalam kandungan ibunya inilah yang dikenalnya itu.
Tatkala tahu meniarap Hanafi namanya, tatkala tahu duduk Malik namanya,
tatkala tahu berdiri Hambali namanya, tatkala tahu merangkak Syafie
namanya, inilah jalan Imam yang Empat itu dijadikan ALLAH Ta’ala.
Tatkala tahu berjalan Amrullah namanya, tatkala dalam peliharaan
ibu-bapa tahu berlari-lari Shuriah namanya kerana masa itu suatupun
tiada khabarkan dirinya ada lagi kelebihan dalam rahim ibunya. Tatkala
masa itu sudah cerdik, berjalan, berlari dan terus berkata-kata oleh
kerana leka akan dunia, lupa ia pandangan yang dahulu dan lupa akan
rasa.
Tatkala itu lupa akan dirinya maka
masuklah kepada dunia ini, hilanglah ilmu itu sehingga datanglah kepada
hari mati maka sekalian itu menunjukkan diri kita yang terperi itu
‘arodh jua segala guna yang ada ini tiada kekal ia pada kedua masuk
bertambah dan kurang itu satu Alam Jasmani jua bukan Alam Ruhani.
Artinya satu Alam Jasmani kedua Alam Ruhani itu tetap selama-lamanya
tiada berubah dan tiada kurang daripadanya inilah diri kita terperi
dengan segala peri mulia.
Kedua, adapun Diri Terperi tiada makan
dan minum dan tiada beranak dan tiada beristeri dan tiada tidur dan
tiada beribu dan tiada mati. Maka diri kita inilah dikurniakan ALLAH
Ta’ala Sifat Dua Kali Tujuh. Maka dengan sifat inilah martabat diri kita
yang terdiri kerana diri kita yang terdiri itu umpama sebuah perahu
diperintah oleh nakhodanya, masing-masing perahu masing-masing
nakhodanya. Adapun Sifat Dua Kali Tujuh yang dikurniakan ALLAH Ta’ala
itu kepada Ruh yaitu Sifat Ma’ani dan Sifat Ma’nawiyah inilah
dikurniakan ALLAH Ta’ala kepada Ruh kita supaya berkuasa ia memerintah
jasad kita itu, semata-mata seperti wayang tiada punya perintah
melainkan dengan perintah dalang jua. Dan adalah Ruh umpama pesawat,
kerana dalang itu jika tiada pesawat nescaya tiada akan zahir hikmat
dalang itu. Jangan terhenti memandang pesawatnya itu, maka hendaklah
ma’rifat yang tahqiq kerana dalang itu tiada bercerai dengan wayang dan
wayangpun tiada bercerai dengan dalang. Jikalau bercerai binasalah
wayang tiada berketahuan lagi.
Demikianlah keadaan Tuhan dengan Hamba
sentiasa tiada bercerai daripada Azali dan yang kepada Abadi. Inilah
firman ALLAH Ta’ala “Wa Huwa Ma’akum Aina Maa Kuntum” artinya “ALLAH
beserta kamu barang di mana ada kamu”. Artinya bertambah ada awal adalah
ALLAH serta kita dan martabat Ta’yin Thani pun beserta kita. Maka ALLAH
fardhukan kita jangan lalai daripada memandang serta Hamba dengan Tuhan
daripada Azali datang kepada Abada adanya.
BAB EHWAL TATKALA TIDUR
Adapun tatkala kita tidur itu, hilang
rasa kita sebab tiada diperintah Rahsia ALLAH. Maka jangan kita hendak
berbagai-bagai, ingatkan diri pun tiada, hanya yang ada itu Hayat kerana
Rahsia ALLAH itu jadi berkehendak kepada manusia dan segala binatang.
Jika tiada Rahsia ALLAH dan Kehendak... ALLAH maka tiada Batin dan
Zahirnya itu berkehendak berbagai-bagai.
Adapun ruh itulah bernama manusia yang
bernama tubuh sekalian Auliya^ ALLAH Ta’ala. Maka ruh itulah tubuh Ahli
Ma’rifat yang dapat berjalan batin dan yang dapat melihat batin. Yang
demikian itu, ruh itulah melakukan perintah Rahsia ALLAH kepada orang
yang sudah sampai ilmunya itu bertubuh akan Idhofi, bertubuh akan
Muhammad adanya.
MARI MENGAJI A I U
Adapun dalil menyatakan Zat itu Huruf
Alif Zat martabatnya Ahadiyat ertinya Esa Zat dengan Kebesaran jadilah
Alif Di Atas (A), Alif Di Bawah (I), Alif Di Hadapan (U) dengan
Kebesaran dan Kekayaan Zat. Maka tajallilah Sifat Asma^ dan Af’al. Dan
sekalian ini Qadim keempat-empatnya. Dan Sifat, Asma^, Af’al.. Sifat pun
Sifat Zat, Asma^pun Asma^ Zat, Af’al pun Af’al Zat, inilah erti Esa
pada pihak Tanazzulnya . Dan pada pihak Taraqqinya Sifat, Asma^, Af’al
ini terpulang kepada martabatnya Ahadiyat yakni Esa Zat semata-mata, Laa
Ta’yin pun ia, Sir ALLAH pun ia. Inilah Asal Niat yang tiada huruf dan
tiada suara jadilah Usholli artinya Aku Sembahyang Sifatnya Nafsi (Wujud
ALLAH).
Adapun Alif Di Atas (A) dalil menyatakan
Sifat Hurufnya di atas. Maka jadilah Lam Awal maknanya Sifat Asma^
Martabat Awal. Artinya nyata yang pertama tajalli Sifat ALLAH yang Nur
Muhammad, A’yan Thabitah pun ia, Wujud Idhofi pun ia, Insan Kamil pun
ia. Namanya inilah yang menanggung Nama ALLAH. Inilah Asal Fardhu yang
sebenar-benar , maka jadilah ia Fardhu yang sebenar-benar Sifatnya
Ma’ani.
Adapun Alif Di Bawah (I) itu dalil
menyatakan Asma^ Hurufnya. Maka jadilah ia Lam Akhir maknanya yang
bernama ALLAH. Martabatnya Ta’yin Thani yakni kenyataan kedua. Maka
tajallilah Ruh Adam, dengan kelimpahan Ruh itulah yang menjadi Tubuh
Adam. Dan daripada sesuatu huruf yang tiga martabatnya A I U, maka
bermakna Alif Zat ALLAH, Alif Di Atas maka jadilah Lam Awal maknanya
Sifat ALLAH, Alif Di Bawah jadilah Lam Akhir maknanya Asma^ ALLAH, Alif
Di Hadapan jadilah Ha maknanya Af’al ALLAH, maka empat sifatnya. Alif
Lam Lam Ha maka bernamalah ALLAH. Terhimpun Zat, Sifat, Asma^ dan Af’al,
maka jadilah ALLAH Sifat Salbiah.
Adapun Alif Di Hadapan (U) itu dalil
menyatakan Af’al Alam Ruh maka jadilah Ha. Maknanya Af’al martabat Alam
Ruh Sifatnya Ma’nawiyah. Maka jadilah AKBAR. Maka dengan kiraaan
kelimpahan Ruh itulah menjadi Tubuh Kita. Wallahu A’lam
BAB AF’AL
AF’AL hanya Ia semata-mata. Adapun arti
Ia Wujud kita yang Batin hingga sampai kepada Zat ALLAH Ta’ala, maka
dapatlah Asal (Asli). Adapun dikehendaki dengan Takbiratul Ihram itu
seperti dalil “Tabdaala Ajsadu Bi Nuuri Robbiha” maksudnya “Tukarkan
Cahaya Diri Kamu Dengan Cahaya Tuhan Mu”. Adapun murod tukar itu “Mautu
Anta Qabla Muutu” artinya “Matikan Diri Kamu Sebelum Kamu Mati”. Adapun
Syarat Mati itu memulangkan Umanah ALLAH yang diberi pinjam pada kita.
Adapun yang dikatakan Umanah ALLAH itu Wujud kita yang Kasar memegang
Amanah dan Wujud kita yang Batin yang mengAmanahkan Zat ALLAH Ta’ala.
Maka Syarat memulangkan Umanah ALLAH itu, tatkala kita menghadapkan
ALLAH Ta’ala itu hendaklah kita tarikkan nafas kita naik ke dalam Fu^ad
kita sampai kepada Alam Qudsi dan Maqam Qabu Qausaini.
Adapun Alam Qudsi itu Ubun-Ubun dan Maqam Qabu Qausaini itu Antara Kedua Kening. Maka kita tahankan nafas kita hingga lenyap rasanya pada sekalian alam kita. Serta kita Niat “Hapus Wujudku Yang Kasar Kepada Wujudku Yang Batin Kepada Wujud Zat Hanya Zat Semata-mata" kepada syuhud kita. Maka hapuskanlah sekalian Sifat Basyariah diri kita ke dalam lautan yang bernama Bahrul Qadim hingga nyata sifat laut semata-mata yaitulah Laut ALLAH. Maka katakanlah ALLAHU AKBAR.
Setelah Fana sekalian keadaan diri kita
maka nyatalah Baqa Tuhan semata-mata. Inilah yang dikatakan Syuhud
(inilah yang kita Syuhudkan) hingga sampai kita Salam, jangan lalai
kepada yang lain.
Adapun Syuhud itu Pandangan Mata Hati,
Pengetahuan Nyawa dan Alam Nyawa. Sebenar-benar Alam Nyawa itu ialah
Iman. Sebenar-benar Iman itu ialah Sir ALLAH dan sebenar-benar Sir ALLAH
itu Cahaya Alam Sekalian Alam Zat ALLAH yang Tiada Berhuruf dan Tiada
Bersuara, Wujud Yang Mutlaq sebenar-benar Tuhan Zat Wajibul Wujud.
Inilah yang dinamai Syuhud dan inilah pakaian sekalian Anbiya' dan
Auliya' ALLAH yang Arif Billah yang Kamil. Inilah Muqoronah Kamaliah
namanya.
Barang siapa dapat memakai Muqoronah
ini, jikalau kanak-kanak sekalipun usianya Tujuh Tahun maka dihukumkan
ia Auliya'. Dipeliharakan ALLAH Ta’ala daripada sekalian azab dan di
anugerahi akan ALLAH Ta’ala atasnya jasa matinya hingga sampai Kiamat
seperti orang yang baru tidur pagi bangun petang. Demikian perasaannya
dipeliharakan ALLAH Ta’ala dengan tubuhnya yang kasar tiada binasa
kerana Nyawanya berdiam di dalam Jasadnya. Inilah sebabnya tiada binasa
Jasad kerana Jasad itu Kamil dengan Nyawa itu Kamil dengan Tuhannya.
Maka jadilah Kamil Mukammil.
BAB ZAT TUHAN YANG MUTLAQ
Inilah jalan kita mengi’tiqadkan
Ketuhanan seperti dalil “WALLOHU Kulli Syai'in Muhiit” bahawasanya ALLAH
Ta’ala itu Amat Rata yakni meliputi pada sekalian alam, pada Hayat,
Ilmu, Qudrat, Iradat, Sama’, Bashor dan Kalam atas Tujuh petala langit
dan Tujuh lapisan bumi yang di bawahnya serta antara kedua-duanya di
luar dan di dalamnya. Dan batu pejal dan di dalam rongga Adam dan roma
yang halus sekalipun, amat rata tiada lapang pada suatu pihak, inilah
erti ‘Muhit’.
Dan lagi dalilnya, “La Tatarraku
Zarrotan Illa Bi IzniLLAH” bahawasanya “Tiada bergerak walau sebesar
habuk sekalipun melainkan dgn Izin ALLAH”. Dan lagi dalilnya “Laa Haula
Wa Laa Quwwata Illa BiLLAH” maksudnya “Tiada daya upayaku melainkan
dengan daya daya upaya ALLAH”. Dalilnya lagi “Fa Ainamaa Tuwallu Fa
Thamma WajhaLLOH” artinya “Barang kemana-mana kamu hadapkan mukamu di
sanalah ALLAH”. Maksudnya barang kemana pandanganmu hendaklah pandang
ALLAH di dalamnya, jika kamu memandang keadaan diri kamu hendaklah
pandang Keadaan ALLAH .
Jika kamu memandang kehidupanmu
hendaklah memandang dengan Hayat Tuhan, jika kamu memandang
pengetahuanmu hendaklah memandang Ilmu ALLAH, jika memandang kuasamu
hendaklah dipandang Qudrat Tuhan. Jika kamu pandang kehendakmu hendaklah
pandang Iradat Tuhan, jika kamu merasa pendengaranmu hendaklah diingat
dengan Sama’ ALLAH. Jika kamu ucap zatmu hendaklah ucap dengan Kalam
Tuhan. Dan lagi barang kemana pandanganmu, ALLAH di dalamnya artinya
barang kamu pandang segala kejadian itu adalah yang menjadikan, jangan
terhenti pada kata-kata itu pada sekalian yang jadi itu hingga sampai
kepada yang menjadikan yakni Wajibul Wujud.
Wallahu A’lam Bis Showab.
No comments
Post a Comment